wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #38

12/02/2015 10:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pernah korang rasa hilang sabar dengan keadaan dan seseorang? Eyda pernah rasa kedua-duanya.. Sehinggakan malas nak peduli lagi.. Apapun kita sebagai manusia memang akan ada kekurangannya..


kredit


Bukanlah kesabaran
jika masih mempunyai batas
dan
bukanlah keikhlasan
jika masih merasakan sakit...
 
 
 
 

artis

Seniwati Mariani Meninggal Dunia

12/02/2015 08:39:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..  Masih belum reda dengan pemergian arwah Pak Yus Jambu atau Yussry Bin Edoo, hari ini kita dikejutkan lagi dengan pemergian seniwati Mariani.. Al Fatihah buat arwah seniwati Mariani yang telah pergi meninggalkan kita malam semalam..

Seniwati Mariani


Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam tadi di kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur.

Berita mengejutkan itu telah disampaikan ke pengetahuan umum oleh anaknya sendiri iaitu Melissa Saila melalui akaun media sosialnya.

Allahyarhamah yang berusia 82 tahun merupakan kakak kepada biduanita negara Puan Sri Saloma.

Sebelum ini, Mariani pernah beberapa kali dirawat di pusat perubatan kerana mengalami kemerosotan kesihatan kerana usianya. Selain itu, beliau dikatakan mengidap kanser usus tahap 4.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul pada jam 9 pagi dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, pada jam 11 pagi esok.

 

Anak seni

Dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura, Mariani merupakan antara seniwati yang masih terus melaksanakan tanggungjawab dan menunjukkan kecintaannya pada dunia seni lakon.

Bakatnya yang merentasi zaman menyaksikan sejarah kerjaya terlakar hebat dari era Studio Jalan Ampas hinggalah ke pelbagai produksi semasa.

Sepanjang hayatnya, Mariani pernah berkahwin sebanyak tiga kali.

Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Manakala dengan suami kedua iaitu H. M. Rohaizad, mereka mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, Syed Marhain, Syed Nazran dan Syed Hasnidan.

Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa.




Kredit sumber




Blog yang Diikuti