Promosi Christmas dan New Year 2017 di The Light Hotel, Penang

12/15/2016 05:10:00 PM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sambutan Hari Natal dan Tahun baru 2017 bakal tiba tidak lama lagi.

Memandangkan bulan ini ada sambutan Hari Krismas, jadinya The Light Hotel mengambil kesempatan ini menawarkan promosi sempena sambutan Hari Krismas dan juga Tahun Baru.


Bagi yang merancang ingin meraikan kedua-dua sambutan itu, anda bolehlah berkunjung ke The Light Hotel. Di sini ada menawarkan promosi untuk kedua-dua sambutan dengan menu yang pastinya dapat membuka selera anda untuk menikmatinya.


BUFFET PROMOTION FOR CHRISMAS AND NEW YEAR 2017


Sempena sambutan perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2017, The Light Hotel menawarkan buffet makan tengahari dan makan malam untuk Hari Krismas pada 24 dan 25 Disember 2016.

Manakala bagi buffet makan tengahari dan makan malam untuk Tahun Baru 2017 pada 31 Disember dan 1 Januari 2017.

Buffet ini diadakan di Spice Brasserie dan juga di Flavour@3, The Light Hotel. Untuk pengetahuan anda, Spice Brasserie ini berada di lobi hotel, manakala Flavour@3 berada di tingkat 3 hotel.

Bagi menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2017, di Spice Brasserie dan Flavour@3, anda akan dihidangkan dengan hidangan masakan ala barat dan tidak ketinggalan masakan tempatan yang menjadi menu utama.


Menu ini terdiri daripada Roast Turkey with Apple and Raisin stuffing, Leg of Lamb Marinated in Italian Herbs, Salmon Fillet with Blackcurrant Cream Sauce dan banyak lagi.




 



Buffet Promotion for Christmas and New Year 2017 di The Light Hotel Seberang Jaya, Penang

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Selain itu, anda juga dapat menikmati hidangan lain seperti Lamb Briyani with Cashew Nuts and Raisin, Mughlai Chicken Korma Curry, Spicy Sweet Prawns, Coconut Marinated Grilled Chicken Wings, Seafood Broccoli dan lain-lain.



 






Anda juga boleh memilih pelbagai appetizer yang terdiri daripada makanan laut ada disediakan di sini seperti Seafood On Ice, Smoked Salmon with Rock Melon, Chicken Terrine with Cranberries Sauce serta pilihan salad segar bersama pelbagai sos yang istimewa. Ianya pasti memenuhi kehendak tekak anda.

 








Tidak ketinggalan pelbagai menu lain yang ada di sini seperti Chicken Shawarma, Mixed Grilled yang terdiri daripada udang, kupang, ikan, ayam dan juga char koey teow goreng pastinya menambah kemeriahan juadah untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru 2017 ini.





Pengunjung juga boleh menikmati menu Dim Sum Halal di dalam promosi ini. Malah jika anda hanya ingin menikmati Dim Sum Halal, promosinya masih berlangsung setiap hari Ahad.






Tidak lengkap menu promosi ini tanpa pencuci mulut, di sini ada dihidangkan pelbagai jenis puding dan kek seperti Pudding with Vanilla Sauce, Chrismas Cake, Bake Chocolate Souffle, Tiramitsu Cake, Pear William Cake, Lemon Meringue Pie. Rasanya memang sedap, rugi kalau anda tidak mencuba.
















CHRISMAS BUFFET FOR LUNCH AND DINNER
  • Christmas Eve Buffet Dinner – Sat | Dec, 24, 2016 7.00pm-10.30pm RM128+(A) | RM77+(C) @Spice Brasserie
  • Christmas Special 5-Course Set Dinner - Sat & Sun | Dec 24 & 25, 2016 7.00pm-10.30pm RM138+per person @Flavour@3
  • Christmas Day Special Lunch – Sun | Dec, 25, 2016 12.00pm-3.30pm RM78+(A) | RM47+(C) @Spice Brasserie

NEW YEAR 2017 BUFFET FOR LUNCH AND DINNER
  • New Year's Eve Buffet Dinner – Sat | Dec, 31, 2016 7.00pm-10.30pm RM138+(A) | RM83+(C) @Spice Brasserie
  • New Year's Eve Special 5-Course Set Dinner – Sat | Dec 31 & 25, 2016 7.00pm-10.30pm RM138+per person @Flavour@3
  • New Year's Day Special Lunch – Sun | Jan 1, 2016 12.00pm-3.30pm RM78+(A) | RM47+(C) @Spice Brasserie


Hidangan ala-carte juga disediakan untuk promosi Krismas dan Tahun Baru 2017. Promosi ini diadakan di Flavour@3 yang menghidangkan 5-Course Set Dinner. Menu yang dihidangkan untuk 5-Course Set Dinner seperti dibawah.

kredit


Terima kasih kepada pihak pengurusan The Light Hotel terutamanya Cik Siti Fatimah yang sudi menjemput  Projek Blogger Utara bagi sesi food review yang diadakan baru-baru ini.



LOKASI THE LIGHT HOTEL


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan anda boleh hubungi :-
The Light Hotel (M) Sdn. Bhd.
Lebuh Tenggiri 2,
Seberang Jaya,
13700 Penang
Tel : +604-3821111

You Might Also Like

6 comments

  1. Tak leh tgk lelama satg kebuluq haha

    ReplyDelete
  2. wahhh knpa la singgah sini tgk mkn!! hihihihihi..nyummy!!!

    ReplyDelete
  3. ala....tertengok sini dan2 teringat blk menu2 dia.lapaqqqqqq

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak eyda..jom belanja farah makan kat sini..heee ;p

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti