Nuffnang CPUV

CPUV Nuffnang - McDonald's, Maxis Plus One dan Colgate 360 Charcoal

5/28/2015 03:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama tak jengah akaun Nuffnang.. Alhamdulillah Nuffnang sudi jugak bagi kat Eyda 3 iklan yang tengah On Going nih..

Meh jengah skit apa yang Eyda dapat dan tengah on going nih..

McDonald's Family [PC]

Maxis OnePlus One

Colgate 360 Charcoal Gold

Kalau korang ada nampak iklan-iklan nih tengah berjoget ke menari ke jemput laa klik-klik ya.. Tak sangka banyak jugak iklan yang stay on going.. Harap lama laa dia muncul dalam blog Eyda..



nuffnang

TeRiMa KaSiH SuDi MenYinGGaH

5/28/2015 12:09:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Amboii busy betoi Eyda kan semenjak dua menjak nih.. Nak update entri terkini pun tak sempat.. Nak blogwalking lagi laa..

Eyda mintak maaf ya pada kengkawan yang Eyda tak kunjung balas.. Kesibukan mengatasi segalanya.. Di kesempatan yang ada nih, Eyda nak berterima kasih kepada kengkawan yang sudi singgah sambil klik iklan Nuffnang yang muncul..























Majoritinya memang Eyda kenal rapat.. Tak ketinggalan yang kurang Eyda kenali.. Terima kasih kerana sudi singgah menyinggah ke blog Eyda nih.. Jom kengkawan kita melawat mereka..





segmen & GA

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

5/28/2015 08:34:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom beramai-ramai kita support dan memeriahkan 1st Segmen & Giveaway Afidah Azmi88 nih..


http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/05/1st-segmen-giveaway-by-afidah-azmi88.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Tarikh tutup penyertaan adalah 27 June 2015 jam 11.59 pm





segmen & GA

Mini Giveaway #36

5/26/2015 07:54:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/05/mini-giveaway-36.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN



TUTUP SEBELUM PUKUL 12 TENGAH MALAM (26/05/2015)

KEPUTUSAN 28/05/2015



pageview

100K PaGeVieW

5/22/2015 12:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah masih berkesempatan nak update blog.. Sekejap jer masa berlalukan.. Busy teramatnya Eyda dalam dua minggu nih, sehinggakan Eyda siapkan entri autopublish.. Jadi tak laa sunyi sangat blog Eyda kan..

Okey laa, patutya entri nih siapkan semalam, tapi Eyda bawak ke hari nih.. Boleh laa kan, beza hari jer pun.. Hasil pemantauan Eyda, tak sangka pageview Eyda dah pun mencecah 100 000..

Wow, banyak kan bagi blogger macam Eyda nih.. Walaupun ianya tak laa sebanyak blog yang popular di luar sana.. Tapi bagi Eyda yang sekadar blog picisan nih, ianya amat menggembirakan..


Tengok tuh dah melebihi 100K..







Terima kasih kepada semua yang sudi menaikkan traffic ke blog Eyda nih.. Tanpa korang, mana mampu blog Eyda nak mencecah pageview sebanyak nih..



tazkirah Jumaat

TazKiRaH JuMaaT #14

5/22/2015 08:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..




"Ketika ujian terus menimpa, di saat seolah-olah tidak ada yang membantu, di waktu seolah-olah tidak ada yang menolong, itu mungkin teguran dari Allah, agar kita sedar bahwa hanya Allah tempat bergantung, supaya kita memohon pertolongan. Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat."




kerja

RaJiNnYa MeLuKiS

5/20/2015 03:01:00 PM


Assalamalaikum dan selamat sejahtera semua.. Banyak betul alkisah Kimie minggu nih ya.. Apa nak buat, Eyda nak share apa berkaitan Izzat tak ada plak.. Si budak kecik Kimie plak yang merajin buat macam-macam.. Jadinya hasil kerja dia yang Eyda banyak kongsikan..

Ni hasil kerja Kimie selepas dia mengamuk ntah apa-apa kat abangnya Izzat.. Tetiba jer datang kat Eyda tunjuk lukisan nih..

Kimie : Ibu cantik tak Kimie lukis nih?

