Thomas Town Mini & Mighty Tour 2016 | Gurney Paragon Mall, Penang

10/07/2016 04:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sesiapa yang tinggal sekitar Pulau Pinang dan sekitarnya mempunyai anak-anak yang minat dengan watak kartun Thomas?

Jika ada, apa kata anda singgah ke Taman Tema Thomas & Friends, Thomas Town 'Mini and Mighty' Tour, Gurney Paragon Mall, Penang yang mempamerkan 70 enjin MINIS bermula pada 1 Oktober hingga 16 Oktober 2016.. 


Thomas Town, Puteri Harbour, Johor dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall meraikan lebih awal Hari Kanak-Kanak dengan mempamerkan Thomas Town 'Mini and Mighty' Tour ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Fong Jia-Li, Pengurus Pemasaran untuk Kategori Bayi dan Prasekolah, Khor Tze Ming, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hunza Group, William Edwards, CEO, Attraction, Themed Attractions Resorts & Hotels, Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar Thomas Town, Puteri Harbour.




Berlatar belakangkan Pulau Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang. Ia menyediakan aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride, Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak Thomas & Friends, iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour, Johor.




Istimewanya, buat pertama kali di Pulau Pinang, para peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin Thomas & Friends setinggi satu meter. Menerusi pameran yang merupakan replika siri televisyen popular Thomas & Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang dihias dengan tema istimewa seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.











Tidak ketinggalan anak-anak anda turut boleh menaiki keretapi Thomas mengelilingi kawasan lobi Gurney Paragon Mall ini.





Thomas Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat dengan membawa kanak-kanak ke dunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli tiket pada harga promosi iaitu RM99 untuk dua pas masuk (harga asal RM 170), tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini & Mighty’ Tour.




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.

Anak-anak Eyda memang seronok berada di sini. Jom tengok gelagat mereka dan gambar kami di sini..









Untuk sesiapa yang ingin singgah ke Thomas Town Mini & Mighty Tour 2016 di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang boleh rujuk pelan lokasi di bawah.. Manalah tahu korang tak tahu yang mana satu Gurney Paragn Mall.






You Might Also Like

4 comments

  1. Wow bestnya... seronok juga jln2 santai sekeluarga... anak2 pasti seronok tengok... :)

    ReplyDelete
  2. Tak nanti budak2 teruja tengok ni ekin sendiri pun teruja hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Bebudak memang ler seronok gie tempat2 cam nie ...

    ReplyDelete
  4. Ishh byk tempat best kat penang ni

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti