November 15, 2016

Dim Sum Brunch Halal di The Light Hotel, Penang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada sahabat Eyda yang tinggal sekitar Pulau Pinang, menyukai Dim Sum? Tapi agak sukar mendapatkan dim sum yang halal? Eyda ada jawapan bagi persoalan ini.


DIM SUM BRUNCH

Dim Sum memang mempunyai peminatnya yang tersendiri termasuklah kepada kaum India dan Melayu.  Bagi yang beragama Islam yang merupakan peminat dan penggemar dim sum, memang agak sukar untuk mendapatkan dim sum yang diyakini halal.

Oleh itu, The Light Hotel mengambil inisiatif ini dengan menawarkan Dim Sum Brunch yang halal di kafe Flavour@3 yang berada di tingkat 3, The Light Hotel.

Untuk pengetahuan, Dim Sum Brunch Promotion ini menawarkan 7 pilihan dim sum jenis stim dan 4 pilihan dim sum jenis goreng.


Menu pilihan Dim Sum
 
Deep Fried Bean Curd Prawn Roll dan Siew Mai With Crab Meat

Steamed Chicken Leg dan Steamed Chicken Wing

Crystal Prawn Dumpling, Dumpling With Crab Stick dan Siew Mai

Deep Fried Wonton, Sesame Ball With Peanut Filling dan Glutinous Rice With Oyster Sauce
 
3 sos istimewa iaitu Creamy, Pedas dan Sweet Sour


Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati beberapa menu sampingan yang lain yang ditawarkan bersama promosi ini.

Bubur Nasi
 
Nasi Goreng dan Koey Teow Goreng
 
Garden Green With Oyster Sauce

Yong Tau Fu

Salted Egg Yolk


BBQ Chicken

Black Sesame

Pandan Kaya Bun


Pelbagai Kuih Muih Melayu

Kuih Muih

Desert dan Herbal Jelly

Kwai Fa Jelly

Ma Lai Gao
 
Bubur

Hot Longan

Bahan Campuran Mee Kari

Kuah Mee Kari


Semua makanan di sini memang sedap-sedap. Rugi kalau anda tak mencuba. Jom tengok apa yang Eyda jamah pada hari tersebut.

Mee Kari

Nasi Goreng, Koey Teow Goreng dan Garden Green With Oyster Sauce

Crystal Prawn Dumpling, Siew Mai With Crab Meat dan Siew Mai

Glutinous Rice With Oyster Sauce


BBQ Chicken dan Pandan Kaya Bun

Herbal Jelly dan Desert


Memperkenalkan barisan chef yang bertanggungjawab menyediakan menu istimewa untuk Dim Sum Brunch Halal ini..

Dari kiri Chef Wong, Chef Ismail dan Chef Lau


WAKTU DAN HARGA DIM SUM BRUNCH HALAL



Brunch Dim Sum
Setiap Hari Ahad
10.30am-2.00pm
di Flavour 3

Harga
RM48nett  (Dewasa)
RM29nett (Kanak-Kanak)

* Tawaran ini sehingga penghujung Disember 2016


Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

LOKASI THE LIGHT HOTEL



The Light Hotel (M) Sdn Bhd
Lebuh Tenggiri 2, Seberang Jaya
13700 Penang 
Telefon: +604-3821111
Website:www.thelighthotelpg.com
FB: www.facebook.com/thelighthotelpg


THE LIGHT HOTEL DAN TEAM PROJEK BLOGGER UTARA

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Siti Fatimah selaku pihak The Light Hotel kerana sudi menjemput kami untuk kali ke-4 ke The Light Hotel.



Sebahagian besar team Projek Blogger Utara yang dapat meluangkan masa untuk review kali ini.



31 comments:

  1. terliur tengok dim sum. Lama dah tak makan :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. memang banyak, sampai rambang mata nak makan yang mana satu..

      Delete
  3. wahhhhh bestnya makan kat hotel kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki merasa makan kat hotel..

      Delete
  4. Saya suka giler makan dim sum. Kalau pergi breakfast hotel, first thing first mesti sy ambik dim sum dulu

    ReplyDelete
  5. Menu menarik.. banyak pilihan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, memang menarik dan banyak pilihan untuk dinikmati..

      Delete
  6. Aduhh teeliur terus tengok mkanan tu Eyda
    Anak2 akak mmg fav habis dgn dimsum san the gang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tulis entry nih pun terliur kalau ulang tengok gambar2 nih.. ya ka, boleh laa kak Noor buatkan untuk anak2.. mesti berbaloi..

      Delete
  7. hg saja yg buh gambar tok pakai kasut tinggi tu
    sayang kat uols haha
    mmg nak repeat lagi lah dim sum sini dok teringat je ha
    harap2 sempat lah smpai hujung tahun ni kan
    jom eyda jommm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom El, teringat2 plak bila tengok gambar nih..

      Delete
  8. fuyoo time ujan makan panas2 sodap nihhh

    ReplyDelete
  9. Saya percaya blog ni memang hebat. Siap dgn team projek sekali. Banyak sepatutnya saya belajar dari izzeyda.

    Saya baru saja bebelogging.banyak tak tau lagi.

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk. nk ajak encik tunang pi try la.:)

    ReplyDelete
  11. teringat mee kari dia yang sedap tuuu

    ReplyDelete
  12. semua sedap2...rs x puas mkn hr tu

    ReplyDelete
  13. Bestnya laa hai jalan2 dengan blogger utara ni kan... Nak join boleh? He He He...

    ReplyDelete
  14. Semua makanan tu nampak sedap... Adehhh laaa...

    ReplyDelete
  15. sedapnyaaaaa..rugi xdpt join hari tu..huhuhu

    ReplyDelete
  16. Kalau pegi Jan berapa harganya eyda

    ReplyDelete
  17. Best berasa dlm group BU ni byk dapat jenputan untuk buat review

    ReplyDelete
  18. Fuhh mcm2 hidangan.. semuanya sedap2 ni... maeveles!

    ReplyDelete
  19. nampak sedap tp husna tak mkn dim sum.. huhuhu..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...