May 30, 2016

Warna Warni Ramadan Buffet Di Ixora Hotel


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu.. Bulan Ramadhan akan tiba tak sampai seminggu jer lagi..

Pelbagai hotel telah memulakan promosi mengenai buffet Ramadhan yang ditawarkan.. Ixora Hotel juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan buffet Ramadhan untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..



Bagi yang masih tercari-cari buffet Ramadhan yang sedap dan mempunyai banyak pilihan.. Apa kata anda mencuba buffet Ramadhan daripada Ixora Hotel..

Ixora Hotel pada tahun ini menggunakan tema Warna Warni Ramadan Buffet.. Bagi Eyda ianya memang sesuai kerana pelbagai variasi makanan yang anda boleh dapati di sini.. Pastinya memenuhi tekak sesiapa saja yang merasai menu yang ada  di sini..


Menu Utama Warna Warni Ramadan Buffet

Pelbagai jenis lauk pauk yang menjadi menu utama di sini.. Pastinya anda rambang mata untuk memilih lauk yang menjadi santapan berbuka anda di sini..













Menu Sampingan Warna Warni Ramadan Buffet

Jika anda merasakan perut anda agak kenyang dengan menu utama.. Anda boleh cuba menu sampingan yng ada di sini.. Ianya sedap dan memenuhi citarasa..




Sedap Laksa Johor nih.. Rasa ikannya yang cukup.. Memang tak rugi merasai kelazatan Laksa Johor yang disajikan di sini..





Ini memang menu yang disukai ramai peminatnya.. Rasanya yang sedap bersama Sos Lada Hitam dan Sos Rosemary pastinya membangkit kesedapan Kambing Panggang Golek ini.. Jika anda sukakan pudina anda boleh menambah Sos Pudina ke atas kambing ini..




Menu Shawarma Ayam Dengan Roti Pita ini rasanya ala-ala kebab.. Memang sedap bagi sesiapa yang meminati kebab..



Setiap kali bulan Ramadhan pastinya bubur lambuk menjadi pilihan.. Di sini disediakan Bubur Lambuk Berempah dan tidak ketinggalan Sup Ekor Berjintan dengan Roti..



Ulam-Ulaman, Sambal dan Kerabu

Kalau anda peminat ulam-ulaman buffet ini memang sesuai dengan anda.. Di sini menawarkan pelbagai jenis ulam-ulaman, sambal dan kerabu.. Tidak ketinggalan jeruk buah-buahan untuk kudapan anda..






Desert Warna Warni Ramadan Buffet

Setiap buffet Ramadhan pastinya ada pelbagai desert yang disediakan.. Di sini ada sebahagian desert yang disediakan buat para pengunjung..






Minuman Warna Warni Ramadan Buffet

Di sini ada disediakan pelbagai jenis minuman.. Antaranya ada minuman panas.. Manakala minuman sejuk pula akan sentiasa bertukar sepanjang buffet Ramadhan berlangsung..



Warna Warni Ramadan Buffet


Waktu Buffet Ramadhan
13 Jun - 4 Julai 2016
7.00pm - 10.00pm

Harga 
RM 72 nett Dewasa
RM 45 nett Kanak-kanak (ketinggian antara 0.9 - 1.2 m)

*Early bird voucher at RM 68 nett each, first come first serve, limited only
Special at Buy 9 GET 1 FREE (equivalence RM61.20 nett each)

Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888


Lokasi Ixora Hotel 



Ixora Hotel
Jalan Baru, 
Bandar Perai Jaya,
13600 Perai,
Pulau Pinang



14 comments:

  1. Replies
    1. ehh macam kenal laa kan.. hehehe..

      Delete
  2. Replies
    1. yup sedap, sampai sengkak perut..

      Delete
  3. Pehh sedap2 semuanya... tak tau nak pilih mana... kalau saya compom tersandar lepas berbuka klu cenggini hehee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang rambang mata jadinya.. terlalu banyak menu yang ada di sini..

      Delete
  4. waa banyak betul makanan yg disediakan tu... harga pun boleh tahan juga. menarik ni.. terima kasih atas info :)

    Blogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)

    Pencarian #9 Bloglist By Ahmadhasif segmen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak sangat makanan yang disajikan.. yup harga berpatutan dengan menu yang disediakan..

      in shaa Allah, saya join nanti..

      Delete
  5. sis JM ni dlm oroses diet ni mmg tak leh g tempat2 mcm ni punah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM pergi bazar Ramadhan jelah.. beli satu atau dua juadah sudah..

      Delete
  6. sedap nyaaaa
    rasa nak makan lagi ja shawarma ngn masak lemak dia tu...
    sedap sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. rasa yang tidak mengecewakan..

      Delete
  7. sedap2 menu kat hotel bestnya kalu ekin dapat merasai join gak tapi apakan daya diri belum berpeluang lagi...

    ReplyDelete
  8. Banyaknya makanan feveret Sha.. kalau dekat nie mesti sha pergi.. Mengancam lauk pauknya..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...