June 10, 2011

Kenduri oh Kenduri

Seperti biasalah bila masuk jer cuti sekolah, mesti banyak kenduri kawin sini sana.. Cuti sekolah kali ni banyak plak panggilan kenduri.. Kebanyakannya dari orang opis ngan anak2 kakitangan.. Ada jugak dari kawan sekolah.. Dan juga sedara mara..

Apapn tak semua jemputan majlis perkahwinan yang dapat aku pergi.. Almaklumlah, ada yang jauh..Anak2 wat hal.. Husband plak tak dak.. Macam2 hal yang menghalang pemergian ke majlis perkahwinan yang telah berlangsung.. Maaf bagi yang aku tak dapat attend, dengan ucapan selamat pengantin baru.. Semoga berbahagia hingga akhir hayat..

Kenduri sedara pada 2 Jun 2011 jer terpaksa jugak cuti sebab sedara terdekat ngan wat kekah anak2 skali.. Majlis pada hari tu cukup meriah dengan tetamu yang tak putus2 datang.. Ada yang datang dari jauh juga dekat.. Ada yang berjalan kaki, ada yang bermotosikal, ada yang berkereta dan juga ada yang datang dengan bas.. Tetamu memang ramai hadir pada hari itu.. Mana taknya, majlis ni diadakan untuk 3 pasangan sekali.. Masakan pada hari tu memang best.. Ada gulai batang pisang, ayam masak merah, gulai daging, ulam-ulaman serta sambal+machang.. Nasi plak dia orang kukus.. Tak masak macam besa dalam periuk.. Tengok orang yang masak nasi pun sampai tak benti2.. Petang dalam kul 2 lebih, ada plak bubur kacang ngan laksa..

Lewat petang tu ada jugak majlis memotong kek, makan jugak kek tu sepotong.. Apapn memang kenyang giler ari tu.. Mana taknya, tengahari tu dah makan nasi, petang makan laksa ngan kek plak.. Memang kenyang.. Hari tu pun memang cuaca elok, panas sungguh sampai berpeluh2.. Minum air pn banyak sebab panas sangat.. Menjelang maghrib barulah ujan trun.. Alhamdulillah kenduri telah berjalan dengan lancar sekali..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...