kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Sirna

8/29/2016 02:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dalam kesibukan nak celah jugak ya.. Dah naik tepu kepala otak ngadap kerja, cari sesuatu nak release skit kepala nih..

Hampir setiap hari Eyda dengar perkataan yang jarang kita gunakan dalam kehidupan kita seharian di radio KoolFM.. Rupanya banyak perkataan baru yang kita jarang dengar dan gunakan..



Jadinya, salah satu cara yang boleh membuatkan Eyda ingat dengan perkataan itu, Eyda cuba simpan di sini.. Sekurang-kurangnya boleh juga berkongsi dengan korang juga..




Maksud 

sirna : hilang, lenyap
 
Contoh ayat

Mardiana sirna rasa marahnya dengan melakukan aktiviti seperti berlari atau berbasikal.




review

Susu Segar Kurma Farm Fresh

8/26/2016 04:15:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah lama viral, serasa Eyda first time Eyda dengar masa bulan Ramadhan yang lalu.. Tapi baru-baru ini Eyda dapat merasai sendiri keenakan rasanya.

Siapa di sini sukakan susu terutamanya susu segar? Apa kata korang cuba minum Susu Segar Kurma daripada produk Farm Fresh. Sedap tau.



Kalau korang tanya Eyda macam mana rasanya, bagi Eyda dia rasa seperti cendol atau sagu gula melaka / sagu gula merah. Kalau korang nih penggemar salah satu menu tersebut, korang boleh laa rasa satu. Pastinya memenuhi selera korang.




Jangan tak tahu, Kimie suka sangat dengan Susu Segar Kurma nih. Asyik ulang minum jer. Sekejap jer habis 2 botol nih.

Eyda pun dah order untuk penghantaran minggu depan. Rasanya dah jadi pelanggan tetap susu segar kurma nih. Itu pun sebelum Kimie bosan. Kalau orang utara kata tera tak cemuih..

Harga sebotol Susu Segar Kurma Farm Fresh ini sekitar RM 7.50 - RM 8.00. Apapun bergantung pada agen dan dealer serta lokasi korang tinggal.

Tapi buat masa sekarang ianya belum ada di pasar raya atau kedai. Ianya boleh dibeli dan ditempah daripada home dealer Farm Fresh. Korang cuba cari di Facebook, ramai agen dan dealer produk ini. Korang boleh laa cari agen atau dealer yang tinggal berhampiran anda.




event

Stylelista Merdeka Di SP Arena, Seberang Jaya

8/26/2016 09:02:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa suka shopping pakaian terutamanya untuk wanita? Kalau suka dan korang tinggal berhampiran Seberang Jaya, Pulau Pinang jom memeriahkan program Stylelista Merdeka.


Program Stylelista Merdeka akan berlangsung dari hari ini 26 Ogos hingga 28 Ogos 2016 bertempat di SP Arena, Seberang Jaya.

Di sini akan ada pelbagai booth yang menawarkan pakaian terutamanya pakaian wanita. Pelbagai pertandingan dan artis pun ada.

Kalau korang salah seorang pengguna clothpad, boleh lah korang singgah ke sini. Di sini clothpad jenama Redmoon pun ada.


free gift

Free Gift Kit Kat Green Tea

8/25/2016 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa suka barangan percuma atau lebih mudah kata free gift? Kekadang ada produk yang menawarkan barangan percuma kan.. Itu sebagai salah satu cara untuk melariskan produk mereka.

Eyda kekadang suka juga mengumpul barangan percuma produk nih. Salah satu barangan percuma yang Eyda suka kumpul, koleksi barangan percuma Kit Kat. Pelbagai jenis barangan percuma Kit Kat Eyda dah pernah kumpul.

Baru-baru ini Eyda berkunjung ke Tesco, maka ternampak Kit Kat Green Tea yang menawarkan barangan percuma iaitu tabung berupa kenderaan. Memandangkan ianya menarik hati Eyda, maka ianya termasuk dalam barangan yang Eyda beli pada hari tersebut.




