January 8, 2016

Manjakan Diri di Anggerik Spa dan Beauty, Penang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah dah seminggu kita di tahun 2016 dan pada 1 Januari 2016 yang lepas, kami team Projek Blogger diberi peluang untuk manjakan diri di Anggerik Spa dan Beauty..





MAKLUMAT MENGENAI ANGGERIK SPA AND BEAUTY

Untuk pengetahuan semua, Anggerik Spa and Beauty ini dimiliki oleh Puan Liza Ibrahim dan telah pun beroperasi selama 6 tahun di dalam pasaraya besar Giant, Bayan Baru, Pulau Pinang..

Puan Liza merupakan Pakar Industri DPIN & DSE di dalam sector Medical & Pharmaceuticals, Cosmetology Kesihatan, Penjagaan Diri dan Alternatif Terapi.. Beliau juga menjadi sebahagian tenaga pengajar dalam bidang ini.. Bukan itu sahaja, beliau juga memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri di sini..



PAKEJ YANG DITAWARKAN

Di sini kita boleh memilih pakej yang ditawarkan antaranya facial, urutan melayu / bali, scrub dan urutan kaki..






FOOT SPA / FOOT MASSAGE

Memandangkan Eyda dah mengayuh basikal beberapa hari sebelumnya sehingga menyebabkan kaki Eyda sakit, maka Eyda memilih untuk lakukan urutan kaki..

Sebelum kaki Eyda diurut, kaki Eyda perlu melalui Foot Steam Sauna.. Tujuannya untuk melembutkan kaki sebelum urutan dapat dilakukan..





Selepas melakukan Foot Sauna Steam (Sauna Kaki) selama hampir 30 minit, barulah Foot Massage (Urutan Kaki) dijalankan.. Urutan kaki ini dilakukan oleh Ira selama hampir sejam..

Posing dulu sebelum urut kaki..

Restkan mata anda dulu ya..

Lembutkan kaki dulu oleh Ira..

Sedap betul kena urut kaki nih walaupun ada sakitnya


Urutan nih walaupun hanya melibatkan kaki sahaja, tetapi ianya mempengaruhi hampir seluruh badan kita.. Ini kerana refleksologi pada bahagian tapak kaki akan effect bahagian badan kita yang lain..

Setelah selesai, Eyda diberi minum air halia.. Memang bagus air nih..





TEAM PERTAMA PROJEK BLOGGER UTARA BERSAMA PEMILIK DAN STAFF ANGGERIK SPA & BEAUTY


Pemilik Anggerik Spa & Beauty dan staff


Team Projek Blogger Utara bersama Puan Liza, Pemilik Anggerik Spa & Beauty


Team Projek Blogger Utara bersama Ira, staff praktikal Anggerik Spa & Beauty


Team Projek Blogger Utara

Terima kasih kepada Puan Liza dan staff Anggerik Spa & Beauty yang sudi melayan kami dalam memanjakan diri di cuti Tahun Baru 2016..


TESTIMONI EYDA SELEPAS KE ANGGERIK SPA & BEAUTY

Hasil daripada Foot Massage yang Eyda buat nih, membuatkan kaki Eyda lebih bagus berbanding sebelumnya.. Hal ini dapat dibuktikan dengan kayuhan basikal pada petang hari yang sama sebanyak dua pusingan dan kayuhan Eyda kali ini tanpa berhenti.. Bukan apa Eyda kata tanpa henti, rumah Eyda berada di kawasan bukit, makanya kita memang akan memerlukan stamina yang lebih untuk kayuh basikal menaiki bukit..

Baru nak mula kayuhan selepas balik dari Anggerik Spa & Beauty

Antara laluan yang 2 kali perlu lalui..


PELAN LOKASI, ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON


Yang berminat ingin mencuba, meh tengok map dan nombor telefon di bawah ya..





ANGGERIK SPA & BEAUTY
F09, Giant Supermarket,
Bayan Baru,
11950 Pulau Pinang
 
Tel : 04-6440 355 (SPA) / 017-4933 578 (Puan Liza)
 
FB : Liza anggerik spa

       

17 comments:

  1. tulah igt nak wat fisio kaki gak lah..kaki ni byk sgt berjalan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lepas tu nanti jalan sakan laa..

      Delete
  2. bestnya dpt manjakn diri....dekat dengansushine ka n

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ni dalam giant.. dekat dengan hospital pantai..

      Delete
  3. kami jelly kami jelly..appointment kami mggu ni cancel..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya g spa nya.. Bila boleh p spa nak manjakan diri gak ni

    ReplyDelete
  5. Rumah kak eyda kat mana hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tau, buat tanya plak ya..

      Delete
    2. taw nama tempat nak g tak taw mana hahahhaha... nanti insyaAllah ada masa kita jumpa lagi... lagi best jumpa semua kan..

      Delete
  6. Replies
    1. kalau CP tu pompuan maunya ikut dah..

      Delete
  7. PBU ke SPA lak...hebatlah team ni

    ReplyDelete
  8. next week baru aida ingat nak ke spa.
    facial.
    urut.
    wow, sedap nyer memikirkannya :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...