April 10, 2013

AlaHai KiMie

Assalamualaikum semua.. Hampir seminggu tak update pasal kami kan.. Tak dak apa sangat yang menarik untuk dikongsikan..

Cuma ari ni sesaja nak citer pasal budak sorang nih, si Kimie.. Ni citer minggu lepas, baru ari ni sempat nak update dalam blog.. Meh la layan apa yang dia buat dan jadi kat budak sorang nih..


 
Tengok la hasil kreativiti Kimie wat orang salji..
 

 
Ini Kimie kata senyum dia cantik skit..
 
 
Sayangnya, hasil kreativiti Izzat ja tak dapat nak snap.. Time dia buat tuh busy makan ngan urusan rumah yang lain.. Tapi Izzat lagi macam-macam, tengok macam udang galah, tapi dia kata orang jadi hantu... Hahaha..
 

 
Muka tak mau senyum.. Cakap kat dia nak snap rambut dia, tapi dia tau yang ibu dia nak snap gambar mulut dia yang luka tuh..
 

 
Sori gambar blur skit, mungkin time nih tengah benti kat traffic light yang snap gambar dia.. Mulut dia nih, gara-gara jatuh basikal ari Sabtu yang lepas.. Lepas jatuh tuh, masih boleh makan nasi berlaukkan sambal ayam.. Tapi start semalam dia dah merengek tak boleh makan sebab mulut sakit.. Pagi tadi ternampak ulser kat mulut dia.. Patut la semalam dia just makan lauk jer.. Nasi dah tak mau makan.. Nak letak ubat tak mau.. Sian plak tengok dia..
 
 
 
Sekian, entry pasal Kimie.. Ok la, jap gi nak kena ambik Kimie dari sekolah.. Prasekolah nih bukan boleh ambik lewat, cikgu tunggu.. Bukan sebarangan orang boleh pi jemput, kalau orang selain dari ibu atau bapa yang jemput kena inform kat cikgu dulu..
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...