exam

UPSR 2016

9/05/2016 08:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Harap Eyda tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2016 dan seterusnya berjaya di dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 ini..


Pastinya ramai ibu bapa yang berdebar, bila mana anak masing-masing menghadapi peperiksaan UPSR ini.. Ada anak-anak yang turut sama merasai gementar sama seperti ibu bapanya sendiri.. Tapi tak mustahil ada juga anak-anak yang tidak gementar sepertimana ibu bapanya sendiri..

Apapun jika persiapan menghadapi peperiksaan UPSR ini yang dibuat lebih awal, in shaa Allah anak-anak akan lebih tenang dalam melalui peperiksaan UPSR ini..

Korang ada kenangan manis atau kurang manis tak ketika menduduki peperiksaan UPSR dulu-dulu? Eyda tiada yang berbeza pun, sama jer macam orang lain ketika menduduki peperiksaan UPSR pada waktu itu..

Alhamdulillah keputusan ketika itu, walaupun tak seGah mana, tapi ianya agak bagus bagi diri sendiri.. Kalau masa sekarang memang banyak pelajar yang bijak pandai, persaingan makin sengit jika ingin melangkah ke sekolah asrama penuh atau sekolah yang menjadi idaman..



event

Welcome September

9/01/2016 08:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bulan September telah pun menjelma meninggalkan bulan Ogos yang baru berlalu semalam.. Semalam juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan ke - 59..

kredit

Fuhh minggu depan bermulanya Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Tahun 6.. Semoga berjaya buat semua pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini.. Yakin, berdoa dan tawakal.. In shaa Allah boleh jawab peperiksaan UPSR nanti..

Selepas itu, minggu seterusnya barulah kita akan merayakan Hari Raya Aidiladha.. Sehari sebelum itu, apa kata ramai-ramai kita sertai WORLD #QuranHour..

Hampir ke penghujung bulan, para jemaah haji pulang ke tanah air.. Penuh kan bulan September nih..



Blog yang Diikuti