October 9, 2015

Suara Menghilang?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jerebu nampaknya semakin baik, kesihatan Eyda plak yang kurang memuaskan..

Sebelum nih Eyda ada laa batuk sedikit masa keadaan jerebu yang meningkat teruk baru nih.. Eyda pun buat tak kisah laa, ingatkan sebab jerebu jer.. Kebetulan plak Eyda minggu nih memang busy dengan kursus dan mesyuarat di luar dan tak banyak masa kat opis..

Semalam sebelum bermula program explorace, Eyda ada rasa badan macam panas sebelah dalam sikit.. Tapi Eyda abaikan saja, sebab rasa macam okey lagi.. Tapi selepas abis handle program explorace, Eyda rasa suara Eyda dah makin menghilang..

Ingatkan tak lama laa sebabnya hari sebelumnya hampir jadi macam nih.. Tapi sangkaan Eyda meleset, sampai ke saat Eyda taip entry nih, suara Eyda masih teruk..

Sampai hari nih Eyda pesan kat kerani yang jaga kaunter yang Eyda tak mau terima sebarang call.. Kalau ada apa-apa, mintak diaorang mesej Eyda jer.. Nanti tak pasal jadi macam itik sembang ngan ayam.. Tak paham apa yang Eyda nak bagitau..

Sekarang pun badan ada rasa macam panas sebelah dalam badan skit.. Tekak pun dah rasa perit dan asyik rasa kering jer.. Eyda nih dah laa jenis banyak mulut, maunya kena banyak diam laa sampai suara kembali pulih.. Huhuhu..




Cara Mengatasi Suara Serak

Makan buah delima
Makan delima dengan serta-merta tetapi jangan lupa untuk mengeluarkan bijinya.

Minum limau nipis dan kicap Mencampurkan jus limau nipis dan kicap dan gaul rata dalam jus limau untuk menyembunyikan rasa yang masam

Memperbanyakkan meminum air putih

 Meminum air putih sebanyak-banyaknya juga boleh dijadikan penyembuhan untuk suara yang serak dan hilang. Anda tidak perlu mencampurkan dengan apa-apa, cuma minum air putih sebanyak-banyaknya.

Elakkan pendedahan kepada habuk

Persekitaran memang berpengaruh besar pada keadaan badan, maka ada baiknya kita menjaga khususnya saluran pernafasan kita agar menghindari persekitaran yang kotor dan berdebu kerana pasti akan membawa penyakit 
 

Berhenti merokok
Jika anda merokok dan kemudian mengalami suara hilang atau serak, anda perlu mula berhenti merokok daripada menjadi semakin parah.

Kurangkan bercakap

Ada baiknya anda berehat dengan mengurangkan bicara anda agar tekak anda dapat pulih dengan cepat. Bercakap dengan bisik-bisik boleh mengurangkan kita untuk bercakap 


Sumber diedit daripada http://tipskesehatanlengkap.com




28 comments:

  1. tak bercakap takpe..boleh sembang juga dalam group whatsapp tanpa guna suara..still boleg bergosip kann?? kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dalam group whatsapp boleh gosip lagi.. gosip dengan menaip jer.. hehehe..

      Delete
  2. jangan lupa amalkan vitamin c 2 biji sehari.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks puan Wawa.. dok amalkan jugak vitamin C setiap hari.. tapi kekadang ada hari lupa..

      Delete
  3. iols ni pulak ngan flu..ngan cought adoiiiii
    sakit tekak ni caner lah
    hope nti naik HOHO dah baik ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, sempat kot sembuh..

      Delete
  4. tips yang bagus..salam kenal firstly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips pun cari kat internet.. salam perkenalan Etuza..

      Delete
  5. Get well soon Kak Eyda ~

    kumur air garam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. mudah-mudahan cepat sembuh.. kumur air garam? nak kena cuba nih..

      Delete
  6. limau dengan kicap???? wow, seriously first time dengar pasal ni. semoga cepat sembuh kak Eyda.

    ReplyDelete
  7. Rasanya kak eyda urusetia paling garang... Buktinya ramai kena jerit sebab tak ikut arahan.. Muahaha ok lariii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yelah tu Arz.. mana ada garang, baik nih sebagai urusetia.. tak caya tanya member yang lain..

      Delete
  8. 2-3 hari lepas sis JM dapat demam selesa, sakit tekak dan batuk...pakej! pastu byk minum air kosong, air asam jawa dan lemon...skrg ni pun badan masih lemau..suara Eyda dah datang balik ke masih 'hilang'

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca sama nih kak JM.. itulah minum jugak air asam jawa, air barli ntah apa air lagi laa.. air kosong ntah berapa liter sehari.. Alhamdulillah suara semakin munculkan diri..

      Delete
    2. Demam selesa tu apa sis JM hahahaha larikkkkk

      Delete
  9. Semoga kak eyda cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  10. testing2 mic check one two three.. dah okay ke sorenya tu..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...