segmen & GA

Topup Mini Giveaway By Cik Mimie

7/31/2015 11:20:00 AM


             Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom join GA nih.. Manalah tau rezeki kan..

 http://norshamimi.blogspot.com/2015/07/topup-mini-giveaway-by-cik-mimie.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN



5 pemenang bertuah dicari berdasarkan Random.org.

    1. Pemenang pertama -Topup RM10.00
2. Pemenang kedua hingga kelima - Topup RM5.00
 Penyertaan kurang dari 30 orang akan terbatal secara automatik.


TARIKH TAMAT : 04 - 08 - 2015




Eyda

MaJLiS RuMaH TeRBuKa BuTiK RaTu PeSoNa PenGaNTiN

7/31/2015 10:30:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingatkan abis dah citer raya.. Rupanya masih ada.. Tak perasan plak Eyda.. Dah tu, lambat plak nak update citer nih ya..

Tak apa lah apa juga alkisahnya, hari ni Eyda nak citer Majlis Rumah Terbuka Butik Ratu Pesona Pengantin milik sepupu Eyda..

Alhamdulillah inilah tahun pertama diaorang buat rumah terbuka  termasuk bacaan Yassin sebagai pembuka majlis pada 25 Julai yang lepas.. Maaf laa dah seminggu baru sempat nak update..

Butik Ratu Pesona Pengantin nih merupakan butik pengantin muslimah.. Bagi yang berada berhampiran dengan Lunas atau Kulim dan sekitarnya yang ingin mendapatkan khidmat baju, makeup, pelamin dan seangkatan dengannya boleh laa singgah ke butik nih..

In shaa Allah harga yang dikenakan amat berpatutan.. Bagi bakal pengantin, kalau booking masa ada offer lagi murah daripada harga asal..


Suasana diluar butik

Di dalam butik

Nak jugak gambar sendiri


Program yang dijalankan ada diselitkan dengan acara mewarna untuk kanak-kanak, teka teki, cabutan bertuah, penyampaian best dress untuk King dan Queen..

Alhamdulillah mak Eyda dan Eyda sendiri dapat hadiah cabutan bertuah.. Itulah rezeki kami bila mana ramai yang dah balik malam tu.. Maaf, hadiah mak Eyda tak snap, dapat snap gambar hadiah sendiri jer..

Hadiah cabutan bertuah

Model hadiah cabutan bertuah

Model hadiah cabutan bertuah

Inilah hadiah cabutan bertuah

Tak ketinggalan, abang Eyda pun dapat hadiah Best Dress kategori King.. Ada 3 pemenang bagi setiap kategori..


Salah seorang pemenang Best Dress kategori King..
Abang Eyda laa.. Bersama salah seorang pemilik butik
sepupu Eyda..

Apapun Alhamdulillah, mak Eyda, abang Eyda dan Eyda sendiri dapat bawak balik hadiah.. Biarpun simple tapi happening..


Bagi yang ingin mendapatkan khidmat solekan untuk dinner atau khidmat perunding bagi majlis perkahwinan boleh laa berkunjung ke
 
Butik Ratu Pesona Pengantin
No.22, Lorong 1/1,
Taman Sang Kancil,
09600 Lunas, Kedah 

Butik ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa (tutup)

Lokasinya berdekatan dengan susur keluar Lunas, highway BKE dan bertentang dengan Taman Sejahtera, Lunas

atau
boleh klik SINI



Eyda

SaKiTnYa GiGi

7/30/2015 05:44:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semua sihat? Tak kisah laa daripada segi mental dan fizikal.. Eyda rasa macam kureng ja dari kedua-dua segi tuh..

Mana taknya, gigi geraham Eyda yang hujung sekali sakit.. Sebelum nih dah pernah sakit gigi yang sama masa bulan Ramadhan yang lepas.. Eyda biar sampai gigi tuh hilang rasa sakit sendiri.. Apa lagi lepas tu terus lupa sakit kat gigi tuh..

Tetiba semalam, gigi tu mula rasa sakit balik.. Adoi, rasa macam nak cabut terus gigi tuh.. Ermm nampaknya kena tunggu gigi tuh kurang rasa sakit baru boleh ke klinik.. Bila teringat bab cabut gigi, terus rasa gerun.. Mana taknya, dah masuk angka puluh tahun tak cabut gigi nih..

Eyda nih penakut jugak bab macam nih.. Ingat lagi masa kecik, first time kena cabut gigi dalam umur 5 tahun.. Sampai ayah kena umpan nak beli aiskrim Cornetto baru setuju nak ke klinik cabut gigi.. Memang penakut betoi kan Eyda nih..


sumber google
 
 
Dah sakit sangat nih, sempat laa godek cari petua apa bagai yang boleh diguna pakai buat seketika.. Meh Eyda kongsikan kat sini untuk panduan kita bersama.. Kalau ada petua yang lain, sudi-sudikan lah berkongsi dengan Eyda..  
 
