hari raya aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Izzeyda 2017

7/06/2017 09:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hampir 2 minggu kita beraya di tahun ini. Macam mana sambutan hari raya korang?

Bagi Eyda, kami beraya secara sederhana sahaja. Lebih seronokkan hati anak-anak. Diri sendiri cukup ala kadar saja.


HARI RAYA PERTAMA

Raya Eyda dan anak-anak begitu ringkas saja pada tahun ini. Hari kami dimulakan dengan solat hari raya Aidilfitri, kemudian bergambar bersama anak-anak untuk simpanan.

Sesi Bergambar di Hari Raya Pertama

Bergambar sopan di Hari Raya Pertama

Freestyle daripada Keluarga Izzeyda


Bagi anak-anak pula, aktiviti keluar beraya sehingga penat merupakan antara aktiviti yang mewarnai Hari Raya pertama bagi mereka.

Di hari raya pertama juga Eyda beraya bersama sahabat zaman kanak-kanak Eyda sambil mengimbau zaman kanak-kanak kami. Kami membesar bersama-sama dan akan berjumpa semua bersama terutamanya di hari raya.

Sahabat Zaman Kanak-kanak dengan sebahagian anak

Sahabat Zaman Kanak-Kanak

HARI RAYA KEDUA

Di hari raya kedua, Eyda berkesempatan berkunjung ke rumah mak sedara yang terdekat dan tidak ketinggalan kawan kelas masa form 4 dan 5. Lama betul tak jumpa, last sekali jumpa pun masa ambil result SPM.

Bayangkan dah 18 tahun tak jumpa, bila jumpa banyak cerita diri masing-masing dapat dikongsikan bersama.



RAYA KETIGA

Raya ke tiga kami sekeluarga ke rumah pak sedara yang akad nikah pada hari tersebut setelah 6 bulan kehilangan mak sedara hujung tahun yang lalu. Mak sedara tu merupakan adik bongsu ayah. Kini hanya tinggal ayah seorang setelah mak ngah dan maksu telah pun pergi dahulu.

Acara membatalkan air sembahyang

Tahniah buat Paksu dan 'Maksu' baru

Malamnya ke rumah terbuka member kelas. Memang setiap tahun pasti ada acara rumah terbuka, baru tahun lepas Eyda dapat join. Tahun nih pula, baru dapat berjumpa dengan ramai member sekolah. Rindu dengan kisah zaman belajar dulu. Dok kat luar rumah nih pun lebih 30 minit bersembang, tak reti balik kata orang utara.

Geng sekolah Form 1-3. Gambar kredit dari Facebook.

HARI RAYA KELIMA

Hari raya kelima kami baru berkesempatan buat majlis tahlil buat arwah mak. Rindu kat arwah. Gambar tak sempat nak snap, sebab agak sibuk dengan majlis.

Sedara. Gambar kredit dari Facebook

Inilah gambar yang Eyda pinjam dari Facebook. Sedara merangkumi member sekolah. Lama betul tak jumpa, kali ni baru dapat bertemu.

Raya yang agak ringkas, tapi amat bermakna bagi Eyda pada tahun ini. Walaupun Eyda kehilangan insan yang paling Eyda sayang, tapi Eyda dapat juga dapat berjumpa dengan sahabat yang dah lama tidak bertemu.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang beraya di rumah. Maaf kiranya ada kekurangan daripada pihak Eyda.


larian

Smart Tunnel Run 2017

7/05/2017 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik bagi yang terlepas untuk mendaftar bagi menyertai larian Smart Tunnel Run 2017.



Larian Smart Tunnel Run 2017 ini dianjurkan sempena ulangtahun pembukaannya yang ke 10 tahun dan ulangtahun Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang ke 85 tahun. Tarikh tutup pendaftaran larian ini sepatutnya telah ditutup pada 30 Jun 2017 yang lalu.



Pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 7 Julai 2017 ini. Oleh itu anda masih berpeluang untuk mendaftar sehingga hari Jumaat ini.



Larian Smart Tunnel Run 2017 ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai status penduduk Malaysia.

Acara bagi Smart Tunnel Run 2017 ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu :-

* Lelaki Terbuka (18 tahun dan ke atas)
* Lelaki Junior Veteran (40 tahun - 49 tahun)
* Lelaki Senior Veteran (50 tahun dan ke atas)
* Wanita Terbuka (18 tahun dan ke atas)
* Wanita Veteran (35 tahun dan ke atas)

Yuran pendaftaran larian Smart Tunnel Run 2017 ini ialah RM70 seorang. Jarak larian ini sejauh 12 km bagi setiap kategori. Larian ini akan bermula dan berakhir di Berjaya Times Square dan seterusnya menggunakan laluan Smart Tunnel.

Setiap peserta akan menerima pelbagai goodies dan tidak ketinggalan Finisher Medal yang menarik dan E-Certificate turut diterima oleh setiap peserta yang menyertai larian ini.


Blog yang Diikuti