Eyda

CaNTiKnYa NoMBoR

4/30/2015 04:18:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hujan plak kat sini.. Start tengahari tadi sampai sekarang, meleret-leret jer.. Sejuk jer rasa hari nih.. Kalau cuti, maunya dah di tempat perbaringan sambil melelapkan mata.. Best kalau boleh tido kan..

Esok bermulanya cuti panjang dihujung minggu.. Mungkin ada yang berkira-kira nak balik kampung kan.. Atau ada mungkin dah ada rancangan untuk bercuti atau menghadiri majlis perkahwinan..

Tak kisah laa apa pun rancangan korang semua.. Yang penting, jaga diri baik-baik tau.. Musim hujan nih, risiko untuk terlibat dalam kecelakaan adalah tinggi.. Jadi berhati-hati ya semua..

Apa laa Eyda melalut di petang hari nih kan.. Tak melalut, cuma mengingatkan sesama rakan.. Itulah gunanya sahabat kan..

Okey laa dah jauh menyimpang siur dah entri Eyda nih.. Eyda nih kalau nombor menarik tertarik nih memang Eyda suka.. Tak kiralah kat resit ke, nombor giliran ke nombor telefon ke nombor apa-apa jelah..

Asalkan ianya memang nombor yang menarik di mata, Eyda memang suka.. Eyda kekadang siap snap simpan lagi nombor tuh.. Kalau yang jenis boleh simpan macam resit ke apa, Eyda akan simpan resit tuh dalam simpanan Eyda.. Macam-macam kan Eyda nih..




Inilah antara contoh benda yang Eyda suka simpan.. Menarik nombor untuk bilangan posts dan followers blog Eyda kan..



Ni plak kengkawan terkini Eyda.. Nombor apit gitu.. Sama dengan nombor kereta Eyda.. Opss hehehe.. Jom berkenalan dengan sahabat baru Eyda.. Namanya Noor Hayati berasal dari Sabah ya.. Jom kita berkenalan dengannya..



Ni plak nombor yang cantik gitu.. Eyda suka dengan nombor 8.. Punya banyak angka 8.. Cantik tak nombor nih? Kebetulan tertengok nombor pada duit nih.. Apa lagi snap laa sekeping..



Okey laa ni jer yang Eyda ada simpan untuk berkongsi dengan korang semua.. Thanks sudi meluangkan masa membaca celoteh Eyda di penghujung bulan April nih.. Esok dah bertukar bulan.. Hampir lengkap 4 bulan kita tempuhi di tahun 2015 nih kan..




aktiviti

aKTiViTi Di KaLa TeNSioN

4/30/2015 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu kan.. Dah pun hari Khamis.. Sekejap jer nak cuti balik.. Tapi cuti panjang tu.. 4 hari direct gitu..

Okey laa, jom straight to the point.. Korang pernah tak tension? Tak kira laa tension di rumah ke pejabat ke? Dengan rakan pejabat atau family sendiri.. Kalau tension, apa yang korang buat?




Eyda ada aktiviti yang boleh Eyda buat kalau tension nih.. Nak tengok tak apa aktiviti Eyda di kala tension di pejabat..

Jom ushar gambar kat bawah nih.. Haa menarik tak aktiviti melepaskan tension kat bilik tempat keja Eyda nih? Selalunya Eyda main nih time tension sangat.. Lagi satu tak ada orang dalam bilik Eyda..









Inilah hasil pemain amatur macam Eyda.. Main sekali sekala jer.. Eyda paling tak lupa first time main benda nih tahun lepas.. Sempena pemilihan sukan mewakili negeri dalam sukan jabatan..

Baling dart nih ntah macam apa lagi.. Siap kena dinding pun ada.. Nasib laa tak ada orang dok dekat.. Naya tu kalau kena orang..

Okey nak tengok tak part yang paling sukar nak dapat.. Jeng jeng jeng..


V


V


V


V


V




Susah tuh nak kena tengah-tengah tuh.. Ni pun ntah berapa kali balingan baru nak kena.. Time nak tunjuk kat korang baru kena.. Kekadang baling kena kat dinding pun ada.. Nasib laa nama pun main untuk suka-suka.. Kalau game, rugi tuh..

Nampak sangat sekali sekala jer Eyda main dart nih kan.. Kiranya kategori tak tension sangat laa.. Okey laa, ni laa aktiviti melepaskan tension Eyda kat opis.. Best tak aktiviti Eyda?






makan

SeDaPnYa DoNuT

4/29/2015 11:14:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa kat sini suka makan donut? Tak kisah laa donut yang biasa letak gula ke atau yang siap ada dekorasi dan perisa tuh ala-ala dunkin donut tuh..

