info

Selamat Hari Kemerdekaan ke-58

8/31/2015 04:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat Hari Kemerdekaan ke-58..

Maaf laa baru sempat nak buat entry untuk mengucapkannya..




Dengan tema #sehatisejiwa pada tahun nih, semoga kita sehati sejiwa dalam segalanya termasuk bersahabat dan menulis di alam maya nih..

Bagi yang bercuti, ke mana korang pergi? Eyda duduk kat umah jer pun.. Nak rehat, esok kan dah keja..


info

KhaSiaT BuaH MaRKiSa

8/29/2015 09:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada yang kenal dengan buah markisa? Mungkin ada yang pernah dengar tapi tak pernah tengok rupanya..

Eyda pernah minum jus markisa, itu pun tumpang rasa air yang member beli.. Dia pun tak mampu nak habiskan kerana rasa manis masamnya..

Eyda baru jer pernah tengok rupa buah markisa nih.. Itu pun kebetulan ada buah yang masak di rumah mak Eyda.. Sebelum ni tengok pokok jer.. Itu pun masih tak tahu pun pokok markisa.. Ingatkan pokok kekacang apa.. Daun jer penuh, tak Nampak rupa buah langsung.. Bila belek baru nampak buahnya..


Buah markisa


Kalau tengok rupa buahnya macam buah plastik hiasan pun ada.. Kulitnya yang kilat dan buahnya yang ringan memang macam buah hiasan ja.. Inilah buah yang mak Eyda petik..



Khasiat Buah Markisa

Buah markisa merupakan salah satu buah yang mempunyai banyak sekali manfaat untuk kesihatan, buah yang mempunyai rasa manis sedikit asam ini memang mengandungi banyak nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Ini dia beberapa manfaat buah markisa untuk kesihatan:

Sumber vitamin C.
Buah markisa merupakan salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang sangat baik. Mengambil buah markisa telah memenuhi sekitar 50 peratus daripada keperluan vitamin C harian anda. 

Sumber antioksidan.
Buah markisa merupakan buah yang tinggi dengan kandungan antioksidan yang cukup mujarab untuk melawan berbagai macam penyakit seperti kanser dan keradangan. 
Manfaat buah amrkisa untuk kesehatan
Isi buah markisa

Menjaga kesihatan pencernaan.
Buah markisa bermanfaat untuk mengatasi berbagai macam masalah pencernaan seperti sembelit. buah ini juga merupakan ubat yang sangat baik untuk rawatan hyperacidity, perut dan ulser duodenum.

Kaya dengan Beta karoten.
Kandungan beta karoten dalam buah markisa  dapat mendorong perkembangan tulang dan gigi, membaiki tisu tubuh, mengurangkan risiko arthritis, penyakit Parkinson dan kemurungan.   
Kaya dengan kandungan zat besi
Markisa merupakan salah satu makanan yang mengandungi zat besi cukup tinggi. Dalam 1 cawan buah markisa mengandungi kira-kira 4 mg zat besi.

Mengandungi folat
Buah markisa diketahui merupakan salah satu dari makanan yang mengandungi folat (vitamin B9) yang cukup baik, folat (vitamin B9) berfungsi untuk menjaga kesihatan mental dan otak, serta dapat mencegah terjadinya kecacatan pada bayi sepanjang masa kehamilan ibu mengandung. Selain itu, asid folik juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan peredaran.


Membantu menstabilkan berat badan.
Buah markisa boleh membantu dalam menurunkan berat badan kerana mengandungi rendah kalori, sodium dan lemak. Walaupun buah markisa ini rendah kalori dan juga lemak, ia juga kaya dengan karbohidrat dan gula semula jadi yang dapat mempercepatkan peningkatan stamina anda selepas aktiviti yang memenatkan.  


Tinggi serat.
Buah markisa adalah sumber terbaik serat. Dalam 100 g buah markisa mengandungi 10.4 g atau 27% serat. Serat sangat diperlukan untuk pemakanan dan membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Selain itu serat dalam buah markisa juga boleh membantu melindungi selaput lendir usus dengan cara mengurangkan pendedahan kepada bahan-bahan toksik di dalam usus besar serta mengikat bahan kimia yang merupakan penyebab terjadinya kanser di usus besar.



