August 15, 2016

Masakan Mediterranean Halal di The Light Hotel, Penang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 10 Ogos 2016, The Light Hotel telah melancarkan Promosi Masakan Mediterranean Halal. Promosi Masakan Mediterranean Halal ini akan bermula dari 15 Ogos sehingga 30 September 2016.



MENGENAI MASAKAN MEDITERRANEAN YANG HALAL

Masakan Mediterranean adalah makanan dari negara di sekitar Laut Mediterranean negara-negara Eropah seperti Greece, Itali dan Sepanyol; negara-negara Afrika Utara seperti Algeria, Libya dan Maghribi; dan negara-negara Timur Tengah - Lebanon, Syria dan Turki.

Memandangkan masakan Mediterranean yang HALAL semakin popular di Malaysia, ianya tidak mustahil bahawa The Light Hotel akan menjadi perhatian melalui promosi ini. Hal ini kerana di sini ia menawarkan pelbagai pilihan makanan Mediterranean menggunakan bahan-bahan segar, herba dan rempah yang membuatkan ianya makanan biasa yang kaya dengan pelbagai perisa. 

Selain itu, makanan rantau Mediterranean menggabungkan pemakanan sihat kerana ianya menggunakan; minyak zaitun, cuka buah-buahan - antara komponen lain yang mencirikan gaya memasak tradisional negara-negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean. Malah, gabungan ini menjadikan ia sempurna dari segi rasa dan nutrisi yang telah membuat makanan Mediterranean begitu popular di seluruh dunia.


Ketua Chef Masakan Mediterranean Halal


Orang yang membawakan masakan Mediterranean dan mengetuai dapur di restoran untuk promosi masakan ini ialah Chef Sudirman Wan Mansor. Beliau bertanggungjawab bagi memastikan semua masakan ini asli dan terbaik.  

Beliau bukan sahaja seorang yang menawan tetapi benar-benar berbakat; diperolehi Latihan Industri dari Institut Regional De Tourisme Et D'Hotellerie, Tarbes, Perancis sebagai Brevet d'Etudes Professionelles (B.E.P) dan Sijil Kebolehan Professional atau Certificate D'aptitude Professionelle  (C.A.P). Sepanjang kerjayanya, beliau menerima pelbagai anugerah untuk kerja-kerja dalam bidang masakan dengan pencapaian tertinggi sebagai Master Chef Certified yang dianugerahkan oleh Persatuan Dunia Master Chef.  

Mengenai latar belakang kehidupannya, Chef Sudirman dilahirkan di Raub, Pahang pada tahun 1960. Setelah beliau tamat belajar, beliau meninggalkan Malaysia ke Perancis pada usia 19 tahun. Beliau telah tinggal dan belajar seni masakan di banyak negara. Setelah beliau membesar di pelbagai negara yang berbeza di Eropah, beliau telah menjadi seorang pakar masakan Mediterranean. Di sini pengunjung akan dapat berkongsi pengalaman masakan beliau melalui makanan indah beliau.


MENU MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL



Semasa promosi makanan ini, pengunjung dapat menikmati masakan Mediterranean yang berbeza seperti Kambing Kaserol dengan campuran Lemon dan Aprikot, Dada Ayam Panggang dengan Cuka Balsamic, Fillet Ikan Jenahak dengan Serbuk Roti Walnut, Rack of Lamb dengan Sos Avgolemono, ini merupakan beberapa menu hidangan utama. 

 
Menu istimewa dari dapur Chef bagi bulan ini adalah Dada Itik dengan Oren, Limau dan Madu serta Udang Harimau Herba Mentega Panggang. Pengunjung mempunyai banyak pilihan menu selain dari menu harian.


MENU UTAMA MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL



 
Menu Utama

Anda suka makan nasi atau makanan berat di waktu tengahari? Jika ya, menu ini memang sesuai untuk anda. 










MENU PEMBUKA SELERA MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL

Pelbagai menu pembuka selera ada di sini. Jika anda tidak suka makanan berat, menu ini sesuai untuk anda yang sedang berdiet.




Sup





Salad






















MENU PENCUCI MULUT MASAKAN MEDITERRANEAN HALAL

Anda sukakan sesuatu yang manis? Apa kata anda mencuba pelbagai pencuci mulut yang ada di sini. 






PROMOSI MASAKAN MEDITERRANEAN  HALAL

Berlangsung dari 15 Ogos hingga 30 September 2016 di Flavour@3, The Light Hotel

Ada diskaun khas bagi yang menikmati hidangan ini secara berkumpulan. Selain itu, pengunjung digalakkan untuk membuat tempahan untuk menikmati hidangan promosi ini.


Promosi Masakan Mediterranean 

Set Makan Tengah Hari
Isnin - Sabtu
12.00 tengahari - 2.30 petang
RM78.00 + Seorang  

Pilihan A la carte bagi seorang 
Salad: RM28.00 + 
Desert: RM20.00+
Menu Utama : RM48.00 +

Set Makan Malam
4- Hidangan
Setiap hari
7.00 malam - 10.30 malam
RM98 + seorang


Antara menu yang menjadi santapan Eyda malam tu. Kalau ikutkan banyak lagi hidangan yang Eyda makan, tapi ini jer yang sempat snap. Mungkin sebab sedap menikmati hidangan masakan Mediterranean, tu yang terlupa nak snap yang lain.



LOKASI THE LIGHT HOTEL



  
THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com


Terima kasih kami ucapkan kepada pihak The Light Hotel kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara untuk menikmati hidangan masakan Mediterranean Halal yang disajikan. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada Chef Sudirman yang sudi melayan kami serta menceritakan perjalanan hidup beliau sebelum menjadi chef.



 Gambar wajib team Projek Blogger Utara bila dah berjumpa.




22 comments:

  1. Bestnya mkn best....semua sedap ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak SA.. tak rugi mencuba..

      Delete
  2. Best..tq The Light sebab selalu menjemput PBU

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan memang best.. terima kasih banyak2 pada The Light kerana sudi jemput PBU..

      Delete
  3. untong nyer dpt jemputan.
    makanan nyer sgt menyelerakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.. ya memang sedap, sampai rambang mata nak pilih hidangan mana yang nak makan..

      Delete
  4. perghh..dapat jemputan utk buat review ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki sis JM.. dapat juga merasa masakan Mediterranean nih..

      Delete
  5. melelehhhh.. minat masakan arab ni. wuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh singgah dan cuba nih, memang sedap.. tak rugi mencuba..

      Delete
  6. Tengok gambar2 terus terasa lapar😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kalau tengok gambar makanan mesti terliur dan lapar dibuatnya..

      Delete
  7. yg duk dekat2 tu boleh try..mmg sedap dan harga pun OK

    ReplyDelete
  8. Banyaknya menu.. boleh rambang mata nie.. kikikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak dan rambang mata dibuatnya..

      Delete
  9. Sekali sekala layan mediterranean meals best juga kan,.. :)

    ReplyDelete
  10. Fuuyooo... tak tau nak mula makan yg mana dulu ni.. semua sedap2... laparlah pulak tengok ni hehee.. :D :D

    ReplyDelete
  11. semua nampak sdap eyda.. bila lah dpt makan dgn PBU kt sini

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...