Cute kan tabung Kit Kat Green Tea nih. Walaupun kurang minat dengan Kit Kat Green Tea berbanding Kit Kat biasa, tabung nih telah menarik minat Eyda untuk memilikinya satu..


Isi di dalam tabung Kit Kat Green Tea. Harga terkini yang Eyda dapat untuk Kit Kat Green Tea termasuk tabung tu berharga RM9.29 di Tesco. Boleh laa kan kalau nak beli.

Jangan tak tahu, tabung ni pun boleh buat main. Anak-anak siap main buat macam kereta mainan. Roda yang ada pada tabung tu boleh bergerak bukannya statik..

Sekarang Eyda jadikan ianya tabung melancong bagi keluarga kecil Eyda. Masing-masing kena kumpulkan duit syiling yang ada simpan dalam tabung tu. Boleh juga menanam minat menabung buat anak-anak..



WoRdLeSS WeDNeSDaY #54

8/24/2016 07:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Rabu.. Hari nih Eyda cuba adakan Wordless Wednesday..



Hidup itu sebuah
lagu hebat nan 
manis,
jadi mulailah
mainkan musik itu
- Ronald Reagan


kedai makan

D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak, Penang

8/22/2016 05:27:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah baru-baru nih Eyda dapat bawa anak-anak makan seafood.. Bukan main seronok diaorang boleh makan seafood..

Sebenarnya Eyda memang tak rancang langsung nak bawa anak-anak singgah makan seafood.. Tapi tetiba jer hari tu Eyda rasa nak bawa anak-anak makan seafood..

Kali ini Eyda memang bagi kuasa sepenuhnya buat pemilihan menu kami pada dua orang hero Eyda.. Fuhh boleh lap peluh jugak dengan pemilihan diaorang..

Kalau ikutkan ada lagi yang diaorang nak pilih, tapi Eyda terpaksa hadkan.. Bukan apa takut membazir plak.. Kalau habis okey laa, kalau sebaliknya siapa plak nak makan kan..


Gambar kredit FB D'Seafood Paradise

Inilah destinasi pilihan Eyda.. Kalau ikutkan first time Eyda dan anak-anak makan di kawasan sekitar nih.. Tapi nasib laa ianya memenuhi tekak kami..

Suasana di situ.. Gambar ehsan FB D'Seafood Paradise

Jom tengok menu kami.. Alhamdulillah memang cukup untuk perut kami bertiga pada hari tu..

Ketam Nipah Black Paper

Sotong Goreng Kunyit

Lala Masak Lemak Cili Padi

Aksi sementara nak menunggu hidangan kami siap, apa lagi berposing laa dulu.. Ehh siap Kimie hadiahkan LOVE buat ibu.. Terima kasih sayang..


Aksi permata hati Eyda.. Walaupun adakalanya mencabar kesabaran Eyda, tapi tanpa mereka hidup Eyda pastinya sunyi.. Sayang anak ibu.. Ehh Eyda nih dah kenapa.. Hahaha..

Permata hati ibu a.k.a Hero Ibu


LOKASI D'SEAFOOD PARADISE



D'Seafood Paradise
Jalan Teluk Tempoyak
Pulau Pinang


kedai makan

Breakfast Pilihan Keluarga Eyda

8/20/2016 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bila hujung minggu korang selalu breakfast di rumah atau di kedai?

Bagi Eyda ikut mood dan keadaan.. Kekadang di rumah kekadang di kedai atau gerai jer.. Kekadang tapau bawa balik..

Kali nih Eyda nak share breakfast yang seringkali menjadi pilihan bila bersama anak-anak..

Bagi Eyda kalau berkunjung kat kedai nih memang Eyda dan anak-anak suka makan Koey Teow Kerang.. Rasanya memang cukup membuatkan anda nak makan lagi dan lagi.. Jadinya tak hairanlah kalau adakalanya  korang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan Koey Teow Kerang korang tu..

