Review | BoBoiBoy The Movie

3/05/2016 09:45:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bersiaran di pagi hari.. Bangun pagi teruja plak nak citer pasal BoBoiBoy The Movie yang Eyda dan anak-anak sempat layan malam semalam.. Filem yang bakal menjadi box office tahun nih..

Eyda pasti semuanya akan bersetuju dengan Eyda selepas menyaksikan sendiri filem ini.. Anak-anak Eyda sampai minta Eyda belikan CD filem nih bila dah ada di pasaran nanti.. Itulah penangan filem BoBoiBoy The Movie..




Bayangkan Eyda dah terpacak kat kaunter tiket seawal jam 8.00 malam.. Akhirnya tayangan jam 10.50 malam baru Eyda boleh tengok movie nih sebabnya ada tiket sold out, hampir habis dan terpaksa menonton di depan skrin..

Tiket filem BoBoiBoy The Movie kami

Tengok laa sebahagian yang tunggu waktu tayangan filem BoBoiBoy The Movie nih

Jom baca sikit sinopsis filem ni..

BoBoiBoy The Movie
Sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.

Banyak halangan dan rintangan yang perlu BoBoiBoy dan kawan-kawannya terpaksa lalui dalam misi untuk menyelamatkan Ochobot.

Ada pelbagai aksi yang mencabar dan lawak sepanjang filem ini. Sedikit kesedihan muncul dalam usaha BoBoiBoy ingin menyelamatkan Ochobot.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Format: 2D


Trailer BoBoiBoy The Movie





Di akhir filem ini kita akan dapat mempelajari semangat perjuangan dan persahabatan.. Tak rugi layan filem nih.. Mesti ada yang tak puas menontonnya.. 


AKSI IZZAT DAN KIMIE

Sebelum balik jom posing dulu.. Nak posing awal-awal, orang ramai sesangat.. Dah habis layan movie baru lengang sikit.. 


 


Masih terbayang-bayang movie nih.. Nak layan trailer dulu laa.. Hehehe..


Eyda bagi 5 / 5 bintang.. 
Memang best, berbaloi-baloi menunggu lama..






Info, gambar dan trailer kredit dari CINEMA, BoBoiBoymovie.com dan Youtube


You Might Also Like

11 comments

  1. yg dah dewasa pun teruja nak g tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dewasa lagi teruja daripada kanak-kanak..

      Delete
    2. memang tu kak eyda ekin n abang ni teruja sangat nak tengok hahahhaha...

      Delete
  2. dengar cerita filem ni 1st day je dah pecah panggung.. hebat..

    ReplyDelete
  3. eyda, ijat da minta tgk kali ke2 :) hi hi hi...
    bagi aida, citer ni ok la best utk tontonan anak2.
    filem kita. kita kena support !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Aida.. kita kena support filem kita..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti