April 5, 2013

RaHSia PeRaNGai aNaK SuLuNG

Assalamualaikum semua.. Bagi yang berkahwin dan mempunyai anak, pastinya ingin mengetahui perangai anak masing-masing.. Kat sini ada la sedikit info, yang mungkin majoritinya terkena pada mereka..

Bagi yang memang merupakan anak sulung, boleh la terjah tengok adakah sama dengan perangai sendiri..


RAHSIA PERANGAI ANAK

Anak Sulung ♥
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.










Rahsia Perangai Anak Sulung :

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.


Bila diperhatikan
ciri-ciri anak sulung yang ada pada Izzat:

1) Sikap pelindung –

Yup dia seorang yang pelindung pada adik kesayangan dia... Terutama bila kita pesan suruh jaga adik ka apa.. Dia jaga ikut apa yang kita suruh.. Tapi kekadang gaduh jugak.. Hehehe..
 

2) Suka bertolak ansur –

Yang ni boleh dikatakan benar sebab kadang-kadang dia mengalah jugak dengan adiknya bila kita mintak bagi apa-apa barang kepunyaannya kat adik.. Adik biasalah nak jugak apa yang abang ada.. Tapi kekadang terkeluar jugak dari mulut dia, "Ni yang malas ada adik nih".. Mana taknya asyik kena mengalah tak benti2.. Hehehe..
 

3) Ego –

Ego jugak Izzat nih.. Mana taknya, dah masak macam-macam lauk.. Abah dia usik tak mau bagi lauk apa-apa, trus nak masak sendiri.. Bab makan jangan, kalau boleh semua nak hadap kat dia sorang.. Pas tuh suka buat hal sendiri.. Terpaksa la pujuk, ikut kehendak dia.. Sabar jelah..
 

4) Sering berjaya dalam kehidupan –

Tak tau nak cakap, tengok exam nanti macam mana.. Kalau dalam sukaneka ada laa menangnya.. Dalam pelajaran ntah lerr.. Lately agak malas skit.. Hehehe..
 

5) Lebih pandai mengambil hati orang tua –

Penah sakit dulu, dia cakap "ibu nanti balik makan ubat ngan rehat tau"..

 

6) Mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.-

Ermm ada la jugak tanggungjawabnya sebagai abang dan anak.. Sudi suapkan Kimie makan.. Tapi kebelakangan nih malas skit, tak tau kenapa.. Harap-harap lepas nih dia akan lebih bertanggungjawab..

 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...