December 19, 2013

JaLaN-JaLaN Ke KuCHinG, SaRaWaK PaRt 4

Assalamualaikum semua.. Ini adalah antara entry hari terakhir kami berada di Kuching, Sarawak.. Mungkin lepas nih kalau ada entry pun pasal hasil rembatan semasa berada di sana jelah ye.. Ok la nak mula dari mana ye..

Perjalanan hari ke-4 dan sebelum balik..

Paginya aku menghabiskan stok megi cup yang ada.. Yelah, dah bawak pegi, takkan nak bawak balik plak kan.. Lepas breakfast pagi tu apa lagi dengan sebahagian member kami naik sampan dengan tambang rm0.50 untuk sekali perjalanan.. Kami melintas Sungai Sarawak ke seberang sungai dengan perkhidmatan sampan..

Sesaja nak tengok kek lapis di kedai Mira Kek Lapis dan Kek Lapis Dayang Salaha.. Sedap sebenarnya kek2 nih.. Memandangkan hari mula datang dah tempah dan dapat dah malam sebelum balik.. Makanya just beli satu jenis jerr di sini.. Lagi satu rembat Tebaloi, dia macam biskut dihasilkan dari sagu ye..

Oppss gambar ke sana tak snap rupanya.. Tak pelah, layan jelah gambar bersama tugu kucing yang berada di roungabout di sini ye.. Untuk pengetahuan korang, susah nak jumpa kucing di kedai2 makan di sini.. Kalau jumpa sekalipun hanya di beberapa tempat saja.. Tapi memang susah nak jumpa kucing di sini..



Tugu kucing.. Kalau malu, tak boleh la bergambar di sini.. 




Bergambar dulu ye..




Semua yang ikut sama dalam trip ke Kuching, Sarawak.. Ramaikan kami..



Oklah dah berposing ngan tugu kucing kat situ, kita teruskan lagi perjalanan ke Muzium Kucing.. Masuk ke sini ada free ye.. Tapi kalau ada bawak telefon smartphone atau telefon berkamera dikenakan caj rm3, untuk kamera dikenakan caj rm4 dan kamera video caj nya rm5.. Lepas tuh posing la korang sampai nak muntah di sini ye..



Okey kita singgah ke Muzium kucing dulu ye..



Opps gambar kurang memuaskan..






Antara sebahagian patung kucing yang ada..



Antara souvenirs yang ada di Muzium Kucing nih..




Dan lagi patung kucing..



 Meh posing dalam gua nih..



Dan lagi..





Kucing hutan yang diawetkan..



Macam real plak tengok kan.. Hehehe.. Kami bergambar dalam bangunan yang sama tapi luar dari muzium kucing.. 



Kecilkan Dewan Undangan Negeri Sarawak..



Berposing dulu kat luar bangunan..



Di dalam bangunan ini letaknya Muzium Kucing ye..



Selepas melawat muzium kucing dan berposing sakan kita pergi order terubuk masin dulu ye.. Order nanti, diaorang bungkuskan ye.. Lepas tuh apa lagi, kita pergi makan tengahari dulu la ye..

Abis makan, shoppingan yang terakhir.. Aku rembat t-shirt untuk my hubby ngan diri sendiri.. Tu pun tumpang member sebabnya baju t-shirt ni dijual sehelai rm20, kalau 3 helai rm50.. Dapat jugak tumpang member dan dapat harga murah.. Hehehe..
  
Lepas tuh driver van yang kami sewa dah ambilkan terubuk masin yang diorder tadi.. Apa lagi truskan perjalanan ke airport ye.. On the way ke airport hujan trun dengan lebatnya.. Kami masing2 dah susah hati takut flight delay.. Alhamdulillah tiba waktu untuk flight kami, cuaca dah kembali elok..

Penerbangan kami seperti yang dijadualkan.. Korang tau tak yang berat beg aku hanya bertambah 1kg jer masa balik nih.. Hehehe nampak sangat tak borong sangat kan..





Berposing setelah selamat sampai ke airport Penang..



Ok la tamat lah sudah perjalanan kami ke Sarawak selama 4 hari 3 malam.. Seronok rupanya dapat makan angin di tempat orang nih.. Kena plak jalan2 dgn member opis.. Entry hasil rembatan akan diupdate nanti ye.. Tapi entry perjalanan ke Sarawak dah selesai sudah..







3 comments:

  1. Seronok jugak jalan-jalan kat Sarawak tu... nak pegi jugak la nanti kalau murah rezeki :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi la kak eynda klu murah rezeki.. Kalau nak sewa hotel, ambik jer yang dekat area waterfront.. Tak de transport pun masih boleh lagi shopping2, cari makan apa bagai.. Hilton pun ok jgk, bertentang ngan hotel kami..

      Delete
  2. Wah best nyer..
    Boleh masuk next year punya list ni...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...