August 18, 2015

FaLSaFaH BuaH-BuaHaN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Menarik pulak bila Eyda baca mesej WhatsApp nih.. Cerita mengenai falsafah buah-buahan..

Semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripada falsafah nih..


Falsafah Buah-buahan
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man



Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

Jadilah POKOK PISANG
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.

Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA : Don't Judge a Book by The Cover. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.

Jadilah UBI KAYU
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.

Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.

Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya.
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

Jadilah seperti MANGGIS
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Sumber daripada WhatsApp



15 comments:

  1. Assalam eyda,
    haaaaaaaaa
    macam2 buah nak kena jadi ni he3

    ReplyDelete
  2. Tersirat betul falsafah buah ni

    ReplyDelete
  3. hehehe..bestnya baca ni...pernah dengar yg kelapa, dengna manggis je..pandai yg cipta ayat gini

    ReplyDelete
  4. Org dlu2 memang pandai berfalsafah..

    ReplyDelete
  5. kite nie mentimun... awak tu durian.. badan kite mudah tercucuk duri... tapi... bila durian dah jadi tempoyak... Awek kaw mentimun akan lenyek2! boleh? kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih ini namanya falsafah amek kaww doyan!

      Delete
  6. Replies
    1. Ohhhh supaya bila dah jadi tempoyak, dalam mangkuk bertemu jua dgn potongan mentimun ye :)

      Delete
    2. kih kih kih..Cikgu Cekted mmg BIJAK!

      Delete
  7. Wah pandai sungguh depa bandingkan buah dgn sikap manusia...good sharing

    ReplyDelete
  8. Sukalah baca. Daripada buah-buahan pun, banyak perkara berharga yg kita boleh pelajari :)

    ReplyDelete
  9. betul jugak falsafah tu..hehehe..

    ReplyDelete
  10. Buah ibarat wanita pun ada kak eyda kat blog ekin entri lama

    ReplyDelete
  11. Wow..perkongsian yang menarik..setiap kejadian itu ada maknanya..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...