review

Alami Kelainan di 5D Interactive World | Pulau Pinang

10/27/2016 12:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini, Eyda dan sebahagian team Projek Blogger Utara berpeluang ke Galeri Seni 5D Interactive World (Art.Creativity.Education) di Pulau Pinang.



Terima kasih kepada pihak 5D Interactive World sudi menjemput dan menerima kehadiran kami. Apapun kami amat gembira dan terhibur di sini.



5D INTERACTIVE WORLD

Untuk pengetahuan anda, 5D Interactive World ini berada di Jalan Dato Keramat iaitu antara pasaraya GAMA dan Time Square Penang.

Anda juga boleh saja berjalan kaki dari KOMTAR atau pun menaiki bas RAPID Penang iaitu dengan menaiki bas no 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 dan 11. Jika anda menggunakan bas Hop On Hop Off (HoHo) anda boleh berhenti di stesen HoHo bernombor 7.

Di sini ada pelbagai seni yang dipamerkan. Ada ruang yang membuatkan kita yang dewasa teruja, ada juga ruangan yang membuatkan kanak-kanak teruja.


Memasuki ke 5D Interactive World, kita akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar.. Pelbagai lukisan dan arca seni berkaitan alam sekitar dipamerkan di ruang masuk 5D Interactive World.

Dihasilkan daripada botol mineral dan diwarnakan, cantik kan..


Ini kerana 5D Interactive World merupakan alam interaktif 5D yang pertama di Asia. Di sini ia telah menerapkan dan menggabungkan konsep- konsep kesenian, kreativiti dan pendidikan.



Maka dengan itu, 5D Interactive World memberikan anda pengalaman dimensi 5D yang jauh lebih mengagumkan berbanding dengan lukisan mural.






Di sini pengunjung dapat menerokai alam melalui proses 5D-Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).







Jadinya di sini kita dapat menikmati kesenian dan pastinya kagum dengan persembahan kreatif malah kita dapat belajar menerusi mesej pendidikan yang disampaikan.








WAKTU OPERASI DAN HARGA TIKET 5D INTERACTIVE WORLD


Harga Tiket
Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak : RM13

Harga Biasa
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM20


Waktu operasi 
9 pagi - 6 petang (Selasa - Ahad)
Tutup hari Isnin kecuali cuti am atau cuti sekolah


LOKASI 5D INTERACTIVE WORLD



5D INTERACTIVE WORLD
F29, Jalan Dato Keramat
10150 Georgetown,
Pulau Pinang
Tel : 04-2189676
Web : ace5d.my


TEAM PROJEK BLOGGER UTARA DAN BLOGGER JEMPUTAN

Terima kasih kepada Zafirah Nazri kerana sudi bersama team Projek Blogger Utara ke 5D Interactive World nih.

 




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #58

10/26/2016 09:16:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer hari Rabu.. Minggu terakhir di bulan Oktober.. Fuhh sekejap jer nak bertukar bulan..



Hargailah air terutamanya air sungai yang merupakan sumber utama air minuman kita..Kita pasti tidak dapat hidup bila air bersih tiada lagi.. Maka jagalah sungai dan sumber air yang lainnya..



kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Segara

10/24/2016 09:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama betul Eyda tak kongsikan perkataan yang jarang didengar dan digunakan dalam kehidupan kita seharian..

Tapi perkataan ini memang wujud dalam kamus, bukan perkataan yang direka yang tidak mempunyai sebarang maksud. Bukan juga wujud hanya untuk menyedapkan ayat.



Perkataan Eyda nak kongsi hari ini ialah SEGARA.. Apa maksud segara nih, bunyi macam segera pun ada kan.. Tak pun senegara..

Apapun jangan pening-pening, Eyda dah carikan maksud perkataan segara tu.. Memang Eyda pun tak sangka itu maksud perkataan segara tu..

 



Maksud

Segara : laut, lautan

Contoh ayat

Azhar bersama keluarganya berjalan di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan segara yang cantik. 


review

LaserOPS Indoor Laser Tag Arena | 1st Avenue, Pulau Pinang

10/20/2016 04:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada di sini peminat Painball? Jika anda minat, pastinya korang suka dengan permainan laser tag nih.

