TePuNG aJaiB - KeK CoKLaT KeJu

10/13/2015 12:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Seperti yang Eyda janjikan semalam, hari nih Eyda gigihkan diri menyiapkan entry pasal Tepung Ajaib Kek Coklat Keju..

Kek Coklat Keju kali nih anak Eyda yang kecik laa yang buat.. Dia laa yang menyibukkan diri nak buat.. Okey, Eyda hanya memerhati dan bantu apa yang boleh..

Sebelum nak buat Kek Coklat Keju nih, pastikan ada telur 2 biji dan peralatan yang sepatutnya laa..



Pek Kek Coklat Keju

Inilah pek Kek Coklat Keju yang Eyda gunakan untuk menghasilkan Kek Coklat Keju yang mudah dan sedap..


Dalam pek siap ada cara penyediaannya

Mula sekali baca laa dulu cara penyediaannya.. Pastikan jangan salah masukkan bahan pulak ya..

1 Panaskan periuk kukus yang berisi air di bahagian bawah. (Kalau nak bakar, pastikan oven dipanaskan dengan suhu 170 C)

2 Pukul 2 biji telur hingga kembang, memutih dan kental untuk menghasilkan kek yang gebu.



Bahan A dan B dalam pek


3 Masukkan Bahan A, kemudian Bahan B dan gaul sehingga sebati. ( Macam chef Kimie nih, hehehe )




4 Masukkan adunan ke dalam bekas 6" x 6". Kukus selama 35 minit. Pastikan air mendidih dan lapik kain di bawah penutup periuk. (Eyda guna bekas tepawe yang kecil-kecil macam yang orang guna jual kat kedai kek tu. Eyda kukus sekitar 20 minit jer)


Bahan C dalam pek

5 Tambah 60 g air (lebih kurang 1/2 cawan & 3 sudu besar krim UHT / krim putar (jika perlu) ke dalam Bahan C. Kacau hingga larut dan tuang ke atas kek yang telah sejuk.
* Bahan tambahan dalam Bahan C boleh diubahsuai. (Eyda tambah susu UHT ke dalam Bahan C dan Eyda taburkan lebihan coklat rice Kek Coklat ke atas kek)




Inilah hasilnya kek milik Kimie

Ini plak milik Izzat yang tak mau curahan keju di atas keknya..


Zoom sikit hasil kek yang dah dihias dengan cantik nih..
 


Pandangan atas


Pandangan sisi



Apapun kek nih tinggal sorang satu bekas jer lagi.. Punya makan laa bebudak nih.. Malas-malas pun masih boleh buat untuk anak-anak.. Sesuai jugak menjamu kepada tetamu yang datang.. Rasanya tak terlalu manis.. Sesedap rasa jer..


Entri yang berkaitan Tepung Ajaib - Kek Coklat


Bagi yang ingin mendapatkan Tepung Ajaib - Kek Coklat Keju nih boleh
SMS / WHATSAPP Eyda 017-4597615



You Might Also Like

16 comments

  1. mudahkan bila ada satu kotak complete set dia..Senang nak ajar anak2 buat kek sendiri..Tgk negara omputih...selalu ketengahkan anak diaorang dlm memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fida.. itulah suka tengok rancangan chef bebudak nih.. terror diaorang masak macam-macam..

      Delete
  2. Replies
    1. memang ajaib, adunkan semua bahan.. masak dah siap..

      Delete
  3. Wahh terbaik kimie boleh buat kek ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Kimie pun boleh buat.. Ekin pun boleh buat..

      Delete
  4. akak. buatkan please.. ehehe..
    hebat laa hero akak.. nak dia tolong buat.. mesti dia minat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu jugak buat, tapi tukang buat dapat rasa sikit jer.. yang tukang makan dan perabis tu si Izzat dan Kimie laa..

      hahaha tukang sibuk je lebih tu.. bila suruh kita buat, diaorang laa yang kalut nak mix apa bagai..

      Delete
  5. Dah senang kan ada tepung ajaib ni... antara rajin dgn tidak je nak membuat... ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu menyenangkan.. tapi kalau malas, yang senang pun tak boleh buat.. hehehe..

      Delete
  6. Replies
    1. sabar ye, seminggu lagi.. nak esok2 mai ambik..

      Delete
  7. Rasa macam nak order juga tepung kek nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal nak jugak ke? nak jenis yang mana satu?

      Delete
  8. Senang ada tepung kek pre-mix macam ni kan. Memudahkan kerja :) suka tengok Kimie dgn mixer,..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti