August 25, 2016

Free Gift Kit Kat Green Tea


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa suka barangan percuma atau lebih mudah kata free gift? Kekadang ada produk yang menawarkan barangan percuma kan.. Itu sebagai salah satu cara untuk melariskan produk mereka.

Eyda kekadang suka juga mengumpul barangan percuma produk nih. Salah satu barangan percuma yang Eyda suka kumpul, koleksi barangan percuma Kit Kat. Pelbagai jenis barangan percuma Kit Kat Eyda dah pernah kumpul.

Baru-baru ini Eyda berkunjung ke Tesco, maka ternampak Kit Kat Green Tea yang menawarkan barangan percuma iaitu tabung berupa kenderaan. Memandangkan ianya menarik hati Eyda, maka ianya termasuk dalam barangan yang Eyda beli pada hari tersebut.




Cute kan tabung Kit Kat Green Tea nih. Walaupun kurang minat dengan Kit Kat Green Tea berbanding Kit Kat biasa, tabung nih telah menarik minat Eyda untuk memilikinya satu..


Isi di dalam tabung Kit Kat Green Tea. Harga terkini yang Eyda dapat untuk Kit Kat Green Tea termasuk tabung tu berharga RM9.29 di Tesco. Boleh laa kan kalau nak beli.

Jangan tak tahu, tabung ni pun boleh buat main. Anak-anak siap main buat macam kereta mainan. Roda yang ada pada tabung tu boleh bergerak bukannya statik..

Sekarang Eyda jadikan ianya tabung melancong bagi keluarga kecil Eyda. Masing-masing kena kumpulkan duit syiling yang ada simpan dalam tabung tu. Boleh juga menanam minat menabung buat anak-anak..



21 comments:

  1. kita pun suka kalau ada mcm ni menarik nk membeli hahah

    ReplyDelete
  2. kiut beno tabung
    xtaulah ada free gift beli kit kat
    isnin lepas beli brg kat tesco..dpt 8 tin coke percuma
    tp kena beli RM200 keatas kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh nak penuhkan tabung tu. ooo coke tu kena beli barangan rm80 ke atas dapat 4 tin coca cola. dia caj rm1 untuk 4 tin coca cola.

      Delete
    2. wah ! sampai 8 tin coke.. puaih aih minum

      Delete
    3. @zaf - mau kembung perut kalau minum sekaligus..

      Delete
  3. Replies
    1. ntahlah, dia suruh beli kot tu buat comel2..

      Delete
  4. sukanya kalau ada free gift best best macam ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tetiba rasa nak kumpul banyak2..

      Delete
  5. bgus jugak dpt tbung dr dpt mainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul boleh buat tabung..tabung tu pun boleh buat mainan jugak tu..

      Delete
  6. Bestnya ada tabung... saya pun suka klu beli dpt free gift, apatah lagi kalau cantiik dan berguna... :)

    ReplyDelete
  7. Comelnya tabung tu! Berkenan tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab comel dan berkenan yang beli..

      Delete
  8. lawakan eyda tp masa nk beli tu kitkat dlm nya green tea. kt rumah dh ada oreo mesti depa bt ada roda

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kit kat green tea, tu berkira2 nak beli.. ni pun baru boleh habiskan kit kat green tea tu..

      Delete
  9. Replies
    1. sama laa beli satu ni pun berebut.. tu suruh sama2 kumpul duit syiling menabung dalam tu..

      Delete
  10. ekin pun suka... xnampak pulak masa p shopping tesco marin dulu

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...