March 8, 2015

ReSePi SaMBaL JeRiNG iKaN BiLiS


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa suka makan jering tak kat sini? Eyda nih nak kata suka sangat tuh tak laa. Tapi dalam kategori makan jugak jering nih kalau ada.. Kalau tak ada memang tak mencari laa..

Okey, baru nih ada kawan Eyda bagi jering, Eyda pun punya memikir nak masak apa dengan jering nih.. Yelah sepanjang Eyda kawin tak pernah masak jering nih.. Kalau petai tuh dah banyak kali laa..

Setelah digodek mencari resepi di internet.. Makanya inilah hasilnya menu yang berasaskan jering.. Ini merupakan kali kedua Eyda mencuba resepi nih, alhamdulillah hasilnya tidak menghampakan..




Bahan-bahan

2 ulas bawang putih -dipotong halus

1 biji bawang merah atau bawang besar -dipotong halus (Eyda guna bawang besar jer)

Beberapa biji jering - dipotong nipis

Segenggam ikan bilis (sesuaikan dengan jering yang akan dimasak)

5 Sudu cili giling - ikut kepada kepedasan yang diingini

Secubit garam atau sesedap rasa

2 1/2 sudu gula

Air (ikut pada kesukaan masing-masing)

Sedikit minyak untuk menggoreng dan masak


Cara-caranya

* Jering digoreng sehingga separuh masak dan diketepikan

* Ikan bilis digoreng sehingga garing dan diketepikan

* Tumiskan bawang besar dan bawang putih

* Bila dah naik bau, masukkan cili giling sehingga pecah minyak

* Masukkan gula, garam, dan air.. Biarkan mendidih..

* Masukkan kering dan ikan bilis..Biarkan seketika, boleh angkat dan hidangkan..

* Sedia untuk dimakan..




13 comments:

  1. Sedapnye. Ni feberet mak Sha kat rumah jugak :)

    ReplyDelete
  2. sambal jering? x pernah buat lagi sebelum ni... maybe ley try one day ^^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sambal ikan bilis ngan kentang aaaa sedapnyaaa =D

      Delete
  4. sikit je tu..cukup ke..baru ingat nk minta sikit

    ReplyDelete
  5. wah, sedap ni..x penah makan sambal jering selalu makan yang rebus ja

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan jering la kak eyda..kalau petai tu biasalah..banyak beza ke eyh?

    ReplyDelete
  7. dulu masa arwah atuk ada rajin la dia bawak balik jering..
    lenyek sampai nipis then goreng jadi kerepek.. tapi CT tak minat sangat..
    rasa weird tapi bolehla nak makan tu ehehe..

    ReplyDelete
  8. Macam senang jer..selalu makan sambal petai dengan udang/ikan bilis.Tak pernah try lgi dengan jering..Mesti suami suka ..hehehe
    Thanks eyda sebab bagi resepi ni..

    ReplyDelete
  9. Sambal ikan bilis febret tapi terpaksa berkorban dulu stop mkn sbb resdung alahan pada ikan bilis

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaaaa! Akak memang suka sambal jering. Tapi jarang dapat makan.

    ReplyDelete
  11. sambal ikan bilis petai sedap la
    tapi petai ke jering ke adik beradik dia mmg yu xpandai nak makan

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...