Ibu : Cantik.. mana Kimie tiru nih?

Kimie : Ntah.. (Sambil senyum-senyum gelak-gelak)..

Cantik plak Eyda tengok lukisan nih.. Cara lukis tuh macam dia ada tiru dari mana-mana tempat.. Tapi Eyda tak jumpa plak buku ke majalah ke apa yang berkaitan dengan gambar nih..


Lukisan Kimie


Banyak sungguh hasil seni Kimie semenjak dua menjak nih.. Semuanya Eyda abadikan kat blog nih.. Kalau hilang kertas lukisan atau hasil seni tuh, masih boleh tengok kat blog nih.. Itupun jika blog masih boleh digunakan sampai bila-bila kan..




bunga

BunGa BuaH NaGa

5/19/2015 09:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa kat sini pernah tengok bunga buah naga? Kalau tak pernah, meh Eyda share skit rupa bunga buah naga nih..


Bunga Buah Naga



Kimie laa punya kerja nih.. Mintak kamera nak snap satu bunga.. Dia kata bunga tuh cantik tau ibu.. Lepas dia snap, dia tunjuk laa bunga nih.. Ingat kan bunga apa yang dia nak tunjuk, rupanya bunga buah naga..

Banyak keping dia snap, Eyda just ambik 2 keping nih jer untuk tatapan sahabat semua.. Mungkin ada yang pernah tengok dan rasanya ramai tak pernah tengok.. Kalau buah naga mesti ramai pernah tengok kan..

Maaf laa kalau entry Eyda semenjak dua menjak nih ringkas dan padat.. Masa amat mencemburui Eyda.. Apapun Eyda dapat update apa yang terkini dah memadai kan?




kerja

KaD HaRi GuRu KiMie

5/18/2015 04:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Abis laa kertas warna yang Eyda beli.. Macam-macam hasil kerja seni Kimie nak guna kertas warna.. Kekadang tuh agak membazir jadinya..

Mana taknya, dah buat tak jadi, buang.. Tak pun sesaja potong kertas warna buat itu ini.. Lastly ke tong sampah tempat kertas tuh berada..

Apapun Eyda suka tengok hasil kad Hari Guru Kimie nih.. Tengok laa siap ada lukisan cikgu lagi.. Amboii rajin betoi Kimie melukis semenjak dua menjak nih..

Jom ushar hasil lukisan Kimie pada kad ucapan hari guru pada guru kelasnya..


Cikgu Hashimah.. Guru kelas Kimie..


Jadi laa ada rupa manusia jugak.. Cute plak tuh.. Masih boleh diperbaiki lagi hasil lukisannya.. Apapun esok Kimie dan Izzat akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015.. Harap diaorang boleh menjawab dengan baik..





review

Novel Dia.. Isteri Luar Biasa

5/18/2015 02:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Nak citer aktiviti hujung minggu Eyda baru nih.. Hahaha tetiba jer jadi ulat buku Eyda nih..

Eyda berkesempatan membaca novel DIA..Isteri Luar Biasa.. Siap abis satu novel Eyda baca.. Thanks kat adik sebab dia pinjam novel nih daripada perpustakaan.. Dapat jugak Eyda menumpang baca.. Cewahh, tak mau ketinggalan..

Ada sesiapa nak berkenalan dengan penulis novel nih? Penulis novel nih namanya Umie Nadzimah, kalau nak berkenalan boleh laa berkunjung ke blognya ya..



Novel DIA..Isteri Luar Biasa

Sinopsisnya..


Hasil pembacaan Eyda, cerita nih agak menarik.. Ia menceritakan tentang Dewi Yusra yang anti lelaki disebabkan kisah silamnya.. Sikap ayahnya membuatkan Dewi Yusra anti lelaki.. Baginya semua lelaki sama sahaja.. 

Memandangkan Dewi Yusra mewarisi perniagaan Cik NAB atau Restoran Nasi Ayam Bonda, makanya dia memerlukan zuriat daripada darah daging sendiri untuk mewarisi perniagaan nih.. Itu antara wasiat ibu Dewi Yusra sendiri..

