blog

Make Over Blog

3/21/2017 05:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Mesti ada yang baru singgah blog Eyda perasan ada perubahan kat blog Eyda kan. 


Sebenarnya dah lama nak buat touch up tapi tak terbuat pun. Yelah, Eyda tengok blog Eyda ni macam agak serabut dan terlalu simple. Tu yang terasa hati nak make over sikit.

Rupa blog Eyda sebelum di make over

Nak Eyda buat sendiri memang tak laa. Almaklum sajalah Eyda bukan terror bab codding bagai nih. Nanti ntah apa rupa yang keluar kan. Lastly, Eyda upah orang buat juga sementara Eyda kurang aktif menulis.


Rupa blog Eyda yang terkini



Alhamdulillah akhirnya blog Eyda ini telah di make over oleh blogger Mellya. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan hanya RM20 sahaja. Murah tak? Apa, korang tak percaya? Jom tengok info yang nih.


Mellya


Kalau yang nak make over blog, tapi tak mempunyai budget yang banyak, boleh hubungi Mellya seperti info di atas.

In shaa Allah Mellya akan make over blog korang sampai korang puas hati. Eyda pun banyak kali ubah header blog tu. Itulah hasil akhir.

Terima kasih kepada Mellya kerana sudi make over blog Eyda sampai cantik macam tu ya. Suka tengok rupa blog yang baru nih.


cuti sekolah

Cuti Sekolah

3/17/2017 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekolah mula bercuti hari ini di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Esok di lain-lain negeri pula akan mula bercuti.


kredit Mr. Google


Mesti ada yang dah ada perancangan untuk anak-anak kan.. Eyda pun ada sedikit aktiviti buat anak-anak. Walaupun simple, tapi ianya amat bermakna kerana ianya dilakukan bersama-sama. Nanti Eyda ceritakan dalam entry akan datang.

Ini saja waktu yang sesuai untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak yang telah bersekolah. Apa perancangan korang pula untuk anak-anak di cuti sekolah ini? Mungkin balik kampung atau bercuti ke destinasi pilihan. Okey saja kan.



pemenang segmen & GA

Pemenang Contest Abang Brian

3/15/2017 04:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semua sahabat Eyda berada dalam keadaan yang baik dan sihat hendakNya. Lama tak menulis, jadi kekok pula ya.. 

Baru-baru ini Eyda ada join Contest Abang Brian melalui instagram Abang Brian. Itu pun Eyda sesaja join selepas Eyda tengok Cikpinz join dan repost. Tanpa menaruh sebarang perasaan akan menang, Eyda ikut semua syarat yang diperlukan dan jawab soalan yang diberikan.

Ni laa penyertaan Eyda kat Instagram

Penyertaan suka suki Eyda yang telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Contest Abang Brian. Tengok laa Eyda join hari Rabu minggu lepas.

Direct Messages dari Abang Brian
Bila Eyda buka Instagram hari Jumaat, nampak ada direct message. Bila buka, Eyda nampak Abang Brian minta detail diri Eyda untuk pengeposan hadiah contest. Macam tak percaya bila tengok mesej tu, baca dua tiga kali juga laa..

Pengumuman Pemenang Contest Abang Brian

Punya tak puas hati, Eyda tengok kat Instagram Abang Brian pula. Alhamdulillah rezeki di hari Jumaat. Dah lama tak menang sebarang giveaway, segmen atau contest. Kiranya rezeki Eyda  join contest pertama di tahun 2017.

Hadiah yang selamat diterima

Inilah hadiah Contest Abang Brian yang Eyda terima. Memang best hadiah nih. Terima kasih Abang Brian kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang contest.


Blog yang Diikuti