 
Petua Sakit Gigi

Bawang putih, itu ubat yang paling mujarab untuk mengubati sakit gigi anda, kerana bawang putih mengandungi sebatian antiseptik yang berfungsi membunuh bakteria penyebab sakit gigi anda.
  
 
Cara Merawat Sakit Gigi
 
Cara mengubati sakit gigi ini sebenarnya mudah sekali, ambil satu ulas bawang putih kemudian dibersihkan dan letakkan pada gigi yang berlubang atau sakit. Lakukan selama 5 minit, kemudian keluarkan bawang putih dan bilas mulut dengan air hangat.
 
Insyaallah gigi anda yang sakit akan sembuh dalam beberapa waktu. Jika anda masih merasakan sakit pada gigi anda, mungkin sakit gigi anda sudah terlalu teruk sehingga memerlukan pengendalian perubatan dari doktor secara langsung.
 
 
Kredit SUMBER
 
 
 
 


Eyda

BLoG EyDa KeNa SeRanG

7/30/2015 04:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alahai semalam busy punya pasal, tetiba tengok komen, berpuluh-puluh yang masuk.. Itu pun tak sampai 12 jam Eyda tak ushar blog.. Amboi nampaknya blog Eyda kena serangan bertubi-tubi..

Bayangkan bila bukak blog tengok hampir 40 komen masuk.. Itu kira tak sampai 12 jam.. Kekadang masuk 3 hari pun payah nak dapat angka sebanyak tu..

Jom ushar sapa yang telah mengeBOM Eyda nih..




Daripada Farrah MF





Daripada Scdha Sein





Daripada Sha




Daripada Cik Ash


Hehehe tetiba jer kena serang bertubi-tubi.. Ntah mimpi apa laa korang, abis sorang-sorang menyerang blog Eyda.. Jom kita serang mereka plak..

Apapun terima kasih ya sebab sudi singgah dan meninggalkan komen kat blog Eyda.. In shaa Allah nanti Eyda akan kunjung balas ya.. Tapi Eyda tak mampu laa nak mengeBOM sebanyak korang.. Ni pun cuba jugak buat entry nih.. Busy tahap tak tau nak story mory..




Eyda

SaMBuTaN BiRtHDaY KiMie

7/27/2015 11:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai cerita dah seminggu baru nak up hari ni ya.. Hahaha tak apa laa, up jugak walaupun ambik masa seminggu kan..

Ni alkisah birthday si Kimie.. Yelah birthday dia kan dekat nak raya, jadinya raya keempat baru sempat beli kek birthday dia setelah kedai kek baru buka selepas raya..

Okey laa beli jugak walaupun lambat skit kan.. Itu pun selepas seminggu birthday dia berlalu.. Tak ada celebrate apa pun, just beli untuk makan-makan jer.. Jadilah asalkan kehendak Kimie nak kek tercapai..

Memandangkan hari tersebut keluarga kakak dah nak balik, elok sangat laa Eyda belikan kek nih.. Abis jugak laa kek yang Eyda beli nih..


Kek pilihan Kimie sendiri.. Tak banyak pilihan, almaklum sajalah,
baru buka selepas cuti raya..


Muka happy


Semua dia potong sendiri..


Suka sangat laa tuh..


Amboi-amboi suka laa dengan belon sorang satu..


Itu lah saja alkisah di raya keempat kami.. Simple jer.. Selepas makan tengahari, kami ke rumah arwah tok plak, kami pi kutip buah rambutan gading dan merah untuk kakak bawa balik..

Sebelum balik, sempat jugak menyembang dengan mak ndak.. Lama jugak mak ndak berada kat Putrajaya sebab buat kimo kat sana..

Alhamdulillah sebelum balik sini, dia dah habiskan kimo yang keenam dan terakhir.. Semoga mak ndak lebih sihat selepas ni..



tazkirah Jumaat

TazKiRaH JuMaaT #21

7/24/2015 09:02:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah Jumaat.. Baru minggu lepas kita beraya, minggu nih plak kalau ada sesiapa yang puasa 6.. Hari ni diaorang raya laa..






Eyda

HaRi RaYa AiDiLFiTRi 2015

7/23/2015 11:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semua dah bekerja ke? Itu bagi yang bekerja.. Bagi yang belajar, dah masuk sekolah ke? Eyda dah bekerja, tapi mood raya masih melekat kuat lagi nih..

