April 10, 2015

KaPaL TeRBaNG GuNa BaHaN TeRPaKai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita.. Hari nih dah Jumaat, esok ngan lusa cuti.. Yahoo, bestnya cuti.. Tapi adakah dapat berehat secukupnya? Selalunya tak cukup, tapi boleh laa nak lelap mata seketika..

Sebelum nih Eyda kongsi lukisan Kimie kan.. Hari nih Eyda nak kongsi kapal terbang ciptaan Kimie.. Bahan terpakai yang dia guna adalah botol air mineral dan kad jemputan kahwin yang lama..

Nak tengok ke rupa kapal terbangnya.. Sori laa sayap dan ekor kapal terbang sedikit terpenyet kerana terhempap dengan beg yang berat.. Kat depannya dah tercabut kertas yang lekat.. Huhuhu..


Kapal terbang yang sedikit rosak..


Apapun masih ada laa rupa kapal terbang ciptaan Kimie.. Kapal terbang nih dia buat hari Ahad yang lepas.. Cuma kertas hiasan kat badan kapal terbang tuh jer yang beli.. Yang lain guna apa yang ada..

Botol dia guna sebagai asas kapal terbang dan kad jemputan kawin yang lama dia alas pada sayap kapal terbang agar sayap tuh kelihatan keras..

Banyak sungguh hiasan kapal terbang nih.. Itulah imaginasi kanak-kanak umur 8 tahun.. Eyda sebagai ibu, layankan jer apa yang Kimie suka..





36 comments:

  1. Mana satu depan mana satu belakang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depan yang ada tudung biru tuh.. ekor belakang kecik dan terpenyet, tuh tak berapa perasan sangat rupanya.. hehehe..

      Delete
    2. kalu depan tudung biru.. nape sayap terbalik???

      Delete
    3. Eyda...penutup tu sepatutnya depan...kalau penutup tu belakang...kapal terbang alaf baru nih...sayap terbalik bak kat SS aahahah

      Delete
    4. hahaha Kimie yang tampal sendiri sayap tuh.. jadinya engineer kapal terbang dah tersilap pasang la tuh.. hehehe..

      Delete
  2. Cantik n kreatif..colourful gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kertas hiasan yang beli tuh dia guna.. tuh yang colourful..

      Delete
  3. Kreatif..
    Dah macam kapal selam pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh menyelam dalam air laa nampaknya..

      Delete
  4. haha comel betul, kreatif la budak zaman sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dinamakan kanak-kanak zaman moden.. hehehe..

      Delete
  5. haha comel betul, kreatif la budak zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. thanks Khai Rin..budak2 sekarang kena kreatif..

      Delete
  7. Baguslah kak kalau dari kecil dah kreatif.

    ReplyDelete
  8. wow. impressive . kecil2 lagi dah kreatif mcm ni. sy masa 8 tahun pandai buat penanda buku dan sepahan rumah je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka Mialia.. itulah zaman sekarang kan macam2 diaorang kena belajar.. sesekali kreatifkan diri apa salahnya..

      Delete
  9. Rajin si Kimie buat aktiviti seni. Colourful kapal terbangnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kena dia belajar dari blog kak Farrah laa buat kerja seni nih.. baru lagi kreatif.. hehehe..

      Delete
  10. kapal terbang ke...mula2 ingat ROKET! heheehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapal terbang.. tuh pun dia nak buat ROKET.. kalau terbalikkan kapal terbang tuh boleh jadi burung tau.. sayap kapal terbang bertukar menjadi sayap burung.. hehehe..

      Delete
  11. kasi dia explore.. dari situ en parents selalu boleh nampak apa minat anak2 kan..
    bagus Kimi.. cipta lagi macam2.. jimat mama xyah beli mainan ahaaaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh laa dah dia nak buat, bagi jer... tapi mainan tetap kena beli jugak.. huhuhu..

      Delete
  12. Cantik dan kreatif..sel2 otak sedang berhubung.. ;D

    ReplyDelete
  13. Wah, sangat kreatif... Insha Allah Kimie akan jadi seorang yang berguna untuk Malaysia satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. mudah-mudahan dimakbulkan..

      Delete
  14. pandai kimie kan...
    semua ni akk simpan la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nih akak ada simpan, ada yang tak pasti kat mana letaknya..itulah, kekadang kita tak jangka apa yang diaorang nak buat dan cipta..

      Delete
  15. Kreatifnya kimie ni... mcm2 dia boleh buat berminat ke arah kemahiran

    ReplyDelete
  16. kreatif kimie..
    Pandai berimaginasi kimie nie..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...