May 30, 2016

Cuti Sekolah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuti sekolah pertengahan tahun telah pun bermula.. Apa perancangan anda bersama anak-anak?

kredit

Bagi Eyda tak banyak perancangan, memandangkan Eyda telah membawa anak-anak bercuti bersama hampir sebulan yang lalu..

Cuti kali ini Eyda hanya lakukan aktiviti ringkas bersama dengan anak-anak.. Melayan permintaan ringkas daripada anak-anak..

Hari pertama cuti sekolah anak-anak Eyda membawa anak-anak menonton wayang filem Angry Bird.. Yeay, Alhamdulillah salah satu permintaan anak-anak dah tertunai.. Walaupun ianya dilakukan tanpa perancangan rapi..

Selepas ini, akan ada lagi beberapa aktiviti yang akan Eyda lakukan bersama anak-anak.. Eyda terpaksa rancang dengan baik tanpa menjejaskan tugasan Eyda di pejabat..

Niat di hati nak bercuti hari ini, tapi memandangkan minggu lepas Eyda dah outstation, makanya hari ini terpaksa masuk ke pejabat mengadap kerja yang ditinggalkan hampir seminggu..

Sebenarnya banyak aktiviti yang kita boleh lakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah terutamanya anak-anak telah bersekolah..

Aktiviti yang anda boleh lakukan antaranya

Bercuti bersama keluarga - Anda boleh merancang percutian ke mana-mana destinasi pilihan mengikut budget yang anda miliki.. Jika budget anda tidak banyak, anda boleh merancang lakukan aktiviti berkhemah.. Apapun ianya bergantung kepada kesesuaian budget, cuaca, lokasi dan umur anak-anak..

Taman Tema - Anda boleh meluangkan masa seharian bersama anak-anak dan keluarga ke salah satu taman tema yang ada di Malaysia.. Bagi anak-anak kecil, pastinya menyukai tempat sebegini.. Anak-anak kecil kan tidak dapat dipisahkan dengan air..

Berkelah di pantai atau air terjun - Bagi pendapat Eyda cuaca sekarang kurang sesuai melakukan aktiviti sebegini memandangkan ianya agak berbahaya untuk kanak-kanak.. Ini kerana banyak berlakunya kejadian kepala air di air terjun ketika musim hujan..

Menonton wayang atau bersantai di taman - Ini antara aktiviti santai yang anda boleh lakukan bersama anak-anak.. Bukan itu saja, ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama..

Aktiviti di rumah - Jika anda tidak gemar bersesak dengan orang ramai dan tidak mempunyai budget lebih.. Apa kata anda rancangkan aktiviti bersama keluarga seperti mengemas rumah bersama semua ahli keluarga.. Pastinya menyeronokkan bila anda dapat lakukan aktiviti ini bersama-sama..



8 comments:

  1. heheh teringat zaman sekolah dulu. dok kira kalendar je . >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, dulu kalendar mesti ada.. senang nak tengok cuti..

      Delete
  2. Assalamuialaikum Eyda,

    Bila cuti persekolahan singkat begini, biasanya saya pilih melakukan aktiviti di rumah bersama anak atau menonton wayang. Saya pula tak suka meredah jem dan sesak. Jadi vacation biasanya akan dibuat awal tahun selepas start penggal baru persekolahan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam LZ.. samalah kita malas nak bersesak dengan orang ramai.. Eyda suka buat masa cuti hujung minggu atau yang bersambung dengan cuti hujung minggu.. kurang sesak dengan orang time tu..

      Delete
  3. saat di tunggu cuti sekolah..sbb jln lengang je kalau nk ke opis ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu memang semestinya.. rasa sekejap jer dah sampai opis..

      Delete
  4. ekin masa cuti sekolah 2 tahun lepas kira bila tarikh nak kahwin hahahahha bulan 5 tu...

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah memang best untuk bebudak.. Happy jer mereka..
    Untuk kita, jalan lengang..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...