Koey Teow Kerang (Besar) - RM5.00

Koey Teow Kerang (Besar + Telur ) - RM6.00

Ni plak menu Roti Bakar Telur Goyang kat gerai sebelah.. Beli masa Kimie buat perangai.. Huhuhu.. Bagi Eyda boleh laa makan, tapi Eyda lebih suka makan Koey Teow Kerang lagi kat gerai sebelah..

Roti Bakar Telur Goyang - RM3.00

Kat tempat Eyda makan nih banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis menu yang boleh dipilih.. Makanya di sini ada lebih kurang 5 gerai yang menawarkan pelbagai menu breakfast yang boleh dipilih.. Semuanya berada di bawah satu bumbung.. Jadi tak risau laa kalau nak makan dengan orang yang mempunyai citarasa yang lain kan..



Eyda

DIY Rak Buku

8/19/2016 03:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Amboi tajuk boleh tahan kan.. Macam laa pasang rak buku besar mana..

Sebenarnya Eyda ada beli rak buku yang balik kita kena pasang sendiri kat rumah tu.. Eyda beli kat Tesco masa dia buat offer RM10 jer untuk 1 set rak buku tu..

Eyda beli rak tu untuk letak buku anak-anak.. Yelah kalau tak, anak-anak letak buku-buku dalam kotak kosong jer.. Kesian plak, macam susah untuk anak-anak ambik buku diaorang dan agak berselerak sikit.. 

Bila dah beli rak tu, Alhamdulillah masing-masing memang teruja nak membantu Eyda memasang rak tu.. Untuk rak pertama, Izzat dengan Kimie yang tolong pasangkan skru pada rak buku tu..

Untuk rak yang kedua, Izzat seorang yang tolong pasangkan skru pada rak buku tu.. Eyda hanya tolong pasang dan pegang untuk Izzat jer..





Masa pasang rak pertama terlupa nak snap gambar.. Untuk rak yang kedua, sempat jugak snap.. Tu pun snap masa dah nak siap.. Yelah, masa awal tu susah sikit sebab nak kena tolong pegang.. Dah nak siap, boleh jer nak snap bagai..



review

Masakan Mediterranean Halal di The Light Hotel, Penang

8/15/2016 10:04:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 10 Ogos 2016, The Light Hotel telah melancarkan Promosi Masakan Mediterranean Halal. Promosi Masakan Mediterranean Halal ini akan bermula dari 15 Ogos sehingga 30 September 2016.



MENGENAI MASAKAN MEDITERRANEAN YANG HALAL

Masakan Mediterranean adalah makanan dari negara di sekitar Laut Mediterranean negara-negara Eropah seperti Greece, Itali dan Sepanyol; negara-negara Afrika Utara seperti Algeria, Libya dan Maghribi; dan negara-negara Timur Tengah - Lebanon, Syria dan Turki.

Memandangkan masakan Mediterranean yang HALAL semakin popular di Malaysia, ianya tidak mustahil bahawa The Light Hotel akan menjadi perhatian melalui promosi ini. Hal ini kerana di sini ia menawarkan pelbagai pilihan makanan Mediterranean menggunakan bahan-bahan segar, herba dan rempah yang membuatkan ianya makanan biasa yang kaya dengan pelbagai perisa. 

Selain itu, makanan rantau Mediterranean menggabungkan pemakanan sihat kerana ianya menggunakan; minyak zaitun, cuka buah-buahan - antara komponen lain yang mencirikan gaya memasak tradisional negara-negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean. Malah, gabungan ini menjadikan ia sempurna dari segi rasa dan nutrisi yang telah membuat makanan Mediterranean begitu popular di seluruh dunia.


Ketua Chef Masakan Mediterranean Halal


Orang yang membawakan masakan Mediterranean dan mengetuai dapur di restoran untuk promosi masakan ini ialah Chef Sudirman Wan Mansor. Beliau bertanggungjawab bagi memastikan semua masakan ini asli dan terbaik.  