Ermm tu- tup dah seminggu kita raya kan.. Tapi Eyda belum berkesempatan kongsikan gambar sekitar raya yang baru berlalu.. Hari nih nak belanja gambar raya Eyda dan anak-anak..

Awas.. Entry nih dipenuhi dengan gambar.. Jadi jangan menyampah plak layan gambar-gambar kami.. Hehehe..


Raya Pertama

Kuih raya dan kerepek yang ada di pagi raya.. Opps lupa snap gambar ketupat dan rendang..

Aksi di pagi raya..

Masing-masing mata tak tengok kamera..

Jom layan gambar wefie kami plak.. Gambar diambil sebelum keluar beraya sini sana..








Nasib laa dapat jugak bergambar dengan anak-anak sebelum keluar beraya.. Kalau tak memang tak ada gambar kami bersama..

Alhamdulillah tahun nih juga Eyda dapat beraya dengan kengkawan masa kecik dulu.. Yelah, masing-masing dah ada family laa katakan.. Jadinya nak jumpa bersembang-sembang tuh agak susah laa..

Anak-anak pun beraya sakan tahun nih.. Okey jom kita sambung beraya di hari kedua Hari Raya..



Raya Kedua

Raya kedua apa lagi sambung beraya laa.. Raya kedua tunggu kakak sampai dari Ipoh.. Selepas tu baru mula aktiviti beraya.. Raya kedua kami ke rumah Mak Cik adik mak.. Dapat laa makan laksa.. Nyum nyum sedapnya..

Jom layan gambar yang cilok dari group family kami.. Eyda ambik gambar yang berkaitan jer.. Almaklum sajalah memori handphone nak out.. Jadi malas nak download banyak-banyak..


Yeay dapat duit raya.. Ini hanya lakonan semata-mata.. Hehehe..
Bersama Pakteh..


Alhamdulillah dapat bersama family Eyda, Kakak, Abang, Mak dan Adik.. Tak ketinggalan family Pakteh dan tidak dilupakan Makcik selaku tuan rumah..

Mak cik Eyda yang berada di sebelah Eyda yang bertudung hitam tu ya.. Itulah tuan rumahnya.. Selepas berkunjung ke rumah Mak Cik apa lagi singgah ke rumah Mak Lang.. Dapat tengok anak sepupu yang baru.. Baru lahir 12 Julai yang lepas.. Dia nak raya laa tuh..

Tamat lah sudah sesi raya kedua Eyda..


Raya Ketiga

Raya ketiga kami ke rumah Mak Su, adik ayah yang kecik.. Masuk Penang laa plak.. Ermm belakang rumah mak su ada laut.. Apa lagi, sempat laa budak berdua tu mandi manda.. Siap pakai seluar nak mandi dari rumah mak lagi.. Punya laa semangat nak mandi laut..


Abang, kak ipar dan anak-anak..

Izzat dan Kimie

Kimie..

Izzat masih dalam usaha menanam kaki dalam pasir.. Hehehe..


Sampai rumah hampir azan Maghrib.. Alhamdulillah dapat jugak ayah berbuka puasa di rumah.. Eyda laa jadi driver untuk mak ayah.. Dapat jugak diaorang berehat dalam kereta kan..

Hari raya keempat nanti Eyda sambung di entry akan datang.. Tunggu..





wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #21

7/22/2015 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah 6 hari kita beraya kan.. Eyda belum up lagi entry raya.. In shaa Allah nanti Eyda up kan ya.. Mood malas nak upload gambar.. Huhuhu..



 
 
 
 
 

buku

BuKu eKsPLoRaSi AL-QuRaN

7/20/2015 08:49:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingat lagi ke Eyda pernah citer yang Eyda ada belikan buku untuk anak-anak? Kalau tak ingat meh singgah SINI..

Inilah buku yang Eyda belikan untuk bacaan anak-anak.. Buku nih menarik untuk anak-anak mengenali Nabi kita..

Sekarang buku nih menjadi bedstory buat anak-anak Eyda.. Sekurang-kurangnya mereka lebih mengetahui kisah-kisah Nabi kita..


Buku Eksplorasi Al-Quran


Isi kandungan Buku Eksplorasi Al-Quran


Antara contoh kandungan buku Eksplorasi Al-Quran


Buku ni Eyda beli kat kedai buku Popular.. Ada lagi koleksi yang lain.. Tajuk tak berapa ingat laa.. In shaa Allah nanti Eyda nak beli lagi untuk anak-anak..



Harga sebenar buku Eksplorasi Al-Quran RM29.90
Harga beli buku Eksplorasi Al-Quran RM20.90


 

hari raya aidilfitri

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi 1436H

7/17/2015 08:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa, tibanya hari untuk kita meraikannya..




Hati-hati di jalan raya.. Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi..



 

Blog yang Diikuti