April 25, 2011

Program River Care


Hari sabtu yang lepas (23 April 2011) opis dengan kerjasama HSBC dan GEC telah mengadakan Pogram River Care Sungai Pinang : Aktiviti Pengenalan Kepada Pengurusan Sungai di Sungai Air Terjun, Taman Botani, Pulau Pinang..

Disebabkan hari cuti, terpaksalah bawak anak2 ke program berkenaan..apa nak buat, tiada siapa nk jaga anak2 ari cuti nih..lgpun boleh buat teman jugak ke sana..

tengok jelah gelagat budak2 nih..lari sini sana..baru ja sampai tak lama mana..


hidupan akuatik antara yang menjadi bahan pameran


antara peserta yang hadir bertanyakan tentang hidupan akuatik

wah2 minatnya anak2ku nih..hehehe..



tengok la izzat tu, sesuka ati dia ja dok dengan VIP..sampaikan En. Rosli dari HSBC cakap bakal YB kat dia..

Timbalan Pengarah 1 (Bisnes) memberi ucapan aluan..tengok la bebudak dua orang tu sempat lagi menyebuk kat belakang tu..




BENGKEL PEMANTAUAN SUNGAI

izzat dengan jalan dengan gayanya..

ada gaya dah..dok tengah imbang badan, takut jatuh dalam air..hehehe..

 izzat dah masuk sungai nak tangkap hidupan akuatik dalam sungai, kimie lorat susah nk turun dalam sungai..

 apa benda la yang dia tangkap tu..

kimie dok tengok ada apa dalam air sungai tu..

aktiviti menangkap hidupan akuatik..ntah apa yang ditangkapnya tu..


Diaorang punyalah seronok dapat masuk dalam sungai, sampai mandi air sungai nih..nasib baik pacat @ lintah tak hinggap badan bebudak nih..tengok jelah telatah budak2 nih..

 
kimie dah geram sangat tengok air sungai tu, dah berenang2 dia..


berenang dengan muka yang gembira bersama kasut booth..hehehe..


kembali ke acara menangkap hidupan akuatik

aktiviti menangkap hidupan akuatik

akhirnya..basah kuyup kerana berenang2 di dalam sungai..hehehe..




antara hidupan akuatik yang ditangkap oleh peserta




PERMAINAN : PUZZLE UNTUK KANAK-KANAK

menunggu sebelum acara puzzle dimulakan


tengah menjawab soalan yang ada dalam puzzle tersebut


tekun menjawab soalan

jawab jangan tak jawab



Menu makan untuk tengahari dan sebelum balik...


Nasi ayam..dibungkus di dalam pek biodegradable compostable..bekas macam polisterene tapi yang ni jenis mesra alam..

Kuah sup dan cili..

buah epal hijau


UPACARA PENUTUP

Seronoknya izzat didukung oleh Dr. Kali dari GEC..ntah apa yang dikatakan oleh Haji Bakar..hehehe..lawak betoi la anakku sorg nih..

menang tempat ketiga acara puzzled..tengok la hadiah apa yang bebudak ni dapat..

ni baru clear keychain yang kimie dapat..selain tu dapat pensil O'Bon (pensil mesra alam - made from newspaper) dan pen proGreen (pen mesra alam)..

Bergambar bersama En. Rosli (HSBC) dan Haji Mohd Abu Bakar (Timb. Pengarah 1 - Bisnes)


peserta juga diberikan keychain yang dihasilkan daripada kertas..program tamat dan disambut dengan titisan hujan masa nak balik..lega sungguh program berjalan dengan baik..


PROGRAM TAMAT

1 comment:

  1. Wow.. bestnya dapat main air.. sambil2 menangkap hidupan akuatik.. syok owh..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...