January 7, 2016

Restoran Mutiara Bonda, Autoworld Juru, Penang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah selepas berkunjung ke Butik Malvita, Penang.. Kami berkunjung pula ke Restoran Mutiara Bonda..




Buat pengetahuan semua, Restoran Mutiara Bonda ini diuruskan oleh Puan Azam selama 6 tahun.. Nama Mutiara dipilih sempena negeri Pulau Pinang yang lebih dikenali dengan Pulau Mutiara dan Bonda pula diambil daripada nama salah seoarang staff restoran yang lebih dikenali dengan panggilan Bonda.. Nama Bonda ini datangnya daripada hasil masakannya yang mirip kepada maakan bonda atau orang tua-tua.. Itulah akhirnya restoran ini dinamakan Restoran Mutiara Bonda..

Selain itu, di sini staff diasingkan kepada dua kumpulan.. Satu kumpulan akan memasak masakan melayu dan satu kumpulan lagi akan memasak masakan Siam atau Thailand..

Pelbagai masakan Melayu dan Thailand ada di sini.. Walau bagaimana pun, menu Kari Kepala Ikan merupakan menu yang istimewa dan terbaik di sini..

Jangan risau, setiap hidangan di sini hanya akan dimasak sebaik sahaja anda membuat pesanan.. Tiada istilah perangat atau panaskan lauk pauk di sini..

Jom tengok hidangan yang istimewa di sini..

Set menu hidangan istimewa untuk 10 orang buat kami


Kari Kepala Ikan

Sotong Goreng Tepung

Sambal Udang

Ayam Goreng


Siakap 3 Rasa

Ulam-ulaman

Kerabu Mangga

Kangkong Belacan

Air Limau Asam Boi
 
 
Jom jenguk menu yang ada di sini termasuk Hidangan Istimewa yang kami jamah..
 




 



Seperti biasa pastinya akan ada gambar team Projek Blogger Utara dan blogger jemputan.. Malah tidak ketinggalan juga bersama Puan Azam pengurus Restoran Mutiara Bonda..
 

Terima kasih kepada Puan Azam kerana sudi menerima kehadiran team Projek Blogger Utara ke Restoran Mutiara Bonda.. Semoga perniagaan ini akan lebih maju di masa akan datang..

 


Bagi yang ingin ke sini boleh laa rujuk map dan alamat di bawah..
 
 

 

RESTORAN MUTIARA BONDA

15 comments:

  1. wah....kari kepala ikan Penang mai...slurpppppp sedapnya.....nanti nak pi Penang la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai laa Penang kak SA.. boleh cuba kari kepala ikan nih.. memang sedap..

      Delete
  2. menggodaaa haih tengok lauk2 tu semua.. kari kepala ikan =D

    ReplyDelete
  3. wah.. tak tahu ada kat Penang ada restoran ni. will go.. btw, sy follow sini#552 nice blog n good entry:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba laa, sedap, banyak pilihan menu lain di sini..

      Delete
  4. jom repeat lagi..eyda belanja..yeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tumpang tepi gak ekeke

      Delete
    2. hahaha kena tunggu birthday girl dulu laa.. hehehe..

      Delete
  5. menu nya nampak menggiurkan.. harga pun berpatutan.. :)

    ReplyDelete
  6. Ohsem.. Dahlah singgah sini time lapar..
    menggoda sungguh hidangan-hidangannya..

    ReplyDelete
  7. merembes air liur semua lauk pauk tu...air asam boi my feveret

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...