Hari Ini Dalam Sejarah | Tragedi Pondok Pak Ya

9/22/2016 11:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Buat apa pagi nih? Sibuk dengan tugasan di pejabat atau sibuk di rumah nak memasak untuk hidangan tengahari ini? Tidak kiralah korang bekerja atau tidak semuanya tetap sibuk kan dengan tugas masing-masing..

Pagi ini Eyda terbaca surat khabar, tak sangka hari ini merupakan ulang tahun ke 27, Tragedi Kebakaran Pondok Pak Ya.. Tragedi kebakaran yang begitu menyayatkan hati.. Tragedi yang begitu meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang masih mengingati kejadian itu..
 



Untuk pengetahuan, ada dokumentari dan telefilem mengenai kebakaran Pondok Pak Ya ini pernah menghiasi slot di Astro tidak lama dahulu.. Biar pun kejadian ini makin dilupakan, ia tidak seharusnya dibiarkan hilang begitu sahaja.


SEJARAH TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAK YA



Tragedi kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikah Khairiah AL-Halimiah, Padang Lumat, Kedah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. Ianya telah berlaku 27 tahun yang lalu.

Menyoroti kejadian tersebut, ini sedikit info yang Eyda perolehi dari sumber di internet.




Pada 22 September 1989 yang lalu telah mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis.

Kejadian kebakaran ini difahamkan berpunca daripada api lilin. Perkara ini terjadi apabila mereka tertidur dan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal.

Pada mulanya lilin tersebut dinyalakan untuk membantu pelajar tersebut belajar memandangkan lampu bilik asrama perlu ditutup tepat jam 11 malam dan mereka ketika itu sepatutnya tidur.

Disebabkan pelajar tersebut tertidur, api lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama terjatuh dan terbakar sehingga mengakibatkan sebanyak 8 blok asrama yang diperbuat daripada papan musnah dijilat api dan 27 pelajar perempuan yang menghuni di asrama tersebut terkorban.

Difahamkan 27 pelajar terbabit meninggal dunia kerana menghidu bau asap tebal kebakaran kerana telah tidur dengan nyenyak. Jenazah semua pelajar terbabit dikebumikan du tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya"








Memang sedih kejadian ini, ianya memang tidak tidak dapat dilupakan oleh ahli keluarga dan sahabat karib mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mari kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dalam kejadian tersebut.




You Might Also Like

7 comments

  1. al-fatihah buat semua 27 syuhada yang terkorban.. ekin tengok filem dia memang sedih tengok

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat semua @& syuhada yg terkorban..memang sedih masa tgk dokumentari dia..

    ReplyDelete
  3. Sedih tengok.. paling sedik klu tahu traged tu dari waktu ia berlaku... Al Fatihah.

    ReplyDelete
  4. al fatihah semoga mereka di tempat2kan bersama2 org2 yang beriman

    ReplyDelete
  5. Al fatihah.. semoga mereka ditempatkan dalam golongan beriman. Amin..

    ReplyDelete
  6. Hikmah dari kejadian ini kerajaan telah membina banyak sekolah aliran agama diseluruh negara. Selepas inilah dilihat perkembangan pendidikan agama melonjak dengan pesatnya. Carta pencapaian sekolah sekolah berasrama penuh telah diungguli oleh 3 buah sekkolah asrama penuh aliran agama iaitu Kolej Islam Klang , Sek Men Agama Persekutuan Labu dan Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang

    ReplyDelete
  7. Hikmah kejadian...byk2lah menginfak kpd madrasah..mrk pejuang di jln Allah.

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti