July 14, 2015

JaDuaL DaN TaMBaNG ETS KL SeNtRaL - PaDaNG BeSaR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lanjutan daripada adanya perkhidmatan ETS yang menyambungkan antara KL Sentral ke Padang Besar sepertimana entry di SINI.. Di sini Eyda nak sertakan jadual dan juga tambang yang dikenakan untuk setiap destinasi..

Jadi bolehlah ianya dijadikan rujukan dan panduan untuk sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ETS nih..


ETS


Perkhidmatan Tren ETS Ekspress KL Sentral - Padang Besar

Perkhidmatan ini bermula pada 11 Julai 2015 dan hanya berhenti di 15 hentian bermula daripada KL Sentral - Padang Besar.





Perkhidmatan Tren ETS Transit Ipoh - Butterworth - Padang Besar dan sebaliknya

Perkhidmatan ini telah bermula pada 10 Julai 2015. Perkhidmatan transit ini akan berhenti di kesemua 24 stesen daripada Ipoh ke Padang Besar. 10 stesen hentian baharu turut diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.









Permulaan ini, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.

Para penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula pada hari ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang KTM Berhad di http://www.ktmb.com.my atau Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862


Sumber : KTMB ETS Service



35 comments:

  1. Replies
    1. nani kalau buat gathering ke boleh laa naik ETS tu Zumal..

      Delete
    2. Boleh juga... Cepat la sampai...

      Delete
    3. menarik...dah ada ETS leh pegi rumah Zumal beraya hihih

      Delete
    4. hehehe boleh laa jumpa kak JM..

      Delete
  2. Replies
    1. tu laa nampak best sangat, teruja plak nak naik kan..

      Delete
  3. alhamdulillah :) moga KTMB semakin cepat improve banyak2. bilangan trip & paling penting, ketepatan masa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.. apapun tak sabar laa nak cuba perkhidmatan baru nih..

      Delete
    2. baguslah ada peningkatan.. kita bukan x mau maju tapi
      kena upgrade sikit2.. tngk kesesuaian..

      Delete
  4. Abah dah belikan tiket untuk adik..

    huntung budak tu dapat merasa naik awal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. soh adik snap gambar lekaih.. cakap kat adik nnt kakak nak review =D

      Delete
  5. Kelantan xleh naik xde laluan huhuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan Ekin, in shaa Allah mungkin ada laa nanti..

      Delete
    2. kalau la Kelantan ada nak try gak naik ni hihihihi

      Delete
  6. ishh..nak ke Ipoh dan JJCM di Penang, nak shopping di Padang Besar x perlu lagi nak KTM yg bunyi bising dan berjam-jam lamanya tu....ohh...menarik nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaaha haaa dah x ada alasan xmo mai Penang.. cepat2 plan trip makan2 di penang..
      i menanti dengan penuh hati terbuka ni..

      Delete
    2. kak JM nak mai kot Penang roger-roger laa kami..

      Delete
  7. menarik-menarik...lepas raya nk rangka perjalanan jalan-jalan dalam msia lak heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu boleh laa share pengalaman naik ETS nih..

      Delete
  8. woaaah bagus ni Kak Eyda.. kalau nanti nak cilok info boleh ? hehehe..
    so kalau kita nak naik dari Butterworth - KL means kena tukar train di Ipoh la eh ?
    tak ada direct kan Butterworth - KL.. alamak tukar2 ni malas.. elok tido dah smpai Ipoh kang terlajak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh CT,info ni pun untuk semua orang..ada CT, ETS direct ke KL Sentral..tengok jadual KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral..cuma dia hanya akan stop di 15 stesen jer..

      Delete
  9. Nice sharing.. Sha pernah naik ETS nie dari Ipoh ke Tanjung Malim.. Bawa anak2 jalan.. Lepas nie boleh naik untuk jalan jauh pula lah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sesangat tu Sha.. dah ada kemudahan nih boleh laa cuba..

      Delete
  10. raya haji ni nak balik kampung belah utaqa pulak..so nak try naik ETS ni pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli awal, takut tiket abis plak..

      Delete
  11. Assalam eyda,
    alahaaaaaaaaiiiii
    teringinyaaaaaaaa nak naek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. jom kita naik beramai-ramai..

      Delete
  12. SS belum sampai Perlis...Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka, jemput laa ke Perlis.. boleh tunggu SS kat stesen yang berdekatan dengan umah.. hehehe..

      Delete
  13. Good reference... Nanti nak pegi perlis SS terjah sini lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer.. Eyda pun simpan sebab mudah nak buat rujukan nanti..

      Delete
  14. wow! terbaik...
    mempermudahkan perjalanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Aida.. boleh jugak kita bertukar angin naik ETS plak..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...