March 30, 2015

ReSePi ToMYaM KaKi aYaM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin buat semua.. Mesti ada yang tak berapa ada mood hari nih.. Biasa laa hari pertama mula kerja..

Ermm minggu lepas Eyda banyak berkongsi resepi apa bagai kan.. Hari nih pun Eyda nak sambung lagi.. Nih laa menu yang menaikkan selera Eyda di hari minggu baru nih..

Bukan Eyda jer yang berselera.. Abis sekeluarga berselera makan.. Sampai ada sesi ratah meratah lagi.. Itu tak kira bab ulang makan apa bagai.. Hehehe..

Korang tengok gambar pun dah tau kan apa menunya.. Apa lagi kalau bukan Tom Yam.. Ini menu tomyam kaki ayam ya.. Eyda tau ada kat sini mungkin tak suka makan kaki ayam nih, boleh jer tukar dengan bahan yang lain.. Eyda guna kaki ayam sebab anak-anak dan husband suka..


Tom Yam Kaki Ayam


Bahan-bahan

* 1 kg kaki ayam

* 2 peket perencah tomyam

* 2 kiub tomyam

* 2 biji tomato bersaiz besar (boleh tambah jika suka)

* 1 peket jagung muda

* 2 biji lobak merah

* 1/4 bunga kobis

* 3 batang serai

* 5 helai daun limau purut

* 1 biji bawang besar (dipotong 4)

* 5 biji cili padi (diketuk)

* Garam secukup rasa


Cara-caranya

# Buangkan bahagian kuku ayam dan bersihkan. Kemudian rebus kaki ayam tersebut ke dalam periuk sehingga mendidih untuk memudahkan membuang lebihan kulit yang berwarna kuning dan mengurangkan lemak pada kaki ayam tersebut.

* Masukkan kaki ayam yang telah dibersihkan sepenuhnya ke dalam periuk.. Eyda guna periuk nasi elektrik.

* Masukkan air sehingga menenggelamkan kaki ayam tersebut. Masukkan perencah tomyam, kiub tomyam, serai, daun limau purut dan tomato.

* Biarkan sehingga mendidih atau kaki ayam lembut.

* Baru masukkan bawang besar, cili padi, jagung muda, lobak merah, bunga kobis.

*  Biarkan seketika. Kemudian boleh angkat untuk dihidangkan.

* Selamat mencuba!


# Boleh tambah sayuran yang lain seperti kobis. Eyda letak yang menjadi pilihan keluarga dan Eyda boleh makan sahaja.


Untuk menu ni jer, memang bertambah-tambah laa diaorang makan.. Lastly, makan tomyam nih bersama dengan megi.. Huhuhu memang terbaik laaa..




 


34 comments:

  1. Replies
    1. sedap.. sesekali makan memang layan.. hehehe..

      Delete
  2. sedap nyer....
    saya memang suka kaki ayam.... nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kaki ayam nih fariza.. nyum3 gitu..

      Delete
  3. erm, telan liur wana tengok tau..fav tu kaki ayam..kalau ada masa, nak juga buat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat laa wana.. sesekali makan best tau..

      Delete
  4. Wah selalu buat sup je kan kaki ni. Sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya selalu orang buat sup.. tapi Eyda buat tomyam.. hehehe..

      Delete
  5. Incik hubby memang suka kaki ayam, anak-anak pun mengikut, mama jer baru blaja...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas nih boleh laa tambah menu tomyam ayam nih dalam masakan..

      Delete
  6. Korean suka makan kaki ayam sebab katanya ada banyak kolagen:)
    Sha suka makan kaki ayam jugak, tapi bukan sebab kolagen, sebab memang suka makan. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka ada banyak kolagen.. baru tau hari nih.. tu laa suka makan.. kena yang lembut2 isinya tuh, lagi best..

      Delete
    2. apa? byk collagen...x leh jadi ni...haruslah pegi carik

      Delete
  7. Tom yam kaki ayam? Sedapppppnya! Ni makan dengan nasi, laga ngan sambal belacan. Fuhhhh!

    ReplyDelete
  8. peberet saya ni. bab nak siang dan bersihkan kaki ayam ni lemah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda pun dulu rasa leceh.. bila tau macam mana nak mudah buang kulit warna kuning kat kaki ayam tuh, Eyda rasa mudah keja nak bersihkan kaki ayam tu..

      Delete
    2. macamana eyda nak mudah buang kulit kaki ayam tu, ceer share sikit

      Delete
  9. Makan tomyam tu mmg suke..
    Tapi, bile masuk kaki ayam...ermmmm ambo x suko :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak semua suka kaki ayam.. apapun tomyam memang terbaik laa..

      Delete
    2. Kk shikin sama kita pun xsuka kaki ayam

      Delete
  10. X reti makan kaki ayam... Tapi tom yam tu huhhhh! Nampak sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lembut.. tak payah susah nak gigit.. senang jer nak makan..

      Delete
  11. x leh makan kaki ayam...nanti asyik nak mancakor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh tak kan sampai mencakar kak JM?

      Delete
    2. Jari Manis tukar jdi jari hantu hihihij

      Delete
  12. emmm...cedapnya.. nanti nak buat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat laa kak tijah.. time cuti hujung minggu ke, syok jugak makan menu sebegini..

      Delete
  13. ohh my sedapnye kaki ayam..
    kalau buat su ppon sedap ni..
    tapi kalau buat tomyam kompom tersedak2 ayu makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ya ka.. tu laa orang biasa buat menu sup kaki ayam jer.. akak cuba buat kelainan dengan ubah ke tomyam.. anak2 suka makan tomyam ngan kaki ayam.. jadi laa menu tomyam kaki ayam nih..

      Delete
  14. dulu tak reti makan.. tp sejak masuk asrama.. makan xleh memilih. kekadang makcik dewan makan kasi sup termasuk kaki ayam aduh hilang selera. bukan mak x penah masak pun tp x pernah makan.. pastu kawan2 ejek la ngadalah apalah.. try makan tp mmg serious nak muntah memula.. lama2 baru boleh terima.. tak adalah teruk pun ahahaha drama kan ? skarang daaaaaa okay.. tak ngade2 da..lalalalala..

    ReplyDelete
  15. Kaki ayam kurang sikit... tomyam febret ekin tapi abe kurang tomyam ni...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...