Pelbagai cara Dewi Yusra lakukan untuk mendapatkan "Suami Sementara" bagi merealisasikan impian Dewi Yusra.. Akhirnya Dewi Yusra telah terpaut hati dengan Raden Amzar iaitu lelaki edisi terhad yang memenuhi citarasanya.. Adakah Dewi Yusra dapat memiliki Raden Amzar?


Mesti ramai yang boleh agak kesudahan cerita nih.. Eyda pun tak sabar nak tunggu dramanya malam nih, nak tengok adakah sama atau banyak perubahan drama nih berbanding novelnya..

Apapun bagi Eyda memang menarik cerita nih.. Bayangkan Eyda boleh habiskan dalam beberapa hari jer.. Hehehe memang tekun laa bila dapat mengadap novel nih.. Dah lama tak layan novel..



hadiah

BauCaR PeTRoNaS

5/18/2015 12:04:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin, mencuri sedikit masa untuk update blog.. Disebabkan agak busy, nak jugak update bagi blog tak sunyi dari pelbagai story mory yang ada..

Ermm sekarang Petronas tengah baik hati bagi baucar kepada pelanggannya yang membelanjakan sebanyak RM40 ke atas dalam satu resit.. Wow, baru nih Eyda ada isi minyak kereta RM40, jadinya Eyda dapat laa baucar Petronas nih..


Boleh tebus apa yang suka

Tempoh dia antara 31 Mei-31 Julai 2015..


Tengah berpikir nak guna untuk tebus barang apa.. Rasanya KFC kot.. Dapat laa 1 set ayam sekali dengan minuman.. Lepas dah untuk makan tengahari.. Hehehe..

Ada jugak boleh isi borang.. Yang tuh kalau menang, ganjarannya minyak free selama 3 tahun.. Best jugak tuh kalau menang.. Nak tau lebih lanjut meh klik SINI..




hadiah

KuRSuS DaN CeNDeRaHaTi

5/16/2015 09:42:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari Khamis lepas, Eyda hadiri Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS) anjuran jabatan Eyda.. Sehari kursusnya..

Dalam kursus tuh banyak jugak info yang Eyda perolehi.. Ianya berkaitan keselamatan dalam bekerja dan kesihatan yang boleh mengganggu kita.. Boleh laa dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian..

Apapun tak sangka ada gift plak bagi sesiapa yang hadir pada kursus nih.. Jom ushar apa gift tersebut.. Walaupun ianya mungkin biasa bagi orang lain, tapi ianya berguna bagi Eyda yang bekerja nih..



Stick Note


Boleh laa buat note banyak-banyak kat surat.. Hehehe.. Warna warni, siap boleh pilih nak guna warna apa.. Hehehe..



pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH SanG PeNuLiS

5/15/2015 03:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah hari Jumaat, seronoknya esok boleh bercuti-cuti dan berehat-rehat.. Tak sabar nak tunggu.. Hehehe..

Seronok seronok jugak, blog pun kena berupdate jugak kan.. Hehehe.. Okey laa, hari nih Eyda nak share hadiah yang Eyda terima hari Rabu yang lepas..

Hari tuh Eyda agak busy skit, masa nak balik member bagitau ada surat.. Tengok sampul amboi jauhnya dari Sarawak tuh..

Bila bukak, yeay hadiah yang dinantikan telah tiba.. Hadiah GA anjuran Sang Penulis a.k.a SP atau nama sebenar Aisyah.. Tak sangka cepat jugak sampai hadiah nih.. Terima kasih banyak-banyak SP kerana menjadikan Eyda salah seorang pemenang GA anjuran SP..

Keputusan GA


Hadiah yang selamat diterima


Bagi yang ingin mengenali SP meh klik SINI.. Ada info berkaitan travel, tips, percutian bajet dan tempat makan menarik sekitar Kuching, Sarawak..




segmen & GA

Simple RM100 Giveaway Byijeni

5/15/2015 09:43:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015



kerja

KiPaS Ke BunGa?

5/13/2015 03:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak share something.. Menarik jugak rupanya, bukan saja boleh buat hiasan.. Malah boleh mencambahkan hasil kreatif yang sediada..

