November 29, 2016

9 Plaza Tol Di Utara Beroperasi Secara Elektronik Mulai 30 November 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuti sekolah telah pun bermula beberapa hari yang lalu.. Mungkin ada yang dah mula bercuti atau akan bercuti..

Bagi yang akan memulakan perjalanan ke utara semenanjung terutamanya ke utara Pulau Pinang atau ke Kedah, anda dinasihatkan sediakan kad Touch N Go, kad PLUSMiles atau SmarTAG..

Jika anda tidak mempunyai kad ini, kad lain yang ada tanda Touch N Go pun boleh guna contohnya kad pengenalan..




Ini kerana mulai esok 30 November 2016, sembilan buah plaza tol di Lebuhraya Utara - Selatan di utara iaitu dari Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua akan beroperasi secara 100% elektronik..




Ketiadaan kad berkenaan akan menyukarkan anda melalui lebuhraya yang tersebut.. Jadi sebelum memulakan perjalanan anda ke utara, seeloknya sediakan kad tersebut atau tambah nilai kad anda sebelum melalui lebuhraya yang terlibat..



22 comments:

  1. Replies
    1. itu salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan wang tunai..

      Delete
  2. banyak dah yang nak ke elektronik sekarang. kena prepare kalau tak mau masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zaf, majoriti tol area kita semua dah bertukar ke elektronik.. mau tak mau sentiasa kena spare laa..

      Delete
  3. ALHMDULILAH SABAH NI DI HARAMKN PLZA TOL!! HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh, bila kat sini nak dihapuskan tol.. huhuhu..

      Delete
  4. Leceh pakai TnG ni... nak top up2... leceh... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang leceh bab nak top up bagai, tapi kekadang ok jer guna TnG nih..

      Delete
  5. Terima kasih. Esok saya lalu tol tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. just info kepada yang tak tahu.. kalau sesiapa tinggal area utara dan selalu guna highway, majoritinya dah sedia maklum..

      Delete
  6. Replies
    1. Kita memang kena sentiasa ada..standby sesiap dalam keta..

      Delete
  7. kesian pakcik makcik yg bwk kete tp x beli kad touch n go mesti gelabah la hai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu paling kesian, pakcik makcik ni bukan nak lalu highway sangat..kalau ada apa2 ja baru nak lalu..

      Delete
  8. Dah makin bnyk tol guna automatik ni... naya klu tetinggal TnG dan baru sedar kt depan tol huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro Khir Khalid.. macam Eyda memang standby sesiap dalam keta dan spare kad watson dan tesco dalam dompet yang boleh guna touch n go..

      Delete
  9. Tq info kak eyda sayang.. lepas nie kena stanby credit byk2 la.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 adik Farah sayang..yup memang kena sentiasa ada kredit bagi banyak..

      Delete
  10. Thanks utk info ni... ada gak dengar kat radio hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 dorsett pink..ya, kat radio pun ada di war-warkan info nih..

      Delete
  11. lagi senang menggunakan kad Touch n Go nih, tak perlu nak beratur panjang2..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bagi akak yang banyak guna highway memang guna touch n go jer..lagi 1 kena sentiasa pastikan kredit ada laa, kalau tak kena beratur panjang untuk tambah nilai plak..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...