October 20, 2016

LaserOPS Indoor Laser Tag Arena | 1st Avenue, Pulau Pinang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada di sini peminat Painball? Jika anda minat, pastinya korang suka dengan permainan laser tag nih.

Kini di 1st Avenue, Pulau Pinang ada tarikan baru yang pastinya anda suka iaitu Laser Tag Arena, satu-satunya di Malaysia. Permainannya ala-ala Painball, tapi bezanya permainan ini menggunakan pistol laser dan dibuat di dalam bangunan.


Laser Tag Arena ini berada di tingkat 3, 1st Avenue bersebelahan dengan Prangin Mall dan KOMTAR. Permainan ini sesuai bermain bersama rakan atau keluarga.


Terima kasih kepada pihak Laser OPS Malaysia kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara untuk mencuba sendiri permainan Laser Tag nih.


MENGENAI LASER TAG


Mesti ada yang tertanya apa itu Laser Tag kan? Laser Tag adalah satu permianan interaktif dalam arena tertutup di mana setiap pemain perlu cuba mendapatkan mata dengan meletakkan tanda nama sasaran dan lawan dengan pistol fasor (phasor gun).

Laser OPS Penang ini menawarkan tempat yang berkeluasan 6,000 kaki persegi dengan 4,500 kaki persegi laser interaktif tag arena dan boleh memuatkan 28 pemain secara serentak. Apapun jangan risau ianya tiada bilangan minimum untuk bermain di sini.




Hanya pemain berumur 7 tahun ke atas dibenarkan bermain. Kanak-kanak di bawah umur tidak dibenarkan bermain dan perlu berada di bawah pengawasan orang dewasa.

Sebelum bermain, setiap pemain akan dibekalkan dengan vest dan fasor yang dilengkapi dengan paparan baru penuh warna LED di belakang fasor, LED ini terdapat 5 penggetar standard iaitu di tempat sasaran untuk menembak kiri dan kanan bahu, belakang, depan dan di pistol fasor, super bright white hit indicators, bunyi MP3 berkualiti tinggi, komunikasi radio lebih cepat, laser hijau dan merah serta banyak lagi.

Di arena ini dibahagikan kepada dua zon pasukan iaitu pasukan hijau dan pasukan merah. Ia yang direka khas dengan LED menerangi arena dan LED Wall Medallioms.


Arena maze ini direka khas dengan lampu, kesan cahaya dan asap serta dilengkapi dengan kesan bunyi yang mewujudkan suasana yang mendebarkan.


WAKTU OPERASI DAN HARGA LASER TAG


Laser OPS dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.




SISTEM DAN PROSES BERMAIN DI LASER TAG

Di sini ada sistem yang perlu dilalui oleh setiap pemain sebelum anda dapat bermain.

Apapun anda perlu mendapatkan giliran bagi kumpulan anda dan perlu membuat bayaran di kaunter.



Selepas itu, anda akan dibekalkan dengan sekeping kad untuk membolehkan anda mendaftar masuk sebagai pemain.
 
Anda perlu mendaftarkan maklumat yang berkaitan seperti nama, nama samaran dan email (ini untuk membolehkan keputusan markah permainan dihantar ke email korang).




Sebelum misi laser tag dimulakan, korang perlu mendengar taklimat daripada Laser OPS Marshal dan video tentang objektif, misi, peraturan permainan dan prosedur keselamatan, penggunaan peralatan dan cara untuk menembak fasor.




Markah bagi setiap tembakan yang mengenai sasaran atau musuh, anda akan mendapat 75 markah, manakala 25 markah akan ditolak sekiranya anda ditembak oleh pihak lain atau musuh korang.

Masa bagi 1 misi bermula daripada taklimat, vesting dan bermain ialah 20 minit. Kiranya anda ada masa sekitar 10 minit untuk bermain di dalam arena. 

Jadinya strategi amat penting bila berada di arena ini.

Perlu diingatkan semasa berada di arena anda tidak boleh berlari, tidak boleh memanjat dan memegang secara fizikal.


NO RUNNING 
NO CLIMBING
NO PHYSICAL CONTACT




Habis saja taklimat, anda perlu mencari vest dan pistol fasor anda sendiri mengikut nombor yang dipaparkan di akhir taklimat. Kesilapan mengambil vest dan pistol fasor akan menyebabkan korang tidak mendapat markah atau vest dan pistol fasor korang tidak berfungsi.


KEPUTUSAN LASER OPS  




Ini salah satu contoh paparan email markah anda di LaserOPS.



Bila anak-anak kalah, ibu menjadi mangsa. Walaupun ibu diserang hendap oleh anak-anak, ibu tetap menang.. Hehehe memang seronok bila dapat bermain bersama keluarga sebegini.



LOKASI LASER OPS


 



LaserOPS
 Level 3-13, 1st Avenue Mall
Jalan Magazine,
10300 Georgetown, 
Pulau Pinang


Tel: 04-2519092






Email: tagme@laserops.com.my



TEAM PROJEK BLOGGER UTARA DI LASER TAG

Antara team Projek Blogger Utara yang memenuhi undangan ke Laser Tag Arena.



Seronok bila ramai-ramai dapat join aktiviti sebegini.



7 comments:

  1. Replies
    1. jom bila2 kita p Zaf.. tapi kena p ramai2 laa..

      Delete
  2. Wahh bestnya... seronok... lama dah tak pergi main game.. ni lagi canggih dan terkini ni... best2.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best KK.. kalau datang ke Penang, cuba laa main game nih dengan family..

      Delete
  3. seronoknya semua mesti meriah kan

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...