September 13, 2015

Hari Ini Dalam Sejarah - Tragedi Feri Karam di Sungai Kerian


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih, Eyda ingin mengimbau kejadian yang menggemparkan negara 43 tahun yang lalu iaitu 13 September 1972..

Walaupun Eyda masa tuh belum ada di dunia nih, tapi bila membacanya kejadian ini amat menyayatkan hati..



Jom kita baca kisahnya..


Dahulu Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 43 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Feri ini perlu menyeberang Sungai Kerian sejauh hampir 100 meter dengan 20 minit perjalanan.

Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja perkhidmatan atau laluan yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar.

Semasa peristiwa itu berlaku sekitar jam 7 pagi, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus.

Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras.




Pada ketika itu, mendiang S Annamalai iaitu pemandu feri tersebut telah bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa.. Beliau telah terkorban akibat terlalu penat menyelamatkan 7 orang pelajar..

Walau bagaimana pun kejadian ini telah mengorbankan 27 orang termasuk 25 pelajar.. 17 daripada pelajar itu merupakan pelajar Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian.

Kejadian ini menyebabkankan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta merta. Ianya digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya..



Sumber disunting dari themalaysiainsider.com dan harian metro Ahad (13 September 2015)..



38 comments:

  1. saya pun orang kedah tapi macam tak pernah tahu sejarah ni. apapun entri sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni betul..sungai tu pun sekarang dah cantik dah..cuma tak boleh mandi

      Delete
    2. tak ramai yang tahu cerita nih.. Eyda pun baru tahu dalam sebulan dua yang lepas citer nih..

      Delete
  2. okay tambah ilmu baru. tak pernah dengar lak pasal kisah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau tak ada pendedahan macam nih.. ianya akan hilang di dalam lipatan sejarah..

      Delete
  3. moga mereka tenang di sana ..

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. in shaa Allah nanti Eyda singgah ya..

      Delete
  4. knpa tasha tak pernah tau pasal ni... info yang bagus ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai yang tahu.. pada yang membesar di zaman tu ja yang tahu..

      Delete
  5. Kalau musim hujan sungai kerian tu airnya deras juga... tengok pun menakutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zumal, tengok airnya yang deras pun menakutkan..

      Delete
  6. ooo, ada cerita feri tu.. thanks info

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada QA.. ni pun sebab baca kat paper yang buat jugak citer nih.. kalau tak ianya akan dilupakan begitu saja..

      Delete
  7. hr tu tbaca kisah ni kt fb....sjarah yg jrg org ambik tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zai.. kalau kita nak citer kat mana2 ianya akan hilang macam tu ja..

      Delete
  8. Replies
    1. sama laa baru tau beberapa bulan yang lepas..

      Delete
  9. a great sharing ni, eyda.
    tak byk org tau.
    wajib kita ambil tahu dan sebar kan, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Aida.. manalah tahu ianya membantu pada yang ingin tahu mengenainya..

      Delete
  10. Replies
    1. Eyda plak kena terbalikkan nombor tuh.. itulah umur Eyda sekarang..

      Delete
  11. sejak peristiwa itulah di gantinya jabatan eh...baru tahu sejarah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM, JAMBATAN tau bukan JABATAN, dah lain maknanya.. yup, itulah asal usul jambatan yang ada kini..

      Delete
    2. hadoii lah..ni terkena penyakit Typo dari Ekin lah ni ahahaha..Ekin lak yg kena eh

      Delete
    3. Dipersalahkan kat ekin pulak sis patut tersendak aritu rupanya sis sebutvnama ekin

      Delete
  12. kebetulan sangat..Kampun fidah ni..
    masa tu mama Fidah kecik lagi..hampir2 gak nak naik feri tu...Sungai kerian tu memang banyak sejarah hitam tau...Nanti Fidah story dalam blog yer

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tahu pulak pasal sejarah ni..semoga semua mangsa tenang disana..

    ReplyDelete
  14. sya nak kaji mengenai peristiwa ini... boleh saya dpt ape2 sumber sej seperti sumber lisan yang boleh sy interview??

    ReplyDelete
    Replies
    1. contact shanjey kumar perumal in fb. he is the director on Jagat film that release in cinema now. Grand son of S Annamalai. He did a documentari on this incident. Watch the day the river ran red in youtube.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...