Beliau bukan sahaja seorang yang menawan tetapi benar-benar berbakat; diperolehi Latihan Industri dari Institut Regional De Tourisme Et D'Hotellerie, Tarbes, Perancis sebagai Brevet d'Etudes Professionelles (B.E.P) dan Sijil Kebolehan Professional atau Certificate D'aptitude Professionelle  (C.A.P). Sepanjang kerjayanya, beliau menerima pelbagai anugerah untuk kerja-kerja dalam bidang masakan dengan pencapaian tertinggi sebagai Master Chef Certified yang dianugerahkan oleh Persatuan Dunia Master Chef.  

Mengenai latar belakang kehidupannya, Chef Sudirman dilahirkan di Raub, Pahang pada tahun 1960. Setelah beliau tamat belajar, beliau meninggalkan Malaysia ke Perancis pada usia 19 tahun. Beliau telah tinggal dan belajar seni masakan di banyak negara. Setelah beliau membesar di pelbagai negara yang berbeza di Eropah, beliau telah menjadi seorang pakar masakan Mediterranean. Di sini pengunjung akan dapat berkongsi pengalaman masakan beliau melalui makanan indah beliau.


MENU MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL



Semasa promosi makanan ini, pengunjung dapat menikmati masakan Mediterranean yang berbeza seperti Kambing Kaserol dengan campuran Lemon dan Aprikot, Dada Ayam Panggang dengan Cuka Balsamic, Fillet Ikan Jenahak dengan Serbuk Roti Walnut, Rack of Lamb dengan Sos Avgolemono, ini merupakan beberapa menu hidangan utama. 

 
Menu istimewa dari dapur Chef bagi bulan ini adalah Dada Itik dengan Oren, Limau dan Madu serta Udang Harimau Herba Mentega Panggang. Pengunjung mempunyai banyak pilihan menu selain dari menu harian.


MENU UTAMA MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL



 
Menu Utama

Anda suka makan nasi atau makanan berat di waktu tengahari? Jika ya, menu ini memang sesuai untuk anda. 










MENU PEMBUKA SELERA MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL

Pelbagai menu pembuka selera ada di sini. Jika anda tidak suka makanan berat, menu ini sesuai untuk anda yang sedang berdiet.




Sup





Salad






















MENU PENCUCI MULUT MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL

Anda sukakan sesuatu yang manis? Apa kata anda mencuba pelbagai pencuci mulut yang ada di sini. 






PROMOSI MASAKAN MEDITERRANEAN  HALAL

Berlangsung dari 15 Ogos hingga 30 September 2016 di Flavour@3, The Light Hotel

Ada diskaun khas bagi yang menikmati hidangan ini secara berkumpulan. Selain itu, pengunjung digalakkan untuk membuat tempahan untuk menikmati hidangan promosi ini.


Promosi Masakan Mediterranean 

Set Makan Tengah Hari
Isnin - Sabtu
12.00 tengahari - 2.30 petang
RM78.00 + Seorang  

Pilihan A la carte bagi seorang 
Salad: RM28.00 + 
Desert: RM20.00+
Menu Utama : RM48.00 +

Set Makan Malam
4- Hidangan
Setiap hari
7.00 malam - 10.30 malam
RM98 + seorang


Antara menu yang menjadi santapan Eyda malam tu. Kalau ikutkan banyak lagi hidangan yang Eyda makan, tapi ini jer yang sempat snap. Mungkin sebab sedap menikmati hidangan masakan Mediterranean, tu yang terlupa nak snap yang lain.



LOKASI THE LIGHT HOTEL



  
THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com


Terima kasih kami ucapkan kepada pihak The Light Hotel kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara untuk menikmati hidangan masakan Mediterranean Halal yang disajikan. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada Chef Sudirman yang sudi melayan kami serta menceritakan perjalanan hidup beliau sebelum menjadi chef.



 Gambar wajib team Projek Blogger Utara bila dah berjumpa.




Blog yang Diikuti