March 4, 2014

MeReNTaS DeSa

Assalamualaikum semua.. Amboi tajuk merentas desa yer.. Kuat ke nak merentas antara desa.. Nama jer merentas desa, at last merentas dalam trek stadium jer pun.. Hehehe..

Nak story al kisah ari Sabtu yang lepas bersamaan 1 Mac 2014 nih.. Ermm kalau korang nak tau, aku sebenarnya sesaja jer masuk acara nih.. Yelah, lama tak berlari, sesaja nak berlari plak tahun nih.. Semua nih gara2 ajakan member dan ada sukan..  Pertandingan ini diadakan untuk pemilihan mewakili negeri untuk jabatan kami saja yer..

Mulanya masuk pertandingan nih memang tak mengharapkan sebarang kemenangan.. Yelah, mana taknya, kaki dah sakit terutamanya kat bahagian lutut gara2 latihan pada hari Isnin dan ari Khamis sebelumnya.. Hari Sabtu plak merupakan hari pertandingan.. Apa lagi lari jelah sekadar memenuhi penyertaan.. Nasib masih boleh berlari walaupun rentak larian entah ke mana..

Mulanya lari, aku dah berada di no.2.. Tapi bila larian hampir memasuki pusingan ke-3, aku telah dipintas oleh member yang ada masuk sukan nih 2 tahun lepas.. Aku cuba untuk merapatkan jurang, tapi ternyata tak boleh kerana kakiku makin sakit.. Aku bertahan dengan berjalan cepat dan adakalanya berlari perlahan.. 

Tak sangka, akhirnya aku dapat menamatkan larian sejauh 2km dengan mendapat no.3.. Syukur Alhamdulillah.. Tak pernah lagilah masuk sukan nak dapat nombor yang elok nih..

Meh layan gambar sekitar pertandingan merentas desa.. Gambar nih kredit dari FB opis yang menganjurkan pertandingan nih..


.
  
Acara pemanasan badan dulu ye.
 

 Dengar dulu penerangan berkaitan pertandingan merentas desa.. 



Okey dah nak mula..



 Meh berlari..



Tengok masa pusingan pertama, masih boleh merapatkan jurang.. Masa nih masih mengekalkan tempat kedua acara wanita yer..



 Lastly hanya dapat no.3 ye.. Di kira dari kanan tempat pertama.. 




Bergambar selepas selesai semuanya..



Apapun hadiah belum dapat lagi ye.. Tunggu Mesyuarat Kelab Sukan dan Kebajikan nanti.. Cuma kedudukan dah tau kan.. Lawak pun ada bila kata menang jugak walaupun di tempat ketiga.. Hehehe.. 

Okeylah nanti kita sambung story selepas abis acara nih.. Sesaja nak menghiburkan ati anak2.. Tunggu di entry akan datang..



5 comments:

  1. wah terror nih...boleh dapat no 3..curlass u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jaguh kampung..memang tak jangka nak dapat no.3..apapun nasib boleh berlari w/pun lutut sakit..

      Delete
  2. rajinnya masuk merentas desa..tapi tu lah time panas2 ni pasti cepat letihkan..singgah petang ke sini..merentas blog jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya takla rajin mana pun..suka2 jer masuk..ermm betul, pns2 nih cpt letih ngan dahaga..tp ms blari tuh member bg chewing gum, jd kurang la rs dahaga..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...