November 5, 2015

Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kali nih Eyda nak citer satu warung makan yang sedap di Sungai Ara, Pulau Pinang..

Warung makan yang Eyda nak cerita hari ni ialah Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar. Okey mesti ramai tertanya kan kenapa kedai nih dinamakan Pendekar Mustar? Adakah sebab pemiliknya sukakan cerita tu atau sukakan watak Pendekar itu sendiri..

Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Sebenarnya kedai nih dimiliki oleh Ito iaitu cicit Pendekar Mustar watak dalam filem P.Ramlee Pendekar Bujang Lapuk tuh.. Sebagai mengabadikan moyangnya, Ito menamakan warungnya dengan nama Pendekar Mustar bukan namanya sendiri..

Bukan saja Ito menggunakan nama Pendekar Mustar, malah wajah moyangnya juga digunakan pada warung terbabit.. Ini sebagai mengabadikan nama dan wajah moyangnya..

Untuk pengetahuan warung ini telah bertapak di sini sejak 2011 lagi.. Uishh lama dah kan warung nih.. Jom kita berkenalan dengan pemilik warung nih..

Inilah pemilik warung, Ito..

Ini isteri pemilik warung


Menurut isteri cicit kepada Pendekar Mustar nih, Pendekar Mustar asalnya memang pernah berniaga sebelum menjadi pelakon di Singapura.. Jadinya macam turun menurun laa kan..

Untuk pengetahuan semua, warung ini menjual Nasi Lemak yang dikukus.. Sebab itulah kedai ini dinamakan Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar.

Okey dah tau kan asal usul pasal nama kedai.. Sekarang Eyda nak cerita lokasi, makanan, minuman yang disajikan beserta harganya..


LOKASI NASI LEMAK KUKUS PENDEKAR MUSTAR




 
 

MENU DAN HARGA DI NASI LEMAK KUKUS PENDEKAR MUSTAR

Di warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar nih ada disajikan Nasi Lemak Kukus. Anda boleh memilih sama ada nak makan Nasi Lemak Kukus Biasa atau bersama lauk sampingan yang lain..

Jom tengok menu apa yang ada..

Nasi Lemak Kukus

Lauk pauk yang boleh dipilih

Lagi lauk pauk yang boleh dipilih

Senarai Harga Makanan

  • Nasi lemak basic - RM2.00
  • Ayam goreng berempah - RM3.00
  • Ayam sambal halia - RM3.00
  • Rendang kerang - RM3.00
  • Sambal daging - RM3.00
  • Sambal sotong kembang - RM3.00
  • Sambal udang petai - RM3.00
  • Sambal paru/kelempung - RM2.50
  • Ikan goreng/sambal - RM2.00-RM3.00 (ikut saiz/harga pasaran)


Nasi yang menjadi hidangan #bloggerutara pada petang 1 November 2015 yang lepas ialah :

Nasi Lemak Kukus Biasa

Lauk pauk yang #bloggerutara dapat merasai bersama Nasi Lemak Kukus..

Lauk pauk yang kami cuba

Ayam Goreng Berempah

Sambal Daging (Sambal Lado - resepi jawa)

Sambal Sotong Kembang

Sambal Paru / Kelempung

Rendang Kerang

Sambal Udang Petai


Senarai Harga Minuman

Bila makan mesti kena minum kan.. Di sini mereka ada menurunkan harga minuman dengan syarat kena beli makanan.. Selain itu, ada juga minuman percuma diberikan, tapi dengan syarat kena beli makanan dan makan di kedai..




  • Milo - RM2.00
  • Nescafe - RM2.00
  • Horlicks - RM2.00
  • Teh - RM1.50
  • Kopi - RM1.50
  • Bandung - RM1.50
  • Barli - RM1.50
  • Sirap Limau - RM1.50
  • Teh 'o' Limau - RM1.50
  • Sunquick Orange / Blackcurrant - RM1.50
 
* sah dengan setiap pembelian makanan

  • Teh 'O' Ais - PERCUMA
  • Sirap - PERCUMA
 
* sah dengan setiap pembelian makanan
* makan di kedai sahaja

 (Tawaran minuman ini sah sehingga 31 Disember 2015)


SEDAP KE TAK?

