May 18, 2015

Novel Dia.. Isteri Luar Biasa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Nak citer aktiviti hujung minggu Eyda baru nih.. Hahaha tetiba jer jadi ulat buku Eyda nih..

Eyda berkesempatan membaca novel DIA..Isteri Luar Biasa.. Siap abis satu novel Eyda baca.. Thanks kat adik sebab dia pinjam novel nih daripada perpustakaan.. Dapat jugak Eyda menumpang baca.. Cewahh, tak mau ketinggalan..

Ada sesiapa nak berkenalan dengan penulis novel nih? Penulis novel nih namanya Umie Nadzimah, kalau nak berkenalan boleh laa berkunjung ke blognya ya..



Novel DIA..Isteri Luar Biasa

Sinopsisnya..


Hasil pembacaan Eyda, cerita nih agak menarik.. Ia menceritakan tentang Dewi Yusra yang anti lelaki disebabkan kisah silamnya.. Sikap ayahnya membuatkan Dewi Yusra anti lelaki.. Baginya semua lelaki sama sahaja.. 

Memandangkan Dewi Yusra mewarisi perniagaan Cik NAB atau Restoran Nasi Ayam Bonda, makanya dia memerlukan zuriat daripada darah daging sendiri untuk mewarisi perniagaan nih.. Itu antara wasiat ibu Dewi Yusra sendiri..

Pelbagai cara Dewi Yusra lakukan untuk mendapatkan "Suami Sementara" bagi merealisasikan impian Dewi Yusra.. Akhirnya Dewi Yusra telah terpaut hati dengan Raden Amzar iaitu lelaki edisi terhad yang memenuhi citarasanya.. Adakah Dewi Yusra dapat memiliki Raden Amzar?


Mesti ramai yang boleh agak kesudahan cerita nih.. Eyda pun tak sabar nak tunggu dramanya malam nih, nak tengok adakah sama atau banyak perubahan drama nih berbanding novelnya..

Apapun bagi Eyda memang menarik cerita nih.. Bayangkan Eyda boleh habiskan dalam beberapa hari jer.. Hehehe memang tekun laa bila dapat mengadap novel nih.. Dah lama tak layan novel..



27 comments:

  1. makin merepek2 betul cete melayu skrg..mcm org dh xde agama dh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kekadang tuh merepek2 ceritanya.. tapi ada satu sudut ada terjadi kisah tuh di alam realiti.. antara kita tahu atau tidak jer..

      Delete
  2. Klu x silap,die kawen ngan raden tu pun sbb nak anak je kan..
    mcm²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul diaorang kawin.. tapi lepas tuh Dewi nak berpisah sebab dah dapat apa yang diimpikan.. masa nak berpisah tuh pelbagai perkara yang terjadi antara mereka..

      Delete
  3. Mcm best gak tu teringin nak tngok mlm ni tapi xtaw leh ke tak... tv duk dgn MIL huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIL layan gak akak hihihi... selalu time baru masak utk mkn mlm... masak awal sblm.pukul 7 hahaahaaa... gara cerita ni la hero ekin minat la pulqk...

      Delete
    2. dapat jugak Ekin layan drama nih..

      Delete
  4. mcm best..nk pjm leh x... nk taw kisah ending dia dulu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun adik pinjam dari perpustakaan jer.. dah hantar dah pun..

      Delete
  5. Semalam sempat tengok episod pertama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Episod pertama pun dah nampak macam best. Boleh terus follow sampai hujung episod ni :)

      Delete
    2. ya cerita sama macam dalam novel.. semalam jer terlepas,sebab tak ada elektrik.. :(

      Delete
  6. Baru ingat, Sha pun ada novel ni bila tengok cover depan dia. Patutlah lupa, tahun lepas lagi baca, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh khatam balik laa citer nih.. hehehe..

      Delete
  7. Tak sempat nka tgk drama ni semalam..promo macam best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa baru start jer cerita nih.. :)

      Delete
  8. starting dia pun dah best..tak bosan..banyak mempertahankan hak wanita...hero dia lagi best..
    Tak slow drama ni..tegas sikit...mungkin ramai anggap heroin tak sesuai sebab tak pakai tudung tak kena dgn tajuk...tapi mesti ada sebabnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dalam novel pun dia berambut karat macam tu.. cuma hati dia baik, mempertahankan hak wanita dan tidak berdendam pada wanita lain walaupun pernah buat jahat padanya..

      Delete
  9. Novel? alamak!!! mmg x ada masa nk baca huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugak nih tak baca novel.. lastly baca tahun 2001.. dah berbelas tahun tak baca novel..

      Delete
    2. Sama laa kite... Ada masa baca blog je.. ha ha ha...

      Delete
    3. betul baca blog kengkawan sambil balas komen.. hehehe..

      Delete
  10. memang best walaupun dh masuk episod 5.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan best kan citer nih.. tak sabar nak tengok sambungannya..

      Delete
  11. Nampaknya... Novel atau drama melayu skrg ni... Semuanya tentang isteri bla bla bla... Suami bla bla bla.. Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS buat laa novel atau skrip drama pasal travel.. mesti lain dari yang lain..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...