November 3, 2015

Fam Trip Fun Ride Penang Hop On Hop Off (Penang HOHO)

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama sungguh Eyda nak menyiapkan entri nih.. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan entri nih.. Ehh perasan plak.. Hehehe..

Alhamdulillah hari nih Eyda berjaya juga menyiapkan cerita pengalaman kami sehari bersama Penang Hop On Hop Off walaupun kesibukan yang melanda diri..


ENTRI BERKAITAN
Penang Hop On Hop Off
Teaser Fam Trip Fun Ride Penang Hop On Hop Off


Ceritanya seminggu yang lepas iatu pada 25 Oktober 2015, Eyda dan beberapa rakan-rakan #bloggerutara dapat merasai sendiri pengalaman menaiki bas Penang Hop On Hop Off  (Penang HOHO) iaitu The Original Double Decker Tour Of Penang..

Inilah salah satu tarikan terbaru dan terkini di Pulau Pinang.. Perkhidmatan ini baru memasuki setahun di Pulau Pinang.. Walaubagaimana pun, bas ini telah melalui beberapa perubahan dari segi reka bentuk bahagian atasnya..






Inilah rupa bas yang kami naiki.. Sebelum kami naik bas Penang HOHO nih kami diberikan Itinerary untuk perjalanan kami untuk hari tersebut..

Itinerary pada 25 Oktober 2015

Jom sambung balik citer kami..

Pada 25 Oktober sekitar jam 10.00 pagi, kami berpeluang menaiki bas Penang HOHO nih di Hentian 1 iaitu di hadapan Plaza Gurney atau Gurney Drive.. Kita akan nampak papan tanda macam kat bawah nih pada tempat menunggu bas.. Maknanya itulah tempat menunggu bas HOHO..


 
 
 
Apapun jom layan gambar kami sebelum naik bas Penang HOHO..



Berposing dulu ya..

Posing sakan dulu

Info Laluan Penang HOHO Beach Route dan City Route

Bas Penang HOHO ini mempunyai 2 laluan berbeza.. Kita boleh memilih sama ada ingin melalui Beach Route (Laluan Pantai) atau City Route (Laluan Bandar)..

Bas ini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari dengan selang masa 20-30 minit bagi setiap bas.. Penang HOHO nih mempunyai 10 buah bas yang 5 daripadanya akan melalui Beach Route manakala 5 buah lagi akan melalui City Route..

Kalau tak tahu nak pilih yang mana satu, meh tengok pelan Laluan Bas Penang HOHO dan Hentian Penang HOHO nih..

Laluan Penang HOHO



Hentian Penang HOHO
 



Kalau kita nak naik kedua-dua laluan pun boleh.. Sebabnya tiket yang kita beli tuh sah untuk 24 jam (1 hari perjalanan) atau 48 jam (2 hari perjalanan)..


Promosi Tiket Penang HOHO dan Harga Tiket


Sekarang ada PROMOSI TIKET ONLINE RM5.. Ianya layak untuk semua pemegang MYKAD dan perlu mendaftar secara online.. Terhad kepada 200 yang pertama setiap hari.. PERCUMA bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun..
Tawaran ini sah sehingga 30 November 2015 dan mungkin akan dilanjutkan sehingga akhir tahun.. (Penang HOHO TELAH DITUTUP manakala KL HOHO akan ditutup pada 23 November 2015)



Bagi yang membeli tiket melalui promosi online RM5.. Di atas bas nanti, mereka akan minta pengesahan email yang kita daftar di internet.. Jangan lupa cetak dan bawa bersama ya..

Di sini barulah kita bayar RM5 untuk harga tiket tersebut.. Jika tiada, kita terpaksa membayar RM19 (DEWASA) dan RM12 (KANAK-KANAK) untuk perjalanan sehari atau 24 jam..

Kalau ada yang berhajat untuk menaiki bas ini untuk 48 jam atau 2 hari berturut-turut, Eyda sarankan untuk beli tiket RM32 (DEWASA) dan RM20 (KANAK-KANAK)..

Bagi pelancong lain, lain pula harganya.. Boleh semak jadual harga di bawah..



Dah bayar harga tiket anda, apa lagi, nikmatilah pemandangan yang indah sepanjang perjalanan anda..

Tempat duduk, kita boleh pilih ya.. Sama ada nak duduk di bahagian bawah ataupun di tingkat atas.. Di atas pula boleh pilih sama ada nak berada di bawah bumbung atau tanpa bumbung..

Bas ini mempunyai 60 tempat duduk dan 27 orang dapat menikmati tempat duduk tanpa bumbung.. Tertakluk kepada siapa cepat dia dapat..

Kalau nak rasa feel lebih, Eyda sarankan duduk di tempat yang tiada bumbung.. Best duduk di kerusi tanpa bumbung nih sambil menikmati pemandangan dan bergambar di atas bas nih.. Paling best masa di awal pagi, baru laa tak panas duduk kat situ..

Nak tau best ke tak? Meh layan sebahagian gambar-gambar kami masa berada di bahagian atas semasa menaiki bas laluan Beach Route dan City Route..


Penang HOHO (Beach Route)


Laluan Beach Route nih akan membawa kita ke Strait Quay, melalui hadapan hotel-hotel yang berada sepanjang Tanjung Bungah dan Batu Feringghi dan seterusnya sehingga ke Taman Negara, Teluk Bahang..

Kemudian bas ini akan melalui Taman Rama-Rama, ESCAPE, dan ke Taman Rimba Teluk Bahang berhampiran Empangan Teluk Bahang.. Bas akan berhenti seketika dan kemudian akan berpatah balik ke Gurney Drive..


Siap pelancong dari Korea pun berposing sama..

Posing dulu sebelum kita menikmati angin luar..
 
Ceria jer muka semua orang masa nih..


Pemandangan sepanjang Beach Route
kredit Amanina


Akhirnya bas ini akan berhenti bertentangan dengan Hentian 1 tadi (betul-betul bertentangan dengan Plaza Gurney).. Kiranya untuk satu laluan tu kita akan menghabiskan masa sekitar 2 jam.. Itu bagi yang naik sambil melihat pemandangan jer..



Dah selesai laluan pertama iaitu Beach Route

Penang HOHO Stop On Demand

Sebelum terlupa, untuk pengetahuan semua yang akan STOP ON DEMAND..

Bagi yang ingin berhenti di mana-mana lokasi boleh jer tekan loceng macam kita naik bas biasa tu.. Untuk pengetahuan, bas HOHO akan melalui setiap hentian sekitar 20-30 minit.. Jadinya nikmatilah masa anda sepenuhnya di mana-mana lokasi..

Bila kita nak naik bas HOHO balik, di mana-mana hentian tadi.. Kita kena pull the pole sehingga tanda berubah menjadi "Pick Me Up" macam kat gambar di bawah.



Nanti mana-mana bas HOHO yang lalu akan berhenti dan ambil kita di hentian..


Penang HOHO (City Route)


Bagi City Route plak, kita boleh naik di tempat yang sama dengan Beach Route tadi di Gurney Drive (Hentian 1) atau Chowrasta Market (Hentian 9)..

Kalau naik di Gurney Drive, diingatkan kena tengok tanda pada bas sebelum naik ya.. Takut korang tersalah bas plak..

Ada juga bas ada tv macam nih menunjukkan laluan yang akan lalu nanti..


Laluan City Route nih akan membawa kita ke Kebun Bunga, Botanical Garden dan Penang Hill.. Di sini bas akan berhenti sekitar 5-10 minit sebelum ianya meneruskan perjalanan ke Tokong terbesar iaitu Kek Lok Si, Times Square, KOMTAR, Chowrasta, UNESCO Heritage, Little India, Jeti, Padang Kota Lama dan seterusnya kembali Gurney Drive..

Botanical Garden


Bas akan berhenti sekitar 5-10 minit di Bukit Bendera
 
Tokong Kek Lok Si



Melalui KOMTAR
 
Berhampiran Padang Kota Lama

Fort Conwallis

Mahkamah Pulau Pinang
 
 
Lebih kurang 2 jam perjalanan menikmati pemandangan di sekitar bandar di Pulau Pinang sampai laa kami ke Gurney Plaza di tempat kami naik tadi.. Setelah sampai di Gurney Drive, apa lagi rehatkan diri sebentar dan solat Zohor..
 