Mengandung tinggi kalium.
Buah markisa sangat kaya dengan kalium. Dalam 100 g buah markisa mengandungi kira-kira 348 mg kalium. Kalium merupakan komponen yang sangat penting untuk membantu mengawal degupan jantung dan kestabilan tekanan darah.

Baik untuk pesakit asma.
Buah markisa mengandungi khasiat yang boleh melegakan serangan asma. Selain buah ini mengandung vitamin C, markisa juga mempunyai kesan menyekat histamin yang menyebabkan gejala penyakit asma.




Sumber diedit daripada khasiatmanfaatsehat


 

segmen & GA

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

8/29/2015 12:00:00 AM


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom join beramai-ramai..




Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

tazkirah Jumaat

TaZkiRaH JuMaaT #26

8/28/2015 09:26:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Jumaat buat semua.. Tak sabar nak cuti, yelah cuti 3 hari kan direct.. Mana tak syok..

Renungan buat hari nih.. Semoga kita dapat mencari dan menambah ilmu yang baik buat diri kita..






Menuntut ilmu adalah taqwa.
Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir.
Mencari ilmu adalah jihad.
Imam Al-Ghazali


makan

Kek Coklat Moist

8/27/2015 08:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari-hari berlalu dengan pantas.. Tak sampai seminggu lagi kita akan meninggalkan bulan Ogos.. Sekejap jer kan, rasa masa berlalu sekarang.. Semoga apa yang kita impikan dimakbulkan..

Eyda tak mau laa memanjangkan entry nih.. Hari nih Eyda nak kongsikan mengenai Tepung Ajaib Kek Coklat.. Tepung yang amat memudahkan bagi yang tak pandai buat kek macam Eyda nih.. Tak perlu nak sukat apa bagai, hanya masukkan ikut susunan yang diberi..

Tepung kek coklat nih lebih sedap jika dimasak dengan cara kukus dan menghasilkan Kek Coklat Moist yang lazat.. Bila dah rasa sekali mesti tak cukup..

Eyda dah beberapa kali buat kek nih, Eyda hanya sempat rasa sedikit saja.. Yang lainnya dihabiskan oleh Izzat dan Kimie.. Kimie laa yang paling suka dan teruja sangat.. Selalu dia laa yang rajin buat permintaan untuk Eyda masakkan kek nih..

Jom Eyda tunjukkan peket tepung yang memudahkan Eyda dalam penyediaan Kek Coklat Moist.. Cepat dan mudah hanya Adun, Masak, Siap.. Mudah kan..


Peket Tepung Ajaib Kek Coklat

Bahan yang diperlukan


Kat belakang pek ada disertakan cara penyediaan kek coklat moist nih.. Senang dan mudah untuk membuatnya..


Cara penyediaan

Cara Penyediaan

Langkah A

* Panaskan periuk kukus
   Tips : Biarkan air mendidih sebelum mula memasak kek

* Pukul 2 biji telur sehingga kembang
   Tips : Tekstur putih dan kental

* Tambah bahan Pek A dan Pek B. Gaul sebati

* Tuang adunan ke dalam bekas. Kukus selama 35 minit. (Jika guna bekas yang kecil, masa memasak akan lebih cepat)
  Tips : Alas tudung periuk dengan kain supaya air wap tidak menitis pada kek.


Langkah B

* Tambah 4 sudu besar air didih dan 1 sudu besar susu pekat bersama Pek C. (Jika lambat cair, buat double boil jer)

* Gaul sehingga larut. Tuang dan ratakan ke atas kek.

* Hiaskan bersama bahan hiasan Pek D atau lain-lain (Ikut kreatif dan kesukaan masing-masing).





Bahan Penyediaan

* 1 set pek Tepung Ajaib Kek Coklat
  
   Pek A - Krim Coklat
   Pek B - Bahan Adun
   Pek C - Topping
   Pek D - Coklat Urai

* 2 biji telur


Jom tengok hasil yang Eyda buat.. Boh dalam bekas kecil-kecil, memudahkan untuk makan.. Semua penuh bekas kan, mana taknya nak buat sekali masak jer.. Tak apa untuk makan sendiri macam mana pun ok..



Hasil untuk satu pek Kek Coklat.. Boleh dapat bekas lebih lagi,
kalau kurangkan kuantiti bagi satu bekas..


Ini untuk cikgu kelas Kimie.. Amboi, nak jugak bagi cikgu rasa ya, Kimie..


Bagi Eyda okey tepung nih, memang memudahkan kerja bagi yang kurang mahir membuat kek macam Eyda nih.. Bukan kata yang tak reti, budak-budak pun boleh buat sendiri..

Kek ni juga boleh dijadikan sebagai juadah kepada tetamu.. Yelah, kekadang tetamu tetiba jer bagitau nak datang, mana sempat nak mencari bahan untuk memasak.. Boleh jer buatkan kek nih.. Mesti tetamu suka dengan rasanya.. Cubalah..


Harga untuk sepeket Tepung Ajaib Kek Coklat hanya RM14.90 sahaja..

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh jer order dengan Eyda atau pun SMS/WHATSAPP Eyda 017-4597615





wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #26

8/26/2015 08:50:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari Rabu menjelma lagi.. Hari nih macam biasa nak kongsikan Wordless Wednesday untuk hari nih..





Don't blame people for disappointing you,
blame yourself for expecting too much from them




info

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015

8/25/2015 03:11:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih merupakan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 rupanya.. Jom baca sikit maklumat yang ada..




Sambutan Hari Wanita mula diperkenalkan pada Tahun1992 oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Manakala pada tahun 2001 sehingga kini, Sambutan Hari Wanita mula dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan disambut pada 25 Ogos setiap tahun, dengan pengisian pelbagai aktiviti dan program berdasarkan tema tahunan yang telah ditetapkan. Pada tahun ini, Hari Wanita Kebangsaan 2015 bertemakan ‘Raikan Kegemilangan’.
 
 
Eyda ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Kebangsaan untuk semua yang bergelar wanita..
 
 
 
Sumber artikel dan Utusan Malaysia
 
 
 
 

review

Yogurt CalciYum

8/24/2015 10:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari Isnin dah bertandang lagi.. Bermulanya hari kerja pertama bagi negeri selain, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor..

Wuishh macam biasa laa angin untuk merajin baru ada sikit demi sikit.. Tapi dalam merajin, ada jugak bahan nak letak kat sini..

Bukan apa, nak mengurangkan rasa mengantuk mungkin sebab makan nasi lemak awal pagi tadi.. Harap lepas siap entry nih, angin mengantuk menghilang laa..

Okey laa baru nih dah cerita pasal Crunch Wafer dan Cooler Bag.. Hari nih nak cerita pasal Yogurt CalciYum keluaran Fernleaf nih.. Izzat ngan Kimie memang suka Yogurt CalciYum nih..

Mulanya ada tengok beli, 4 Yogurt CalciYum dapat 1 kara popsicle stick dalam pek.. Kalau beli yang tuh, maunya gaduh kan Izzat ngan Kimie.. Makanya Eyda ambil, 8 Yogurt CalciYum dapat laa 2 kara popsicle stick dalam pek.. Harga pun lebih murah jika nak banding beli dua pek 4 Yogurt CalciYum tuh..

Dia ada 32 pilihan bentuk dan warna berbeza untuk kara popsicle stick nih.. Eyda pun masa nak beli tu risau jugak takut dapat warna pink.. Aiyakk maunya tak mau bebudak nih..

Kat bawah nih kotak Yogurt CalciYum yang ada popsicle stick tuh.. Boleh laa kalau yang nak beli tuh kan.. Boleh jugak buat yogurt popsicle untuk anak-anak..

 

Percuma 2 Kara Popsicle Stick dalam pek..


Setiap pembelian 8 Yogurt CalciYum akan dapat percuma 2 Kara Popsicle Stick.. Jika beli 4 Yogurt CalciYum hanya akan mendapat percuma 1 Kara Popsicle Stick..



Siap ada cara buat lagi.. Simpan 3 jam atau lebih dalam
tempat beku..


Hanya 3 langkah mudah untuk menukarkan CalciYum nih daripada Yogurt menjadi Yogurt Popsicle.. 

1 Masukkan Popsicle Stick ke dalam Yogurt CalciYum
2 Bekukan Yogurt CalciYum ke dalam tempat sejuk beku minimum 3 jam
3 Keluarkan Yogurt CalciYum yang telah bertukar menjadi Yogurt Popsicle

Mudah dan senang untuk dinikmati..


Perisa yang ada dalam kotak.. Memasing dapat sorang
satu perisa.. Tak payah gaduh-gaduh..


Untuk 8 pek Yogurt CalciYum akan ada 2 pek perisa strawberi, 2 pek perisa mangga, 2 pek perisa anggur dan 2 pek perisa vanilla..

Untuk 4 pek Yogurt CalciYum akan dijual 2 pek perisa strawberi dan 2 pek perisa mangga atau 2 pek perisa anggur dan 2 pek perisa vanilla..

Apapun semua perisa Yogurt CalciYum nih memang sedap..


2 Popsicle Stick yang dapat..


Cantik tak 2 Popsicle Stick yang dah Eyda dapat? Nak macam nih? Jom beli Yogurt CalciYum..


Inilah rupa Yogurt Popsicle.. Model nih
kata sedap.. Hehehe..


Memang sedap pun Yogurt Popsicle nih.. Eyda dah rasa Yogurt Popsicle perisa Mangga.. Korang pun boleh laa cuba, kanak-kanak mesti suka.. Bukan saja kanak-kanak orang dewasa pun suka dengan rasanya..  





Eyda

TinGGaL KeNaNGaN

8/23/2015 10:25:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sedih plak bila baca tajuk kan.. Itu belum masuk ceritanya.. Memang banyak memori sebenarnya, tapi semuanya akan disimpan rapi di dalam blog.. Boleh jugak sesekali baca mengamit memori..

Mesti semua tertanya kan apa benda yang tinggal kenangan nih? Sebenarnya Eyda nak cerita pasal kereta ayah yang dah pun dijual..


Kereta Mazda model 808

Kereta yang dimaksudkan ialah kereta Mazda model 808.. Mengikut cerita ayah, kereta nih kalau tak salah menghampiri 40 tahun usianya.. Ayah dah guna sekitar 37 tahun.. Maknanya dari usia abang Eyda laa kereta nih.. Memang penuh kenangan laa..

Eyda pun membesar dengan kereta nih.. Tapi memang Eyda tengok ayah agak keberatan nak lepaskan kereta nih setelah sekian lama dia berjasa kepada kami sekeluarga..

Tapi apakan daya, bila ada beberapa kerosakan yang berlaku dan melibatkan angka ribuan jugak untuk membaikinya.. Setelah menimbang beberapa lama, hari Selasa lepas dengan rasminya kereta nih tiada lagi dalam garaj kereta ayah..

Jom tengok gambar yang sempat Eyda snap beberapa hari sebelum ianya dijual.. Orang kedai datang ambil kat rumah sebab kereta nih tak boleh nak hidupkan..








Rupanya tokey kedai pun tak sanggup nak scrap kereta nih.. Dia kata elok kereta nih sayang laa, enjin original, barang kereta pun majoritinya original.. Dia kata nak repair dan guna sendiri.. Kalau ianya seperti yang dikatakan, tak mustahil nanti Eyda boleh jumpa lagi kereta nih bersama orang lain..


Kenangan yang ada bersama kereta nih..

* Kami sekeluarga jalan-jalan makan angin sehingga ke Kelantan, Cameron Highland, ulang alik ke Bayan Lepas (rumah arwah tok wan) setiap hujung minggu dan lain-lain tempat yang Eyda sendiri tak ingat..

* Mak pernah terlanggar tembok depan rumah (tempat orang dok duduk tuh) sebab belok tak lepas dan juga mak pernah terlanggar dinding rumah sebab ayah suka tinggalkan kereta dalam Gear 1.. Maunya melompat kereta tuh.. Hehehe.. 

* Mak cik pernah terlanggar pokok mempelam yang besar depan rumah arwah tok.. Masa tu makcik baru dapat lesen..

* Kakak dan abang belajar memandu kali pertama dengan kereta nih.. Ayah laa yang jadi pengajarnya..


Apa lagi ya, ermm terlupa nak taip kat sini kenangan yang ada.. In shaa Allah kalau ada, akan Eyda kongsikan kat sini agar kenangan bersama kereta tuh kekal di dalam memori..




free gift

CruNcH WaFeR DaN CooLeR BaG

8/22/2015 02:38:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuba buat entry autopublish agar blog tak sunyi.. Jenuh jugak mencari idea nak mengarangkan..

Itulah bila dah bergelar blogger nih, kena laa berusaha agar blog sentiasa berupdate dan rajin-rajin blogwalking (BW) ke blog kengkawan blogger yang lain.. Barulah ramai kawan.. Ye tak?

Tapi itulah, bab update dapat jugak sesekali mencuri sedikit masa untuk update.. Tapi bab nak BW nih kengkadang masa amat mencemburui..

Kalau ada tinggalkan satu dua komen tuh kira ok laa.. In shaa Allah akan cuba untuk mengeBOM jugak sesekali..

Okey laa, baru-baru nih masuk Econsave, mulanya lebih kepada nak window shopping jer.. Lastly, membeli jugak.. Hehehe.. Itulah perempuan kan..

Apapun Eyda beli barang makanan dan jugak alat tulis untuk anak-anak.. Haa bila cakap barang makanan nih, Eyda beli yang ada free gift.. Amboi pilih yang ada hadiah saja kan.. Beli pun sebab makan jugak benda tuh.. Apa salahnya ambik kesempatan beli barang yang ada hadiah sekali..


Crunch Wafer bersama Cooler Bag


Beli dua pek Crunch Wafer dan dapat free gift Cooler Bag.. Crunch Wafer tuh dia letak dalam beg tuh.. Kiranya memang letak sekali dengan hadiah free gift..

Eyda sampai bawak ke opis Crunch Wafer tuh sebagai kudapan Eyda di masa lapar.. Hahaha perut Eyda dah kembali seperti sediakala setelah lama berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Syawal..

Kalau tak percaya baca ENTRY NIH..





cpuv nuffnang

CPUV Nuffnang Ogos 2015

8/22/2015 10:14:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Merajin plak check akaun Nuffnang.. Walaupun tak banyak, tapi tetap ada..


Alhamdulillah masih ada lagi CPUV untuk blog Eyda walaupun 1 iklan jer..



tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #25

8/21/2015 03:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Asyik lambat jer update blog.. Tak pe, asalkan berupdate kan.. Tadi dah join GA, sekarang kita bertazkirah pula di hari Jumaat yang indah nih..

Semuanya sebagai panduan untuk diri dan kepada yang sudi membacanya.. Jika rasa bagus, boleh ambil.. Jika sebaliknya, abaikan saja..


 
 
EMOSI YANG MEMBAHAYAKAN DIRI
 
Kemarahan - lemahkan jantung
Kesedihan - lemahkan paru-paru
Kerisauan - lemahkan perut
Ketakutan -lemahkan buah pinggang
Tekanan (Stress) - lemahkan hati dan otak
 
Elakkan perkara-perkara di atas demi KEBAIKAN dan KESIHATAN
 
 
 
 

segmen & GA

Souvenirs dari Europe Giveaway Contest

8/21/2015 11:34:00 AM


 
Bismillahirrahmanirrahim
 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom join GA anjuran Aisya nih.. Hadiah dari Europe lagi..


http://jindrisska.blogspot.com/2015/08/eh-eh-raya-dah-habes-ker-giveaway.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN



Tarikh tutup 31 Ogos 2015
 
 
 
 
 

Eyda

MaKaN DaN MaKaN JeR

8/20/2015 07:12:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jarang betul citer bab makan kan.. Tak ada idea sangat nak kongsi..