Eyda suka jugak, tapi tak ada laa sampai nak kena mencari.. Kalau jumpa Eyda beli, kalau sebaliknya tak kisah pun.. Anak Eyda si Kimie suka makan donut plain biasa yang letak gula tuh.. Kekadang mintak belikan donut tuh untuk dia..

Eyda pernah beberapa kali beli donut plain atau berperisa nih.. Selalunya kalau Eyda beli sebab singgah ke bank berhampiran.. Tapi dua hari berturut-turut Eyda sesaja singgah beli untuk makan..

Yang nih Eyda beli hari Isnin yang lepas.. Ini namanya donut cheese ya.. Harga RM1.50 sebiji.. Memang sedap.. Dah laa donut dia lembut sesangat.. Budak-budak pun mudah nak gigit dan makan..


Donut Cheese


Anak Eyda mulanya tak mau donut.. Pakat beli sate ikan sorang 4 cucuk RM1.. Okey tak apa jual mahal ye.. Lastly, bila tengok Eyda makan.. Terus nak rasa.. Bila dah rasa apa lagi pakat nak ngap jelah.. Hehehe..

Semalam apa lagi pakat request laa nak donut macam semalam laa siap nak pilih perisa laa.. Macam-macam.. Lastly, inilah rembatan Eyda petang semalam mengikut order anak-anak.. Rasa-rasa yang mana menjadi pilihan Izzat, Kimie dan Eyda? Boleh teka ke?




Abang nih dia jual kat area ATM Maybank, Bertam sekitar jam 5.30 petang sehingga habis.. Hari Isnin yang Eyda beli tuh dia kata dia buka 45 minit dah nak abis..

Kiranya siapa yang tinggal berdekatan dan ingin merasai kesedapan donut nih, boleh laa terjah ke Maybank Bertam.. Nak order siap-siap pun boleh.. Abang tuh cakap, contact jer nombor telefon ada kat pek tuh..



Original Donut
HP : 019-5920093
Home : 04-5750395




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #11

4/29/2015 09:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..






"In this world of change, 
nothing which comes stays,
and nothing which goes is lost."


~Anne Sophie Swetchine






Eyda

aNDa BoLeH BaNTu eYDa?

4/28/2015 06:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Masih ingat ke Eyda pernah menerima satu produk untuk di review? Produk MBH Whitening Intensive Booster, iaitu hasil giveaway yang dianjurkan oleh Mialiana..

Kalau tak ingat meh klik kat SINI.. Sekarang tibalah masa untuk mengutip seberapa banyak LIKE untuk review masing-masing..



sumber


Inilah print screen testimoni Eyda mengenai produk MBH Whitening Intensive Booster.. 





Jadi Eyda ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat Eyda untuk LIKE print screen testimoni Eyda.. Eyda tahu sahabat Eyda semuanya baik-baik belaka.. Jasa baik kalian amatlah Eyda hargai..

Tempoh untuk LIKE testimoni nih akan tamat pada 8 Mei 2015.. Dengan harapan sahabat Eyda dapat laa membantu Eyda LIKE testimoni tersebut..







pemenang segmen & GA

aLHaMDuLiLLaH ReZeKi

4/28/2015 01:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah separuh hari di hari Selasa.. Sepagi meeting hari nih.. Hai busy betul laa Eyda nih kan..

Apapun Eyda nak jugak update blog Eyda agar berupdate.. Entry yang mungkin ringkas dan padat dari Eyda di waktu rehat nan indah ini.. Hehehe indah laa sangat kan.. 

Alhamdulillah rezeki Eyda menang Giveaway Projek April by Syira Lokman.. Eyda semak semalam keputusan giveaway nih dan tak sangka nama Eyda berada bersama pemenang yang lain..

Banyak saingannya, tapi nampaknya ada rezeki Eyda dalam giveaway tersebut.. Nak tau apa hadiah yang Eyda dapat tak? Meh ushar kat bawah nih..




Alhamdulillah Eyda memenangi hadiah wang tunai RM10 daripada sponsor Khaty Aiman.. Cepat sungguh Khaty Aiman bank in hadiah giveaway nih.. Selepas beberapa lama Eyda reply PM, Khaty Aiman terus bagitau dah bank in.. Terkejut tau, cepat betul Eyda terima hadiah.. 




Malam semalam dah masuk hadiah giveaway Eyda.. Terima kasih banyak-banyak buat Syira Lokman kerana sudi menjadi penganjur dan juga kepada Khaty Aiman kerana menjadi sponsor giveaway nih.. Semoga rezeki kalian dimurahkan lagi hendakNya..




aktiviti

SePeTanG BeRSaMa NoRa DaNisH @ MyDiN BeRtaM

4/27/2015 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Isnin kan? Tup tup bulan April bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi.. Sekejap jer masa berlalu kan..