Memandangkan cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi.. Apa kata masukkan Penang Hop On Hop Off nih dalam perancangan jika anda ke Pulau Pinang nanti.. Jimat duit minyak kenderaan dan disamping dapat menikmati keindahan Pulau Pinang..
 
Malah kalau anda inginkan kelainan dalam Majlis Perkahwinan, anda boleh juga menyewa bas ini untuk majlis istimewa anda itu..  Untuk segala urusan berkaitan boleh hubungi nombor di bawah entri nih..
 
 

Seoul Garden di Plaza Gurney
 
 
Sekitar jam 4.00 petang, pihak Hop On Hop Off sudi menaja kami makan dan minum di Seoul Garden, Plaza Gurney..
 
Muka happy akhirnya dapat makan..

 
 
Sebelum berpisah, gambar bersama team #bloggerutara
 
 
 
Terima kasih Hop On Hop Off
 
Ucapan jutaan terima kasih daripada kami team Blogger Utara kepada pihak Hop On Hop Off kerana sudi menjemput kami berkongsi pengalaman menaiki Penang Hop On Hop Off sambil mempromosikan Penang HOHO dan menaja kami makan petang di Seoul Garden, Gurney Plaza..
 
Cik Munirah daripada HOHO KL yang sudi menjemput kami

Team HOHO KL (baju hitam) HOHO Penang (baju kuning) yang sudi mengiringi
kami sepanjang perjalanan

 
 
Untuk maklumat lanjut
 
Penang Hop-On Hop-Off

Tel : +6 04-899 2713
Fax : +6 04-899 2713
Hot-Line : 1800-88-5546

For inquiry please contact Marketing Department :
Tel : +6 03 92822713
Fax : +6 03 92822716
Email : inquiry@myhoponhopoff.com |
angeline.chen@myhoponhopoff.com
Laman Web Hop On Hop Off
 
 
Jangan lupa singgah ke
 
 
 
INFO TERKINI
 Promosi Tiket Penang HOHO RM5 telah diTUTUP di Penang HOHO dan KL HOHO pula pada 23 November.. Harga tiket kembali ke harga asal..



 


26 comments:

  1. alhamdulilah semua berjalan ngan baik sekali
    mmg seronok habaq hang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. cuaca pun merestui perjalanan kita.. tu laa memang seronok.. rasa macam nak repeat lagi..

      Delete
  2. seronoknya depa..paling teruja semestinya Nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP tak seronok ke? ya teruja Nina ngan Pha Is laa..

      Delete
  3. Wow.... Murah ja pun tiket bas Penang HOHO
    Nak cuba juga

    ReplyDelete
  4. Jom kita p bawa family pulak..tak puas la naik haritu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom murni.. betoi, rasa nak bawak anak2 plak..

      Delete
  5. Banyak lagi rupanya tempat menarik di Penang....terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. kalau datang penang, jangan lupa cuba..

      Delete
  6. Dulu pernah dengar orang kata tiket mahal la...padahal murah saja pun....mesti kena naik....buat kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dulu dengan tak tau macam mana nak naik.. bila dah tau nih, rupanya senang jer.. tiket pun tak mahal mana..

      Delete
  7. Seronoknya jalan-jalan dengan HOHO :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. jom teringin jugak nak naik yg kl nyer..

      Delete
  9. Wah!! Ohsem gila pemandangan sepanjang laluan HOHO nie..

    ReplyDelete
  10. nk repeat lg skali...nk bw ank plak

    ReplyDelete
  11. sakan hampa semua jalan.. hampa tinggal ceq.. ceq nak mrajuk.. sob sob..

    ReplyDelete
  12. ha haha tq tq tq eyda & frens.
    aida akan ke penang and in shaa Allah akan naik kot hoho ni.
    aida pernah naik hoho kl.
    so memang tau la keseronokan nya :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...