EL NINO : Sekolah di Perlis dan Kedah Ditutup Kali Kedua

3/31/2016 09:31:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. El-Nino atau suhu panas melampau masih lagi melanda negara kita.. Negeri yang berada di utara semenanjung masih menunjukkan suhu yang tinggi sehingga menyebabkan sekolah di dua negeri di utara iaitu Perlis dan Kedah ditutup lagi..

Penutupan ini adalah bermula hari ini 31 Mac 2016 (Kedah dan Perlis) dan 1 April 2016 (Perlis)..


kredit



GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup mulai hari ini selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 37 darjah Celsius.

Ini merupakan penutupan kali kedua bagi sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah ekoran suhu panas melampau yang me­landa kedua-dua negeri berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan penutupan kali kedua itu dilaksanakan berikutan fenomena El Nino yang melanda negeri itu sehingga menyebabkan cuaca panas berterusan selama tempoh 72 jam sejak Isnin lalu.

“Berikutan keadaan cuaca yang melampau di dua negeri ini, kita memutuskan supaya semua sekolah di Perlis ditutup selama dua hari mulai hari ini (31 Mac dan 1 April 2016) manakala di Kedah ditutup hanya sehari (31 Mac 2016).

“Penutupan hanya melibatkan ketidak­hadiran pelajar ke sekolah manakala guru dan petadbir sekolah dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa. Penutupan ini juga tidak perlu diganti,” kata beliau selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Jambul di sini semalam.

Penutupan sekolah itu melibatkan 853 buah sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah yang kesemuanya melibatkan 413,786 pelajar termasuk 15,954 orang murid prasekolah di kedua-dua buah negeri itu.

Menurut beliau, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Perlis digesa supaya mengadakan pemantauan setiap masa bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan tersebut.

Kosmo! pada 22 Mac lalu, melaporkan sebanyak 413,786 di Kedah dan Perlis diberi cuti khas dua hari apabila 853 buah sekolah di kedua-dua negeri berkenaan diarah tutup ekoran suhu panas melampau melanda di negeri-negeri itu.


Sumber KOSMO




You Might Also Like

10 comments

  1. memang patut sekolah ditutup. kesian kat budak-budak, memang tak selesa nak belajar dalam keadaan panas gini

    ReplyDelete
  2. kesiannya org2 Kedah perlis. bila panas ni, macam2 penyakit boleh datang

    ReplyDelete
  3. Memang patut tutup pun. Kesian kat budak2. Panas!

    ReplyDelete
  4. Assalam Eyda..klaau panas begitu mmg layak tutup..kat area sini pun panas berdesing

    ReplyDelete
  5. nape eh..berkali pos tapi still x sampai

    ReplyDelete
  6. kalo pi tempat2 open tu pakai sunblock ok..tp seeloknya avoid..

    ReplyDelete
  7. sekarang ni kalau cuti malas nk keluaq.. panas membahang

    ReplyDelete
  8. moga di sana akan beransur pulih la ye.
    kat melaka ni, semlm baru hujan.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. sekolah tutup budak2 tetap main kat luar gak tengah2 panas... xde guna gak huhuhu

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti