Menu Istimewa di Soup's On, Kulim

3/15/2016 10:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah dah separuh bulan ni kita lalui.. Macam mana semua sihat tak? Kalau tak sihat, jangan malas-malas pergi klinik atau makan ubat tau.. Cuaca panas nih memang kena jaga kesihatan lebih sikit..

Okey laa tak mau melalut.. Sekarang nih Eyda nak berkongsikan satu restoran agak baru di Kulim.. Ianya baru dibuka pada 1 Disember 2015.. Siapa kat sini suka makan Boat Noodle? Kalau suka, jom singgah ke Soup's On..


Restoran Soup's On, Kulim


Kenapa perlu singgah ke Soup's On, kerana menunya laa.. Tak percaya, kat sini ada Boat Noodle? Jom tengok menu apa yang ada kat sini..


MENU DI SOUP'S ON



MENU DAN HARGA DI SOUPS ON

Coffees and Teas ( RM 3.50 )
* Iced Green Tea
* Iced Tea
* Coffee
* Chocolate
* Tiramisu
* Espresso
* Latte
* Mocha
* Vanilla
* Cappucino

Beverages ( RM 3.00 )
* Blueberry
* Grape
* Orange
* Mango
* Strawberry

Soups

Laksa Thai - RM 3.90

Boat Noodle ( RM 1.90 )
* Tanghoon
* Sen Mee
* Sen Lek

MENU TERKINI

Nasi Ayam - RM 4.90
Nasi Daging Bakar - RM 9.90 (percuma air sirap)



Menu pilihan Eyda dan anak-anak pada hari tersebut ialah :

Kami order 2 mangkuk Boat Noodle Sen Mee (untuk Kimie sesuai laa dengan kuantitinya yang boleh telan 2-3 kali) dan 2 pinggan Nasi Ayam (untuk Eyda dan Izzat)..

Boat Noodle - Sen Mee

Nasi Ayam

Minuman pilihan kami :

Tiramisu - pilihan Eyda

Iced Tea - pilihan Izzat

Chocolate - pilihan Kimie

Apapun semuanya sedap dan kena dengan tekak..

Eyda sukakan dekorasinya yang simple tapi menarik.. Restoran nih menggunakan tema hitam putih sebagai dekorasi restorannya..



LOKASI


SOUP'S ON
195 (tingkat bawah), 
Taman Seluang,
09000 Kulim, Kedah
Instagram : soupsonkulim

Trademark : sebaris dengan Jabatan Imigresen Kulim, Bank Rakyat, dan Poslaju Kulim.. Berhampiran dengan stesen minyak Petronas..


WAKTU PERNIAGAAN

Khamis - Selasa
11.00 pagi - 10.00 malam
Tutup : Rabu




You Might Also Like

11 comments

  1. nanti nak suruh abang usha kat sini pulak hahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la ekin.. mana tau tersuka plak..

      Delete
    2. duk tanya abang dah hahahah dia pun mcm2 taw jalan sana...

      Delete
    3. haa boleh laa ekin cuba nanti..

      Delete
  2. Replies
    1. boleh ja try, tak laa mahal sangat pun.. harga mampu nak makan dan merasa..

      Delete
  3. my junior sekolah Dayot Saje (nama Fb) tauke restoran ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ya ka.. tak kenal tauke dia.. tapi ok laa menu pun dah makin banyak..

      Delete
  4. sedapnyaaa eyda.. turun kulim wajib lepak sini

    ReplyDelete
  5. adui sedap nyer eyda.
    tapi jauh mak aii!
    terliur aida di selatan ni :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti