September 18, 2015

Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat





Kuala Lumpur: Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.



Sumber berita whatsapp dan astro awani..


16 comments:

  1. Pasal la imam kena tampar tu ada buat salah ke

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum kak eyda baru bom.sini sory lama tak datang sini

    ReplyDelete
  3. byk gak grup wassap share video pasal ni ptg td.
    viral !

    ReplyDelete
  4. sendu imam tu tetiba kena tampor..

    sebaik dia pun tak melawan...

    ReplyDelete
  5. Aduhai,pelik manusia sekarang ni.tindakan tak relevan sungguh.

    ReplyDelete
  6. Hihihi yang menampar tu dah betul la tak betul. Ni orang betul pun amik kesempatan hempuk balik imam tu. Aduhai doniaa

    ReplyDelete
  7. orang asing tu macam tak betul ja...

    ReplyDelete
  8. Macam2lah ragam manusia sekarang. Waktu solat jumaat pun nak cari pasal.

    ReplyDelete
  9. bila tengok video ni... terus "speechless" .. ada jugak orang mcm tu.. tak disangka2

    ReplyDelete
  10. pastu pulak, berlaku kat masjid Negara - masjid paling glamour kat Malaysia. nasib baik hari tu, tak ade live solat jumaat kat tv1

    ReplyDelete
  11. Mesti ada sebab kenapa kena tampor... Imam tu dah buat apa?

    ReplyDelete
  12. ada dapat berita ni kat whatsapp...katanya org tu x 'sihat' ada makhluk halus yg rasuk entah lah

    ReplyDelete
  13. macam2 hal sekarang..sampaikan dlm masjid pun ada makluk halus berjaya masuk kan..

    ReplyDelete
  14. kesian imam.. ada juga manusia perangai pelik2

    ReplyDelete
  15. tengok juga video imam ni kna tampar..xtahu la apa motif org tu sebenarnya..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...