August 10, 2015

Cubaan Bunuh Diri Dari Tingkap Tandas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Macam-macam kejadian semenjak dua menjak nih kan.. Kalau ikutkan semalam Eyda dah tau pasal berita nih.. Tapi hari nih Eyda just kongsikan berita daripada akhbar Harian Metro sajalah..


Cubaan Terjun Tingkap Tandas
             
oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

 
Alor Setar: Cubaan seorang wanita membunuh diri dengan terjun dari tingkap tandas di tingkat tujuh bangunan Wisma Persekutuan, gagal apabila dia dipujuk pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, wanita berusia 30-an itu dikatakan masuk ke bangunan itu seorang diri menaiki lif sebelum keluar di tingkat tujuh menuju ke tandas.

Wanita itu kemudian memanjat tingkap tandas untuk keluar dan cuba terjun namun disedari kakitangan bangunan terbabit yang menghalang perbuatannya.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah tiba di lokasi itu dan memujuk mangsa yang ketika itu dalam keadaan murung serta mendiamkan diri.

Komander Operasi BBP Alor Setar Pegawai Bomba II Abdul Hadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.27 pagi berhubung seorang wanita yang cuba membunuh diri untuk terjun dari tingkat atas bangunan itu.


Wanita yang cuba terjun daripada Wisma Persekutuan Alor Setar


Bila kita hilang pertimbangan diri, macam-macam boleh berlaku kan.. Apapun kita sebagai manusia terutamanya beragama Islam kena redha dengan apa yang berlaku.. Semoga kita diberikan keimanan yang tinggi untuk mengharungi apa jua ujian di dalam hidup kita.. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..



21 comments:

  1. dugaan hidup..... bila tak dapat control.. mcm2 boleh jd

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh.. kena plak terkejut dengan berita yang kurang baik lagi laa..

      Delete
  2. Replies
    1. Waalaikumsalam Sha..
      Itulah Eyda pun terkejut jugak masa dengar tuh..

      Delete
  3. Tekanan perasaan ...then syaitan pun menghasut..tindakan di luar sedar ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tuh SA.. bila syaitan dah menghasut, macam2 boleh jadi..

      Delete
  4. Dunia sekarang macam2 jadi..sabor jer laa..kuatkan iman didada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, yang penting iman kena kuat..

      Delete
  5. tekanan sbnrnya.. kena de kawan atau org bg smgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dia memang tertekan.. kena plak dia berseorangan.. jadinya dia memang boleh hilang akal untuk buat apa yang betul atau salah..

      Delete
  6. adesss... macam2 dunia skrg... bak kata mak enon... donia donia... donia dah giler agaknye... he he he...

    ReplyDelete
  7. kasihan...tekanan perasaan beginilah jadinya..aduss

    ReplyDelete
  8. tekanan perasaan terlampau blh jdi mcm2

    ReplyDelete
  9. Mujurlah sempat diselamatkan. Kalau tidak mati sia-sia je...

    ReplyDelete
  10. Adoi emo sangat. Terjun katil jadi laa...

    ReplyDelete
  11. kalau islam, kena istighfar bebyk...
    even agama lain pun, ada cara yg lebih baik...
    aper la diorang ni :( menakutkan!

    ReplyDelete
  12. Macam2 hal skrg nie.. bila hilang pertimbangan jalan singkat juga yg dipilih..

    ReplyDelete
  13. Masyaallah...ni mesti kes hilang pertimbangan kan..Masalah family,Duit pun bopleh buat kita hilang akal dah...Sebab tu la kita disarankan bila ada masalah ..segeralah ambik wuduk..

    ReplyDelete
  14. kdg2 bila kurang ilmu agama...hilang ptimbangan ckit cmni la jdnya....moga kuarga kita di rahmati-Nya selalu

    ReplyDelete
  15. Nasib baik dapat pujuk dia...bila hilang pertimbangan kekadang akal fikiran pun xdpt nak bantu.,..

    ReplyDelete
  16. dah kenapa.. Ya Allah.. lindungilah kami semua..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...