Hari nih nak citer makanan yang telah Eyda makan hari nih.. Sebelum ke tempat kerja, Eyda dah jamah mee goreng.. Alhamdulillah agak kenyang untuk ke pejabat..

Bila dah masuk opis, dengarnya ada buat mesyuarat di pagi hari.. Bila dah mesyuarat, makan pun ada.. Opss menu nasi lemak.. Eyda apa lagi makan laa sikit nasi lemak tuh..

Ingatkan mesyuarat biasa jer, rupanya buat perbincangan sama untuk siapkan laporan yang perlu hantar lagi seminggu lagi.. Satu tempoh masa yang singkat untuk siapkan..

Memang seharian ler memerah idea untuk siapkan laporan.. Sebelum waktu rehat, makan buah- buahan.. Tapi perut Eyda tak boleh tahan dengan jamah buah-buahan saja..

Selepas jam 1.30 petang baru sempat jamah nasi campur.. Sempat laa perut buat nyanyian dulu.. Macam-macam nyanyian ada..

Inilah menu makan tengahari Eyda..

Selepas rehat sekejap dan solat Zohor, kami sambung balik perbincangan.. Wah ada lagi makan-makan di petang hari..

Menu minum petang Eyda.. Dua kali tambah..

Tengok laa menu petang, bihun sup.. Huhuhu dua kali tambah.. Hahaha itulah penangan memerah idea.. Kalau tak banyak guna otak, tak laa sebanyak nih..

Inilah hari makan dan makan buat Eyda.. Tapi makan banyak ke sikit, badan stay sama jer..




#bloggerutara

Logo #bloggerutara

8/19/2015 04:37:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer pasal group #bloggerutara..

Alhamdulillah dah 2 bulan group ini ditubuhkan dan kini mempunyai 30 blogger di dalamnya..

Sempena 2 bulan penubuhannya, kini dengan rasminya logo #bloggerutara telah dilancarkan hasil sentuhan Cikpinz..


Inilah rupa logo group #bloggerutara yang terbaru.. Cantik tak?

Jom LIKE Page #bloggerutara..




blogger

TeRiMa KaSiH SaHaBaT #6

8/19/2015 02:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bulan Ogos pun dah melebihi setengah bulan.. Tapi baru hari nih Eyda dapat coretkan di sini mengenai carta yang telah menempatkan nama Eyda di dalamnya.. Sehinggakan ada yang membuat entry khas mengenainya..

Terima kasih sahabat semua.. Di sini Eyda ingin berkongsi sahabat blogger yang awesome bagi Eyda.. Kebanyakkan rajin menyinggah ke blog Eyda.. Ada yang sampai siap bawak bom tangan lagi bila singgah ke sini..



Farrah MF



Jari Manis



Scdha Sein


Cik Mimie



Syira Lokman



Arz Moha

Siti Yang Menaip (SYM)


Terima kasih semua.. Semoga persahabatan kita berkekalan hendakNya..



wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #25

8/19/2015 07:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah di pertengahan minggu.. Tup tup tengok dah hujung minggu.. Begitu cepat masa berlalu detik demi detik, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya tahun berganti tahun..

Semoga kita menjadi insan yang lebih baik kini berbanding yang lalu..





THE REASON WHY PEOPLE FIND IT SO HART TO
BE HAPPY IS THAT THEY ALWAYS SEE THE PAST
BETTER THAN IT WAS,

THE PRESENT BERTTER THAN IT IS,
AND THE FUTURE LESS RESOLVED THAT IT WILL BE.
 
 
 
 
 

info

FaLSaFaH BuaH-BuaHaN

8/18/2015 01:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Menarik pulak bila Eyda baca mesej WhatsApp nih.. Cerita mengenai falsafah buah-buahan..

Semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripada falsafah nih..


Falsafah Buah-buahan
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man



Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

Jadilah POKOK PISANG
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.

Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA : Don't Judge a Book by The Cover. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.

Jadilah UBI KAYU
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.

Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.

Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya.
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

Jadilah seperti MANGGIS
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Sumber daripada WhatsApp



info

oRaNG SeDaNG BeRDoa?

8/18/2015 08:21:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kalau ikutkan perkara dan mesej nih dah beberapa hari berlalu.. Tapi baru hari nih Eyda dapat coretkan di sini..

Eyda ada dapat mesej dan gambar awan yang membentuk seperti orang tengah berdoa.. Kejadian ini dikatakan berlaku di Tawau pada 13 Ogos 2015 sekitar jam 6.13 petang.. Tak sangka ada insan yang tergerak hati untuk berkongsi kejadian ini..






Subhanallah memang betul-betul jelas awan tu membentuk seorang lelaki yang sedang berdoa..

Semoga kita akan lebih mendekatiNya dan sentiasa memanjatkan doa tidak kira di kala susah atau pun senang.. Hanya Dia yang dapat memakbulkan doa kita pada masa dan waktu yang tepat.. Hanya Dia yang tahu apa yang kita perlukan pada masanya..



blogger

TeRiMa KaSiH HiDaYu aYumie

8/17/2015 09:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Patutnya entry nih dah lama publish, tapi baru hari nih dapat publish..

Maaf ya kepada pemberi hadiah nih Hidayu Ayumie, baru hari nih Eyda dapat titipkan kata terima kasih pada Ayu..

Memang cantik dan kemas hasilnya.. Ini adalah hadiah sempena Eyda menjadi top komentar beberapa bulan lepas di blog Ayu..



Akan Eyda simpan dengan sebaiknya hasil tangan Ayu nih.. Terima kasih banyak-banyak ya Ayu..



review

Review : Ayam Goreng MyFC

8/17/2015 02:01:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Dah lama nak buat entry nih, tapi masa amat mencemburui Eyda.. Tapi Eyda cuba jugak buatkan untuk semua..

Bila Eyda balik kampung, ada laa kiosk MyFC nih dekat dengan kawasan rumah mak Eyda.. Apa lagi singgah beli laa untuk si Izzat dan Kimie.. Dapat berjimat jugak duit Eyda kan.. Lagi pun memang lalu pun nak balik ke rumah mak.. Just singgah beli jer..

Bagi Eyda, ayam gorengnya sedap.. Setanding kesedapan ayam KFC yang kita beli tuh.. Cuma ianya tak banyak pilihan laa untuk kita.. Tapi kita masih boleh menikmati ayam goreng dengan harga yang murah dan sedap..

Bayangkan masa gambar kiosk di bawah nih diambil, ntah berapa kali dah Eyda beli untuk anak-anak.. Selalunya kami beli ayam goreng 3 ketul dengan harga RM 7.00 jer.. Kali nih beli dengan Chicken Pop Corn.. Baru abis RM 10.50.. Murah tak? Bila anak-anak suka, mesti sedap laa kan..


Ini gambar kiosk dekat umah mak Eyda..


Harga yang ditawarkan :
 
Ayam Goreng 3 ketul - RM 7.00
 
Chicken Pop Corn - RM 3.50
 
Chicken Wing 1 ketul - RM 2.00
 

Inilah rupa ayam goring Eyda.. Sori dah kena makan skit..
Tengok tu, siap ada sos dia sendiri..

Okey laa kan sesekali nak makan ayam goreng.. Lagipun ianya diyakini halal.. Dapat jugak kita menyokong produk Malaysia..


Sah sehingga 31 Januari 2017


Jom tengok lokasi yang ada MyFC nih.. Mungkin ada yang perasan kan kehadirannya.. Boleh jugak mencubanya..

 


Sumber myfcfriedchicken


Blog yang Diikuti