Hari nih Eyda nak share skit apa yang Eyda dan anak-anak buat hari Sabtu yang lepas.. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu bahawa Nora Danish datang ke Mydin Bertam hari Sabtu baru nih..




Dia datang mempromosikan barangan Safi Rania Gold dan seterusnya peraduan belayar bersama Nora Danish ke Langkawi.. Menarik kan hadiah peraduan tuh.. Tapi korang kena karang pantun yang menarik bagi melayakkan diri memenangi hadiah pelayaran tuh..

Okey setelah ditapis apa bagai, hanya beberapa keping gambar jer yang agak okey untuk dikongsikan.. Jom ushar Nora Danish dari jarak dekat..

Nora Danish dan Linda Onn.. Try banyak kali nak snap gambar Linda Onn tak dapat laa..

Masa untuk sign autograph dan bergambar bersama Nora Danish..


Ni Kimie yang snap.. Dia bawak kamera depan Nora Danish dan ni laa hasilnya..

Sebelum balik, posing dulu.. Sempat laa shopping barang skit kat Mydin..

Jom belayar bersama Nora Danish..


Hari Ahad, hari bersantai di rumah jer.. Kimie plak tak sihat.. Hari nih Kimie bercuti di rumah, nasib husband ada kat umah.. Semoga esok Kimie dapat ke sekolah seperti biasa.. Sian plak kat dia..





segmen & GA

First GiveAway By SiPanjangKata

4/27/2015 09:44:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..



KLIK BANNER UNTUK JOIN


Hadiah yang bakal diterima pemenang!:
Mini Cooper Racer Race Tin


 

Wooden Katana ( Pedang kayu jepun )beli dekat Akita dulu.


 
Line karakter keychain


* Maaf saya tiada IG

Tarikh tutup GA ni ialah 30 April 2015





pemenang segmen & GA

aKHiRnYa SaMPai JuGaK

4/24/2015 02:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari yang menggembirakan sebabnya esok kan cuti.. Hehehe nama cuti ja mesti seronok..

Okeylah, entry yang agak ringkas dan padat rasanya Eyda buat hari nih.. Apa nak buat, kerja agak mencemburui Eyda.. Eyda just nak buat entry penghargaan buat Syamimi di atas hadiah yang telah pun selamat diterima tengahari semalam..

Sepatutnya hadiah nih dah lama sampai, disebabkan banyak kerenah pejabat pos di kawasan Eyda, makanya Syamimi terpaksa menghantar semula hadiah nih.. Apapun terima kasih banyak-banyak buat Syamimi kerana sudi menganjurkan GA nih..

Meh kita ushar skit hadiah yang Eyda terima nih..




Cantikkan tasbih tuh.. Husband semalam cakap gelang ya.. Yelah kan comel jer rupanya.. Colourful plak tuh.. Tasbih dah bertukar menjadi gelang ya.. Hehehe lawak laa plak Eyda rasa..




tazkirah Jumaat

TaZkiRaH JuMaaT #10

4/24/2015 09:07:00 AM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..




Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki
ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."

(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)






makan

MeGi GoRenG

4/23/2015 05:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Adoi, susah betul nak update blog minggu nih.. Asyik busy jer.. Masa memang agak mencemburui Eyda untuk berkongsi cerita dan bertegur sapa dengan korang semua..

Maaf ya Eyda kurang blogwalking sini sana minggu nih.. Ada laa beberapa blog dan entry je yang Eyda sempat singgah.. Yang tak sempat Eyda singgah tuh tunggu ya, nanti Eyda akan bayar hutang blogwalking..

Di petang nih, Eyda nak berkongsi menu kita orang malam semalam.. Kita orang makan megi goreng jer.. Alhamdulillah ianya selamat dinikmati sekeluarga..




Malam nih masih berkira-kira nak makan apa.. Rasanya, kena beli laa jawabnya sebab pagi-pagi hari lagi, gas telah menghabiskan dirinya.. Macam tau-tau jer kan duit ada masyuk hari nih.. Hehehe..

Kat tempat Eyda dah hujan.. Tempat korang hujan tak? Balik nanti pakai kena mandi hujan laa Eyda.. Huhuhu..



Eyda

EaRtH DaY QuiZ

4/22/2015 04:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Setelah penat meeting lebih separuh hari ari nih.. Sempena Hari Bumi, jom kita bersantai skit.. Hari nih banyak blog menceritakan mengenai Earth Day nih..

Setelah Eyda membaca di beberapa blog rakan blogger yang lain.. Akhirnya Eyda singgah ke blog Cik Mimie untuk mencuba Earth Day Quiz : Which animal are you? nih.. Ramai juga yang mencuba.. Bagi yang belum, klik ja link kat atas atau gambar di bawah..


https://www.google.com/search?q=earth+day+quiz&oi=ddle&ct=ddle-hpp&hl=en&bav=on.2,or.&cad=b&biw=1440&bih=789&dpr=1&ech=1&psi=qF43VeunGMTJmAXd_IHoCg.1429692071419.3&ei=qF43VeunGMTJmAXd_IHoCg&emsg=NCSR&noj=1


Setelah Eyda mencuba.. Inilah hasilnya...


You're coral!
Your hidden beauty attracts many suitors. Also, did you know you were an animal?!



Adoi laa coral ya.. Hehehe.. Korang plak dapat apa?






entri pilihan

eNtRi MeNaRiK DaLaM SeMinGGu

4/21/2015 12:19:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah tengahari.. Blog minggu nih tak tau nak update dengan cerita apa.. Jom laa Eyda share entry Eyda yang menjadi pilihan pembaca dalam seminggu nih..



























Tak sangka entri berkaitan Belon Tepung mengungguli carta.. Nih mesti entry kak Farrah MF pasal belon tepung nih, membantu menambahkan pembaca ke blog Eyda..

Apapun Eyda memang tak sangka entry Eyda pasal Kolam MPSP masih menjadi pilihan pembaca, walaupun setahun dah berlalu.. Entry tuh sentiasa ada pengunjungnya..

Yelah, tempat mandi yang berbaloi dengan harga yang murah.. Mestilah menjadi pilihan kan.. Budak-budak nih asalkan dapat mandi manda dalam kolam dah okey.. Tak perlu nak membazir duit banyak-banyak, siap boleh bawak bekalan makanan lagi kalau berkunjung ke sana..






segmen & GA

Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

4/20/2015 04:30:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom beramai-ramai kita memeriahkan 1st GA Luarteko nih.. Bukan saja kita dapat menambah kenalan malah berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan..


http://luarteko.blogspot.com/2015/04/giveaway-1st-luartekoblogspotcom.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


TARIKH TUTUP 3 MAY 2015



Hadiah tulus ikhlas daripada Cik Puan Sang Penulis:
Hadiah Pertama:
USB 2.0 8GB yang comey x 1 orang pemenang


Hadiah Kedua:

Reload @ Topup Bernilai RM10 x 1 orang pemenang 
(ditaja oleh ohreload.blogspot.com)


Hadiah Ketiga:

Reload @ Topup Bernilai RM5 x 1 orang (ditaja oleh ohreload.blogspot.com)


Hadiah Keempat:
Gelang Edisi Sarawak Borneo x 1 orang pemenang 


Hadiah Kelima:
Gelang Edisi Sarawak Borneo x 1 orang pemenang


Hadiah Saguhati @ Gula-Gula:
Kuching~Fridge Magnet X 10 orang pemenang
Setiap sorang akan terima 1 fridge magnet dibawah


Top Referral:
Wang tunai RM20


Entry Paling Kreatif:
Wang tunai RM20





segmen & GA

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

4/20/2015 04:21:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..




Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



info

ReJaB 1436H

4/20/2015 01:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sedar tak sedar bulan Rejab telah pun tiba.. Tak lama lagi akan datangnya bulan Syaaban dan diikuti dengan bulan Ramadhan.. Sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita.. 


sumber

sumber


Mari kita tengok apa yang berlaku di bulan yang mulia ini.. Sekurang-kurangnya kita dapat mengingati sejarah Islam..


google






kerja

aNgRy BiRd KiMie

4/19/2015 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ni alkisah beberapa hari yang lepas.. Ada-ada saja laa si Kimie tuh.. Tengok laa hasil kerja budak yang tak ada kerja nih.. 




Eyda tanya apa Kimie lukis tuh.. Kimie kata ini Angry Bird laa.. Angry Bird pun Angry Bird laa.. Ini Kimie lukis guna komputer ya.. Pandai plak dia cari program untuk dia melukis apa bagai nih.. Bukan apa, sebelum tuh Kimie main game kat komputer, tetiba jer dia panggil Eyda dan tunjuk lukisan nih.. 

Gambar nih, dia yang snap sendiri.. Lawak plak Eyda tengok lukisan dia.. Tak nampak macam Angry Bird pun.. Korang nampak macam apa ya?




Blog yang Diikuti