November 18, 2016

Kemeriahan Karnival Fiesta Magica IJM Land Di Seremban 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini IJM Land telah menganjurkan Karnival Fiesta Magica untuk meraikan penduduk serta pengunjung sekitar komuniti Seremban 2. Karnival ini merupakan acara tahunan IJM Land pada tahun ini telah diadakan di perkarangan Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 dengan bertemakan Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Happy Trails’.


 
Karnival Fiesta Magica IJM Land

Memandangkan ramai di antara kita amat meminati dunia fantasi, oleh itu pihak IJM Land kali ini mempamerkan dunia fantasi dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik antaranya pertandingan ‘cosplay’

Di Perhimpunan cosplayers dan Pertandingan Kostum Cosplay pengunjung berpeluang menyaksikan watak- watak 'aksara' kegemaran mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan Cosplay dan pertandingan. Sememangnya aktiviti ini sangat mendapat tempat di hati pengunjung dan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat banyak penyertaan. 

 
Pemenang Pertandingan Costum Cosplay


Selain itu, pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 turut menyediakan pengunjung dengan ‘fairy tale’ yang akan dipamerkan sehingga hujung tahun ini. Antara yang dipamerkan adalah ‘Tunnel Of Love’ yang romantis dengan beribu LED, Kereta Kuda Labu Cinderella, Cendawan Gergasi dan pelbagai sehingga menjelang sambutan Krismas nanti.




Selain itu, di sini turu diadakan persembahan silap mata oleh ahli silap mata terkemuka Malaysia iaitu Mahdi Moudini yang amat memukau para pengunjung. Tidak ketinggalan di sini juga disertakan pelbagai aktiviti 'fun games' termasuk 'balloon sculpture' dan 'snow globe photo booth'

Malah di Karnival Fiesta Magica ini turut menyediakan pengunjung dengan khidmat nasihat berkaitan kesihatan. Terdapat juga aktiviti menderma darah dan pemberian ubatan tradisional cina melalui kerjasama IJM Land bersama Young Malaysians Movement (YMMNS), daripada Persatuan Belia Xiang Lian dan Persatuan Kwang Tung N.S.  
  

Pemeriksaan percuma dari Perundingan Perubatan Cina Tradisional (TCM) termasuklah pemeriksaan tulang belakang dan postur pemeriksaan percuma, kaki, lutut dan juga tayangan scoliosis.
Acara kemuncak karnival ini diserikan lagi dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM20,000 terutamanya buat penduduk Seremban 2 dan Seremban 2 Height yang menyertai dengan menawarkan iPhone 7 sebgai hadiah utama.


Pelbagai Acara Menarik Di Fiesta Magica IJM Land

Pihak IJM Land juga menganjurkan Pertandingan Foto iaitu ‘Magical Moment Photo Contest’ bermula 13 November sehingga 18 Disember 2016 yang menawarkan jumlah hadiah wang tunai bernilai RM3,000 untuk dimenangi. Pertandingan ini dijangka akan menggalakkan penyertaan para pengunjung dan penduduk setempat untuk menyertai pertandingan ini dengan gambar yang cantik dan kreatif.
 
Pelbagai informasi lanjut tentang Pembangunan IJM Land di Seremban 2 disediakan dan anda boleh terus mendapatkan info dengan melayari laman ini: www.seremban2.com.my



13 comments:

  1. Best laa dapat free check up... Biasanya kena bayo...

    ReplyDelete
  2. igtkan uols pi seremban tadi haha

    ReplyDelete
  3. ada dapat diskaun beli rumah ke? :-)

    ReplyDelete
  4. wah, bestnya macam2 ada...owh, cosplay tu smpena smbutn krismas nti ke?

    ReplyDelete
  5. memang meriahlah, especially lampu2 warna warni

    ReplyDelete
  6. IJN memang boleh anjur tu.
    Siapa tak kenal IJN.

    ReplyDelete
  7. Layan dunia fantasi ni mmg sronok.. kdg2 org besar pun boleh jadi bebudak hehee :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...