Mesti ramai yang tertanya kan, dah jual murah nih sedap ke? Eyda nak bagitau laa memang sedap.. Rugi tak cuba..

Jom tengok Izzat makan dan juga pinggan kami..


Izzat memula makan dengan camca dan garfu..

Akhirnya, makan dengan tangan..
 
Cuba tengok pinggan Izzat, Eyda dan Murni.. Licin kan? Cuba teka pinggan siapa yang licin cantik tuh?

Masa nak balik dalam kereta, Izzat cakap kat Eyda.

"Ibu, nanti kita mai makan lagi tau kat sini".

Nampak tak kesedapannya dari ayat Izzat tu..


Bukan Eyda nak mereka cerita, tengok la pelanggan yang ramai daripada berbilang bangsa.. Ini menunjukkan memang sedap masakannya dan memang berbaloi dengan harga..

Ramainya pelanggan yang singgah

Berbilang bangsa ada

 
PROJEK KONGSI REZEKI (SUSPENDED MEAL)
 
Selain itu, pemilik kedai telah memulakan Projek Kongsi Rezeki (Suspended Meal) kepada yang memerlukan.. Jom kita bantu mereka menyebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan..
 
 
 
 
Mereka menyediakan set makanan dan minuman percuma untuk mereka yang :
 
  • kurang berkemampuan (ibu tunggal, asnaf, yatim, gelandangan, miskin bandar, miskin tegar)
  • kesempitan wang menunggu gaji masuk
  • sedang dalam kesusahan / masalah besar
  • sesiapa sahaja yang memerlukan
 
Boleh tanya mereka untuk maklumat lanjut.
 
Usahasama : Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar & STF937
 
 
 
Jom kita sama-sama mengumpulkan saham akhirat dengan menyebarkan projek ini..
 
 
 
ACARA WAJIB #BLOGGERUTARA
 
Apa lagi kalau bukan bergambar, jom tengok gambar kami sedang makan dan sebelum balik.. Tidak dilupakan kami dari #bloggerutara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput #bloggerutara ke warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar nih.. In shaa Allah kami akan berkunjung lagi sebagai pelanggan biasa sepertimana yang lain..
 
Sempat lagi posing aihh..
 
 
Bergambar bersama isteri pemilik warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar


 
ALAMAT 
 
Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar 


 




27 comments:

  1. wah terbaik la kedai nih. kalau jejak ke Penang lagi kena terjah nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan dalam list kalau ke Penang ya.. tapi kena ingat warung ni tutup hari jumaat dan sabtu

      Delete
  2. bestnya!!! tengok menu ada rendang kerang.. nanti nak kena pi try nie..=D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..bila terpandang wajah pendekar Mustar..Al Fatihah untuk beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ya Al-Fatihah buat arwah pendekar Mustar..

      Delete
  4. Terus jadi teringin nak makan nasi lemak kukus. Terliur tengok Izzat makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak siapkan entry nih pun jenuh meleleh air liur.. macam nak pi terjah jer rasa..

      Delete
  5. menarik dalam harga semakin naik, warung ini menurunkan harga, sudahlah menu sedap-sedap... pemberian makanan percuma untuk golongan kurang berkemampuan. terbaik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya menarik kan Arz.. semoga mereka dimurahkan rezeki dengan usaha yang mereka lakukan..

      Delete
  6. Replies
    1. bukan tengok jer.. makan pun sedap.. jangan laa jeles.. kalau Yui mai penang nanti pi singgah tau..

      Delete
  7. Kak eyda... belanja lah sha... Huwaaaa.. nak juga..

    ReplyDelete
  8. cheq nak pi sat lagi hahaha

    ReplyDelete
  9. ooo...patut la nama pak mustar...br tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau dah kan macam mana boleh dapat nama pak mustar..

      Delete
  10. amboi.. berselera sungguh hero akak yang sorang tu makan yeee..
    tak pandang camera dah eheh..

    ReplyDelete
  11. nak gak mkan nasi lemak ni uwaaaaa jelesnya

    ReplyDelete
  12. wow! terbaik harga nya, eyda. i like...
    aida akan ke penang beberapa hari lagi ni...
    moga sukses la holiday ke penang kali ni :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...