Kini di 1st Avenue, Pulau Pinang ada tarikan baru yang pastinya anda suka iaitu Laser Tag Arena, satu-satunya di Malaysia. Permainannya ala-ala Painball, tapi bezanya permainan ini menggunakan pistol laser dan dibuat di dalam bangunan.


Laser Tag Arena ini berada di tingkat 3, 1st Avenue bersebelahan dengan Prangin Mall dan KOMTAR. Permainan ini sesuai bermain bersama rakan atau keluarga.


Terima kasih kepada pihak Laser OPS Malaysia kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara untuk mencuba sendiri permainan Laser Tag nih.


MENGENAI LASER TAG


Mesti ada yang tertanya apa itu Laser Tag kan? Laser Tag adalah satu permianan interaktif dalam arena tertutup di mana setiap pemain perlu cuba mendapatkan mata dengan meletakkan tanda nama sasaran dan lawan dengan pistol fasor (phasor gun).

Laser OPS Penang ini menawarkan tempat yang berkeluasan 6,000 kaki persegi dengan 4,500 kaki persegi laser interaktif tag arena dan boleh memuatkan 28 pemain secara serentak. Apapun jangan risau ianya tiada bilangan minimum untuk bermain di sini.




Hanya pemain berumur 7 tahun ke atas dibenarkan bermain. Kanak-kanak di bawah umur tidak dibenarkan bermain dan perlu berada di bawah pengawasan orang dewasa.

Sebelum bermain, setiap pemain akan dibekalkan dengan vest dan fasor yang dilengkapi dengan paparan baru penuh warna LED di belakang fasor, LED ini terdapat 5 penggetar standard iaitu di tempat sasaran untuk menembak kiri dan kanan bahu, belakang, depan dan di pistol fasor, super bright white hit indicators, bunyi MP3 berkualiti tinggi, komunikasi radio lebih cepat, laser hijau dan merah serta banyak lagi.

Di arena ini dibahagikan kepada dua zon pasukan iaitu pasukan hijau dan pasukan merah. Ia yang direka khas dengan LED menerangi arena dan LED Wall Medallioms.


Arena maze ini direka khas dengan lampu, kesan cahaya dan asap serta dilengkapi dengan kesan bunyi yang mewujudkan suasana yang mendebarkan.


WAKTU OPERASI DAN HARGA LASER TAG


Laser OPS dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.




SISTEM DAN PROSES BERMAIN DI LASER TAG

Di sini ada sistem yang perlu dilalui oleh setiap pemain sebelum anda dapat bermain.

Apapun anda perlu mendapatkan giliran bagi kumpulan anda dan perlu membuat bayaran di kaunter.



Selepas itu, anda akan dibekalkan dengan sekeping kad untuk membolehkan anda mendaftar masuk sebagai pemain.
 
Anda perlu mendaftarkan maklumat yang berkaitan seperti nama, nama samaran dan email (ini untuk membolehkan keputusan markah permainan dihantar ke email korang).




Sebelum misi laser tag dimulakan, korang perlu mendengar taklimat daripada Laser OPS Marshal dan video tentang objektif, misi, peraturan permainan dan prosedur keselamatan, penggunaan peralatan dan cara untuk menembak fasor.




Markah bagi setiap tembakan yang mengenai sasaran atau musuh, anda akan mendapat 75 markah, manakala 25 markah akan ditolak sekiranya anda ditembak oleh pihak lain atau musuh korang.

Masa bagi 1 misi bermula daripada taklimat, vesting dan bermain ialah 20 minit. Kiranya anda ada masa sekitar 10 minit untuk bermain di dalam arena. 

Jadinya strategi amat penting bila berada di arena ini.

Perlu diingatkan semasa berada di arena anda tidak boleh berlari, tidak boleh memanjat dan memegang secara fizikal.


NO RUNNING 
NO CLIMBING
NO PHYSICAL CONTACT




Habis saja taklimat, anda perlu mencari vest dan pistol fasor anda sendiri mengikut nombor yang dipaparkan di akhir taklimat. Kesilapan mengambil vest dan pistol fasor akan menyebabkan korang tidak mendapat markah atau vest dan pistol fasor korang tidak berfungsi.


KEPUTUSAN LASER OPS  




Ini salah satu contoh paparan email markah anda di LaserOPS.



Bila anak-anak kalah, ibu menjadi mangsa. Walaupun ibu diserang hendap oleh anak-anak, ibu tetap menang.. Hehehe memang seronok bila dapat bermain bersama keluarga sebegini.



LOKASI LASER OPS


 



LaserOPS
 Level 3-13, 1st Avenue Mall
Jalan Magazine,
10300 Georgetown, 
Pulau Pinang


Tel: 04-2519092






Email: tagme@laserops.com.my



TEAM PROJEK BLOGGER UTARA DI LASER TAG

Antara team Projek Blogger Utara yang memenuhi undangan ke Laser Tag Arena.



Seronok bila ramai-ramai dapat join aktiviti sebegini.



giveaway

MY FIRST BIRTHDAY GIVEAWAY BY MIAMORZAFIRAH

10/14/2016 11:24:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom sama-sama kita memeriahkan Giveaway ini daripada salah seorang team Projek Blogger Utara.


miamorzafirah.blogspot.my/2016/10/my-first-birthday-giveaway-by.htm
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Happy birthday Miamorzafirah.. Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dimakbulkan apa yang dihajati dan berbahagia selalu hendakNya.




blog

Blog Berehat Seketika

10/12/2016 05:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Blog Eyda akan bercuti seketika, di atas faktor keluarga..



Apapun kepada pemenang Giveaway yang baru saja berlalu, tahniah Eyda ucapkan.. Eyda masih menantikan lagi 2 orang pemenang yang belum hantar detail yang diperlukan..

Pengeposan hadiah akan dibuat serentak kepada semua pemenang.. Harap bersabar ya..


giveaway

Giveaway Mangkuk Tingkat By El Darwena

10/10/2016 01:39:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah giveaway Eyda baru jer tamat.. Jadinya hari ini Eyda nak ambil peluang ini untuk support giveaway daripada salah seorang team Projek Blogger Utara..

http://arwendanish.blogspot.my/2016/09/giveaway-mangkuk-tingkat-by-el-darwena.html
KLIK BANNER UNTUK SERTAI


Moga ada rezeki untuk memiliki Mangkuk Tingkat Candy yang comel ini.. Errmm bagi yang ingin mendapatkan Mangkuk Tingkat Candy ini untuk penggunaan sendiri, door gift atau hadiah, boleh laa menghubungi El Darwena ya..




keputusan giveaway

Pemenang Giveaway Redmoon Clothpad

10/08/2016 10:32:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pertama sekali, Eyda ingin memohon maaf kerana lewat mengumumkan pemenang Giveaway Redmoon Clothpad ini.. Eyda tahu semua pastinya tertunggu-tunggu dan ingin tahu siapa pemenang bertuah tu kan..

Alhamdulillah berjaya juga giveaway ketiga Eyda nih..Tanpa membuang masa, hari ini Eyda ingin mengumumkan pemenang bagi Giveaway Redmoon Clothpad..




3 pemenang x 2  helai Light Pad Redmoon Clothpad bernilai RM39

33. http://myafarisha.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

2.  http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

45. http://cikilamenari.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

Sila tinggalkan maklumat berikut di dalam komen di bawah, Eyda tak akan siarkan maklumat ini..

NAMA :
PESERTA NO. :
URL BLOG :
ALAMAT :
NOMBOR TELEFON :



 2 pemenang x RM10
31. http://sayazarulfarhana.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

17. http://anabiha.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html


Sila tinggalkan maklumat berikut di dalam komen di bawah, Eyda tak akan siarkan maklumat ini..

NAMA :
PESERTA NO. :
URL BLOG :
NAMA BANK :
 NOMBOR AKAUN BANK :
NOMBOR TELEFON : (UNTUK MAKLUMKAN TRANSAKSI)



Tahniah kepada semua pemenang. Maaf kerana mengambil masa lama untuk mengumumkan pemenang.



Blog yang Diikuti