August 8, 2016

Alami Keseronokan Bergambar di Phantamania, Penang


Trust No One, Just Have Fun!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah di penghujung bulan Syawal dan Julai lalu kami berkesempatan review satu tempat tarikan yang baru di Pulau Pinang iaitu Phantamania.




Phantamania ini telah dibuka pada 26 Jun 2016 yang lalu di Lebuh Victoria iaitu di dalam bandar Georgetown. Rupanya ia baru sebulan beroperasi. Di sini anda dapat merasai kelainan dan keseronokkan berselfie bersama keluarga dan rakan-rakan.

Cuba teka siapa saya? Hehehe..

Memasuki Phantamania ini, kami dipesan agar menggunakan tangan bukan mata. Ini kerana anda akan dapati banyak cermin sepanjang perjalanan masuk ke kawasan Phantamania ini. Hati-hati, jangan sampai terlanggar cermin atau terpegang orang plak ya.



Ramainya, padahal 4 orang jer..

Dah selesai menjadi seperti orang buta mencari jalan, akhirnya kami dapat juga masuk ke dalam Phantamania. Fuh di sini bergambar la sepuasnya. Jangan tak tahu kat sini ramai pengunjung luar yang turut sama berposing sakan. Ramainya pelancong dari timur tengah.

Di sini bukan saja kita memerlukan kemahiran untuk berposing dan mengambil gambar, malahan kita boleh jer berposing pada dekorasi yang menarik di sini..


Jemput masuk ya.

Suka berposing kat dekorasi di sini.. Rasa macam berada di luar negara sekejap.

Sukanya Zaf dan Nina bersama kembar mereka kat situ..



Di sini nak merasa macam alam fantasi pun boleh. Tengok laa gelagat Nina dan Zaf macam Doraemon nak tarik dari alam fantasi ke alam nyata. Hehehe.

Dunia fantasi

Bila Zaf merajuk. Perigi yang menjadi pilihannya. Pakai baju kurung pun nak terjun dalam perigi juga ya..



"Tolong, kami nak jatuh". Itulah, gatal lagi nak panjat memanjat kan.. Fuhh nasib laa memasing pakat poleh paut memaut, kalau tak dah lama jatuh..






FREEZAMANIA


Habis berposing sakan kat sini jom kita ke Freezamania plak.. Macam ke kutub utara plak rasa bila berada di sini..



Singgah sekejap kat Igloo nih.. Tapi tuannya tak ada laa.. Boleh posing kat luar pun jadi laa..

Boleh juga berposing dengan orang salji.. Sejuk pun ku tahan juga sebab nak posing punya pasal..

Ehh Kimie berposing dengan orang besi plak

Suka betul budak-budak nih main dengan ketulan ais.. Sejuk kot.. Tapi boleh selamba jer duduk atas ais tu ya..



Amboi Kimie siap tidur atas ais trus.. Selamba jer dia tidur ya..


Kimie malu-malu plak nak posing dengan Nina.. Hehehe..



Bergambar bersama sebahagian team Projek Blogger Utara..  Macam kanak-kanak riang memasing kat sini..




Sopannya memasing kat sini, macam nak buat ucapan raya salam perantauan plak kan..



LOKASI PHANTAMANIA



PHANTAMANIA
193, Lebuh Victoria,
10300 Georgetown,
Pulau Pinang
No. Tel : 04-263 3193
Masa Operasi 
10 am – 7 pm pada setiap hari

Tiket Masuk  
(Harga Promosi Pembukaan) 
Dewasa – RM 19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua – RM 12

(Harga Biasa)
Dewasa – RM 28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua – RM 18
Kanak-kanak bawah 100cm – Percuma

Terima kasih buat En. Rizal dan staf Phantamania dengan layanan yang baik sepanjang kami berada di sana..
Sebelum balik, jom layan kerenah kami di sana





14 comments:

  1. Banyak betul tempat menarik kat penang tp sygnya...adik dh pindah puchong..x sempat nk explore byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ya ka kak SA.. tak apa, kalau berpeluang berkunjung ke penang lagi, boleh explore tempat2 yang menarik ni..

      Delete
  2. macam best ni...kalau ke Penang, nnt Sally nak cuba yg ni plak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Sally, cuba la bila ke penang nanti..

      Delete
  3. wah boleh teambah dalam list travel ke penang nanti ni! Tq for the review! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah jangan tak tambah zofiroh.. kalau dah sampai penang terjah seberapa banyak tempat menarik yang ada..

      Delete
  4. Syoknya! Macam2 tarikan kat Penang sekarang ni ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok, memang macam2 tarikan dah ada di penang..

      Delete
  5. Menarik tempat ni... seronok... mmg kena singgah klu berkunjung ke sana.. best!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara lokasi wajib singgah jika ke penang

      Delete
  6. Uish.. makin banyak tempat menarik di penang nie..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...