December 5, 2013

TeNgoK MoVie BeRSaMa AnaK

Assalamualaikum semua.. Lama sungguh menghilangkan.. Apa nak buat kekangan kerja yang banyak, mesyuarat sini sana sampai tak sempat nak update apa yang berlaku hampir sebulan kebelakangan nih..

Apapun nak update kisah kami tengok wayang semalam.. Yelah, layan jelah permintaan anak2 setelah ditinggalkan di kampung dan ibunya makan angin ke Sarawak.. Sarawak??? Mesti heran kan, angin tak dak ribut tak dak, tetiba ada trip ke Sarawak..

Ok laa, entry ke Sarawak akan update kemudian..Yelah banyak citer ngan gambar nak tempek dalam nih.. Ada jugak gambar2 ada dalam kamera kengkawan.. Mungkin akan tempek kemudian.. In Shaa Allah..

Jom la layan citer kami tengok movie semalam.. Sori la entry nih agak simple dan ringkas, baru nak cas mood untuk berkarya.. Fuhh macam golongan seni plak bunyinya.. Apapun layan jelah..








Suka tengok Olaf (orang salji yang kat tengah tuh) lawak ja..



Aksi kedua2nya pun menarik jugak.. Tengok la dalam trailer filem nih kat bawah.. 






Sedikit sinopsis filem Frozen
Filem ini diinspirasi oleh cerita dongeng Hans Christian Andersen yang berjudul "The Snow Queen". Ini merupakan filem animasi komedi pengembaraan ke-53 dari Disney. Apabila terdapat sebuah ramalan memerangkap sebuah negara dalam musim sejuk, Anna, seorang optimis berani, bergabung dengan orang gunung ekstremis bernama Kristoff dan pembantunya Sven, yang merupakan seekor rusa. Mereka memulakan suatu pengembaraan hebat untuk mencari ahli keluarga Anna, Elsa, "Snow Queen" dan menamatkan sihir sejuknya. Mereka bertemu raksasa genit berlegenda, iaitu seorang orang salji kelakar bernama Olaf. Anna dan Kristoff bertarung dengan dalam satu perlumbaan untuk menyelamatkan negara dari kemusnahan.

Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Tayangan: 28 November 2013
Bahasa: English / Malay
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Chris Buck, Jennifer Lee

Pelakon: Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff (English)
Pelakon: Liyana Jasmay, Marsha Milan, Ray ERA (Malay)






Happy selepas tengok filem Frozen..



Tak mau posing, dia yang lebih..



Tiket kami.. Memenuhi permintaan anak2 setelah kena tinggal..
Sebahagian gambar kredit dari mr.goggle dan video dari youtube..




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...