Cantik tak kipas atau bunga nih? Rasa-rasa korang siapa laa yang merajin buat semua nih? Hasil cetusan idea dari mana ya? Tetiba jer kan..


Pandangan atas

Pandangan sisi







Nak tau sapa punya kerja nih? Jawapannya ialah Kimie.. Amboii laa anak teruna ibu sorang nih, tetiba jer nak buat benda nih.. Mana laa datangnya idea dia nih?

Asalnya dia cari botol air yang kosong.. Eyda tunjuk laa, ada botol air oren F&N yang kosong.. Dia pun apa lagi terus ambik.. Eyda pun tak kisah dan tak ambik tau pun apa dia nak buat.. Eyda ingatkan dia nak letak air dalam botol tu ja..

Rupa-rupanya dia hasilkan benda nih.. Masa Eyda tengok, dia tengah dok gunting kelopak bunga tuh.. Kimie kata dia buat kipas, tapi tak boleh buat berkipas dengan kipas nih.. Sebabnya kipas nih tak rasa angin..

Eyda cakap kat dia, ibu nampak macam bunga laa.. Dia pun ngaku macam bunga jugak.. Apapun kreatif laa budak sorang nih.. Dalam diam dia buat benda nih sendiri tanpa bantuan sesiapa..

Kalau warnakan mesti lagi cantik kan? Inilah salah satu idea yang boleh buat dengan botol plastik kosong kan..




nuffnang

RaJiN MenYinGGaH

5/13/2015 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai merajin plak semenjak dua menjak ni Eyda check akaun Nuffnang kan? Apa salahnya kan? Cover balik yang dah berbulan tak bukak langsung.. Hehehe..

Ini hasil yang Eyda tengok semalam.. Ramai jugak yang rajin menyinggah ya.. Apapun terima kasih kerana sudi ke teratak kecil Eyda yang tak seberapanya nih..














Nampaknya ada yang Eyda sedia kenal, ada yang Eyda belum kenal.. Yang belum kenal, nanti Eyda akan singgah ke blog korang ya.. Yang dah kenal pun Eyda akan singgah jugak.. Kepada yang tak tersenarai jangan la kecil hati, Eyda akan kunjung ke blog korang juga nanti..

Jom sama-sama singgah ke blog mereka.. Kan kita sebagai blogger kena saling kunjung mengunjungi dan singgah menyinggah bertanya khabar kan.. Sekurangnya-kurangnya kita support rakan blogger yang lain..





makan

CuCuR BaWanG

5/12/2015 03:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Petang semalam tak tau nak makan apa, Eyda buat cucur bawang nih.. Yelah, kebetulan malam sebelumnya ada lebihan kuah satay..

Apa lagi guna kuah satay cicah dengan cucur bawang sedap jugak kan.. Izzat dia nak makan dengan sos cili jer.. Tak kisah laa dengan apa pun, asalkan memenuhi citarasa masing-masing kan..


Cucur Bawang

Cucur Bawang dengan Kuah Satay


Ini hasil masakan kali kedua.. Yang pertama tuh, tak sempat nak snap langsung.. Abis masyuk dalam perut anak-anak dan suami.. Eyda pun sempat rasa skit jer..

Memandangkan kuah satay masih ada, apa lagi, Eyda goreng laa buat kali kedua.. Tak puas makan yang kali pertama goreng, kali kedua goreng baru dapat makan dengan aman bahagia..

Buat skit jelah, dah nak makan sorang-sorang jer.. Nampak tak betapa tamaknya Eyda.. Hehehe.. Okey laa, hari nih kena pikir nak makan apa plak..




kerja

JoM BeLaYaR BeRSaMa KiMie

5/12/2015 10:07:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Amboii tajuk, tak ingat dunia ya.. Seronok kan kalau boleh belayar, sambil menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.. Tak kisah laa bahasa apapun, asalkan paham.. Hehehe..


sumber


Hahaha setakat nak berangan belayar sini sana, boleh laa.. Tapi realitinya tak ada pun.. Ala ni gara-gara Kimie laa yang dapat hadiah masa buat majlis makan-makan, dan sukaneka skit kat umah tok.. Semua nih anjuran Mak Cik..

Banyak game yang Kimie dan Izzat main, diaorang menang.. Macam-macam laa hadiah yang diaorang dapat.. Tapi hadiah yang diaorang layan sangat, papan putih nih laa.. Macam-macam lukisan yang Izzat dan Kimie lukis..

Tapi ini jer yang Eyda sempat snap.. Menarik kapal dia.. Tapi kali nih tak ada ikan jerung ke ikan dolphin ke ikan apa ya.. Jom layan skit lukisan si budak kecik Kimie tuh..




Jom kita belayar bersama kapal Kimie nih.. Hehehe.. Boleh naik ramai-ramai tau.. Free jer Kimie bagi..





segmen & GA

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen

5/12/2015 10:00:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom ramai-ramai kita join GA nih.. Ada hadiah rantai yang sesuai untuk dihadiahkan buat ibu kita..


http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/05/mothers-day-giveaway-by-blog-xdramaqueen.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN



SYARAT-SYARAT
  1. Buat entri bertajuk "Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen"
  2. Tampal banner di atas dalam entri anda
  3. Backlink kepada entri ini
  4. Tinggalkan link ke entri anda di ruang komen di bawah
  5. Follow blog XDramaQueen
  6. Like page XDramaQueen di SINI


Tarikh tutup 30 Mei 2015





Nuffnang CPUV

Nuffnang CPUV - Zurich Insurance & TomorrowLand

5/11/2015 03:31:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Haishh lama betul Eyda tak berkongsi CPUV Nuffnang Eyda kan.. Memang dah lama jugak Eyda tak jengah akaun nih.. Rasanya lebih 2 bulan tak jengah..

Bila jengah jer akaun nih, makin slow plak Eyda tengok akaun Nuffnang Eyda nih.. Ntah laa apa silap dan salahnya, tapi stay jugak ada masyuk walaupun slow macam siput.. Alhamdulillah rezeki jugak tuh..

Terima kasih kepada yang sudi menjengah dan klik iklan Nuffnang Eyda.. Hanya ucapan terima kasih yang dapat Eyda titipkan buat korang..




On Going CPUV

TGIF -Meal For Two
IKEA- BED & BATH (May)
Zurich Insurance 3 Point
TomorrowLand



Apapun terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi jugak memberikan Eyda CPUV nih.. Walaupun kurang meriahnya, tapi stay lagi ada CPUV yang masih berjalan..




Eyda

MeGi KuaH LaKSa

5/11/2015 10:24:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Permulaan hari yang agak malas.. Huhuhu jenuh nak buang aura malas nih.. Kena plak hari nih ramai yang tak ada kat opis.. Apa lagi, makin malas laa jadinya.. Hehehe..

Korang jangan laa ambik aura malas Eyda nih ya.. Ambik yang positif sudah laa.. Okey laa di pagi yang indah nih, Eyda nak kongsi cerita pasal makanan.. Ala tengok tajuk pun dah tau kan..

Pelik jer tajuk entri Eyda kan.. Pelik tak pelik, inilah cetusan idea selepas laksa dah abis meninggalkan kuah.. Bihun goreng pun dah abis, nak makan ngan nasi macam tak meriah plak rasa.. Apa lagi cari jelah apa yang cepat dan mudah yang ada di rumah untuk makan bersama kuah laksa..


 
Megi Kuah Laksa


Disebabkan petang semalam, si bulat Izzat merengek lapar.. Bila disuruh makan nasi tak mau.. Akhirnya inilah menu hasil cetusan idea Eyda mengunakan bahan yang sediada kat umah..

Mulanya celur skit jer megi kosong tuh.. Yelah takut tak kena plak dengan selera.. Lastly, Izzat dan Kimie cakap sedap.. Apa lagi celur lagi laa megi kosong yang ada..

Tak sangka sedap jugak layan megi ngan kuah laksa.. Akhirnya habis jugak kuah laksa tuh.. Malas nak simpan dah kuah tuh, bila abis senang boleh basuh periuk terus..

Menu yang mudah dan cepat di waktu yang malas.. Hehehe..




top komentar

TeRiMa KaSiH SaHaBaT #3

5/10/2015 10:22:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Walaupun bulan nih dah cecah hari yang ke-10, tapi Eyda nak kongsi jugak sabahat yang sudi membuat entri istimewa nih..

Rasa seperti dihargai oleh sahabat Eyda.. Walaupun Eyda agak sibuk, tapi masih ada yang berjaya memasuki carta sahabat Eyda..

Carta pertama nih datangnya daripada Scdha Sein a.k.a SS.. Kali nih senarai top komentar bulan April SS jadikan senarai Nama Budak Kuat Bising..

Memang pun bising, sampai beratus-ratus komen yang memenuhi entri SS.. Apapun memang happening laa terjah ke blog SS.. Tapi bagi yang mudah sentap dan seangkatan dengannya, tak perlulah singgah ke blog nih..

Kang tak pasal-pasal meroyan plak.. Apapun pada sesiapa tidak mudah sentap yang minat untuk travel dan ingin mencari info berkaitan, boleh laa ke blog nih..


http://scdhaseinphoto.blogspot.com/2015/05/awesome-people-april.html


Carta kedua plak datangnya daripada Kak Farrah.. Siapa yang minat craft, memasak, main gitar boleh laa terjah ke blog nih.. Banyak info berkaitan ada di blog nih..

Sini pun ramai peminatnya.. Sampai beratus-ratus komen yang muncul setiap bulan.. Seronok singgah ke sana, banyak info dan boleh beramah mesra lagi dengan blogger yang lain.. Tengok tuh banyakkan komen yang ditinggalkan dalam bulan April jer..

http://famf-tower.blogspot.com/2015/05/mereka-tetamu-hebat-april.html


Carta ketiga datangnya daripada Mama3Farhanah.. Ibu yang bekerja dan mempunyai 3 orang anak dara yang comel belaka.. Walaupun dia berasal dari Kedah, tapi memandangkan kerana tugas, dia sekarang menetap di Kelantan..

Tapi kalau korang baca blog mama nih, pastinya bahasa diri cheq tak lekang daripada penulisannya.. Bukan saja cerita tentang diri dan keluarga.. Banyak jugak perkongsian lain ada dalam blog nih..




Carta keempat datangnya daripada Dunia Zumal.. Walaupun sesekali Eyda singgah sambil mengeBOM blog Zumal, tak sangka plak nak berada di atas carta tersebut..

Singgah laa ke blog nih, bukan saja cerita pasal diri Zumal, malah Zumal ada jugak buat advertorial.. Jom singgah ke blog Zumal bagi yang belum pernah singgah ke sana..




Carta kelima datangnya daripada Jari Manis a.k.a JM.. Manis betul jarinya.. Ke jari manis tuh yang banyak menaip komen sini sana.. MengeBOM sini sana.. Hehehe itu kena tanya tuan badan laa..

Kak JM nih suka travel macam SS jugak.. Sesiapa yang inginkan info mengenai travel boleh laa singgah ke blognya.. Kat sana banyak story Korea ya.. Yang terbaru kak JM ke Korea..

Sapa yang tak kenal kak JM memang rugi.. Dia peramah orangnya.. Kalau nak kena BOM silalah terjah blognya.. Hehehe..

Walaupun berada dalam top 20 tapi stay berada dalam carta lagi.. Thanks kak JM..

http://jarimanistravel.blogspot.com/2015/05/korang-mesti-baca-entri-nih.html


Carta keenam datangnya daripada Cik Ash a.k.a Ekin.. Tak sangka Eyda menjadi orang kedua paling banyak meninggalkan komen.. Apapun memang tak boleh lawan kak JM laa.. Hehehe..

Okey Cik Ash yang lebih mesra dipanggil Ekin nih seorang suri rumah ya.. Sekarang menetap di Kulim, Kedah.. Siapa yang belum mengenali Ekin, jom terjah ke blognya.. Pastinya kunjungan korang akan dibalas..

http://cikash.blogspot.com/2015/05/pengomen-popular-april-2015-blog-cik-ash.html


Carta ketujuh nih plak datangnya daripada Cik Mimie.. Haa bulan nih baru Eyda rajin mengeBOM blog Cik Mimie.. Tak sangka hasil pengeBOMan tuh Eyda berjaya masuk dalam carta dan dapat sijil daripada cik Mimie..




Cantik tak sijil penghargaan yang Eyda dapat nih.. Merah gitu..



Carta kelapan atau sijil penghargaan nih datangnya daripada Afidah Azmi.. Tak sangka nak dapat sijil daripadanya.. Hanya 3 orang yang bertuah jer yang dapat sijil nih.. Eyda nih nampaknya antara yang bertuah laa ya..

Okey laa jom terjah ke blognya.. Pastinya kunjungan korang akan dibalas nanti.. 




Carta kesembilan nih plak datangnya daripada Hidayu Ayumie.. Mummy Ayu nih ada seorang anak yang comel bernama Firash.. Ermm kalau ada sesiapa yang teringin nak memiliki tag atau keychain nama sendiri boleh laa menempah kat Mummy Firash nih.. Cantik-cantik jahitannya..


# update

Carta kesepuluh plak daripada Kak Suria Amanda.. Eyda jarang terjah blog Kak SA nih.. Tapi tak sangka plak terjahan Eyda kali nih membuatkan Eyda berada dalam carta Kak SA.. Bagi yang belum mengenali kak SA, jom terjah ke blognya..





Terima kasih semua.. Ini antara yang Eyda tahu.. Kalau yang terlepas pandang tu, Eyda mintak maaf ya.. Seronok berkawan dengan korang semua.. Korang memang awesome.. Korang sentiasa menceriakan Eyda dikala Eyda kurang ceria..




blogger

Terima Kasih Kak Noor

5/09/2015 03:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Sabtu buat buat semua rakan blogger.. Hari ni seronok laa boleh bermalas-malas.. Semalam kerja sehari sebabnya ari Khamis cuti.. Kan kat Permatang Pauh, ada Pilihan Raya Kecil, makanya satu Penang dapat cuti..

Okey laa Eyda tak mau laa nak berceloteh panjang lebar.. Sikit-sikit sudah laa ya.. Hehehe.. Hari nih Eyda nak ceritakan mengenai parcel kiriman daripada Kak Nooriah atau lebih senang dipanggil kak Noor..

Bagi sesiapa yang ingin mencari resepi yang mudah dan cepat tapi sedap sila lah ke blog kak Noor nih.. Banyak menu yang kita boleh cuba.. Banyak yang Eyda suka, tapi belum berkesempatan nak cuba..

Alhamdulillah Eyda beruntung dapat hadiah istimewa daripada kak Noor.. Eyda pun tak sangka nak dapat hadiah nun jauh daripada Brunei.. Memang tak mimpi laa nak sampai ke sana kan.. Dapat hadiah dari sana pun dah cukup bertuah..

Mesti korang heran kan macam mana Eyda boleh dapat hadiah istimewa nih.. Sebenarnya ianya hadiah kerana Eyda dapat meneka dengan tepat soalan kak Noor dalam entry NIH..

Kak Noor tanya siapa orang Malaysia dalam gambar kat bawah nih..

kredit

Eyda jawab laa yang tudung pink sebeleh kak Noor tuh.. Tak sangka plak betul.. Itupun Eyda tengah pikir nak teka yang mana satu..

http://nooriahnaim.blogspot.com/2015/04/alhamdulillah-majlis-berjalan-lancar.html
kredit

Mulanya Eyda sangka nak dapat FM London jelah.. Tetiba sekali ini yang Eyda dapat.. Thanks banyak-banyak kak Noor.. Tak sabar nak cuba resepi yang ada nih..


Buku terbaru resepi daripada kak Noor


Kata-kata yang dititipkan oleh kak Noor..


Hadiah FM London pemberian kak Noor..


Terima kasih banyak-banyak kak Noor dengan hadiah buku Resepi Blogger hasil perkongsian resepi daripada kak Noor.. In shaa Allah kalau Eyda cuba nanti, akan Eyda share kat blog..

Tak sangka kak Noor kirimkan buku resepi sekali buat Eyda.. Nak merajin memasak dengan menu yang baru hasil perkongsian kak Noor nanti..

Terima kasih sekali lagi ya kak Noor..





Blog yang Diikuti