March 10, 2015

BanYaKnYa HaLaNGaN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Korang pernah mengalami pelbagai halangan dalam melakukan sesuatu.. Eyda yakin mesti ada kan..




Eyda sebenarnya nak story mory al kisah yang terjadi petang semalam.. Eyda ada janji dengan seseorang untuk mengambil barang.. Dalam perjalanan ke sana, tetiba tayar kereta Eyda pancit gara-gara terlanggar sesuatu di lebuhraya..




Maka bermulalah episod pelbagai halangan pada diri Eyda.. Eyda call husband bagitau apa yang jadi.. Mulanya husband nak datang, lastly tak dapat datang sebab kereta husband plak buat hal time tuh..

Husband mintak tolong kawannya yang berada berhampiran, okey Eyda terpaksa menunggu sebabnya kawan husband terperangkap dalam kesesakan jalan raya..

Okey setelah menunggu beberapa lama, insan yang dimaksudkan sampai ke lokasi kejadian.. Apa lagi usaha menukar tayar dimulakan.. Bila ambil spanar nak longgarkan nat tayar, spanar plak tak sama saiz dengan spanar yang member husband bawak..

Bayangkan dalam kereta Eyda masa tuh hanya ada tayar spare.. Spanar yang ada tak sama saiz dan jek keta plak tak ada.. Abis tuh macam mana nak tukar tayar?

Adoi, usaha untuk menukar tayar tertangguh lagi.. Lastly call PLUS laa.. Tapi Eyda terpaksa menunggu kerana masa tuh diaorang dalam pertukaran syif.. Okey setelah lama menunggu, PLUS Ronda yang dimaksudkan pun sampai..

Lega hati Eyda sekali lagi sebab dapat meneruskan perjalanan yang dirancangkan.. Sekali lagi jek kereta plak diaorang tak ada.. Terpaksa tunggu diaorang ambik dari opis PLUS yang berhampiran..

Dalam masa PLUS Ronda mengambil jek kereta, handphone Eyda plak abis bateri.. Bayangkan pelbagai halangan untuk Eyda ambik barang semalam..

Bila bermacam-macam halangan berlaku, Eyda memang rasa tak sedap hati nak meneruskan perjalanan yang dirancangkan.. Yelah, manalah nak tau kalau Eyda teruskan jugak ada sesuatu yang lebih teruk akan berlaku kan..

Akhirnya memang Eyda batalkan hasrat mengambil barang tersebut.. Hari nih baru Eyda rancang nak pergi semula ambik barang yang dijanjikan.. Harap hari nih tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku..



Sumber gambar dari mr.google..



28 comments:

  1. Nasib baik tak jadi apa2 yang sangat teruk kan..semoga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, nasib tak jadi apa2.. risau jugak semalam..

      Delete
  2. moga2 kalini tak adalah apa yang berlaku. saya pernah kena juga macam ni.. dua tayar pecah... menangis kat situ. dengan hujan renyai je. kami berdua perempuan lak tu waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, bila kena macam nih, macam2 pikir.. dah semalam dengan bawak anak lagi.. semalam pun ujan renyai jugak.. bayangkan 2 jam duduk kat situ..

      Delete
  3. Macam-macam dugaan ya dalam satu hari. Moga Allah permudahkan segala urusan selepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebab banyak sangat dugaan yang datang, tu yang cancel trus apa yang nak buat sebelumnya..

      Delete
    2. baca doa naik kenderaan.. ayat qursi.. lagi2 kita perempuan.. dunia makin bahaya..
      kalo CT ingatkan kawan2 cemni ada yang x suka tapi we have to..
      bahaya kita Allah saja dapat lindung =)

      Delete
    3. selalu baca jugak doa.. kekadang selawat.. semalam memang kelam kabut skit, terlupa dah semua tuh.. thanks CT mengingatkan Eyda..

      Delete
  4. Alhamdulillah, walaupun banyak halangan, tapi Eyda selamat :)
    Tapi betullah, kalau dah tak sedap hati, tangguhkan aje perjalanan dulu. Takut pulak kan jadi apa-apa kemudiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. itulah bila dah jadi macam2 memang hati berdetik tak payah teruskan, memang tak sedap hati dah..

      Delete
  5. Tak apa eyda,
    Itu tandanya Allah masih ingatkan kita.
    Ingat setiap ujian ada ganjarannya.
    http://afidahazmi88.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida pun dulu selalu mengadu kenapa besar sangta dugaan ni tapi atas nasihat suami,Fida cepat2 beristifar...

      Delete
    2. kekadang ada sesuatu yang lebih baik Allah nak beri pada kita.. jadi Dia datangkan ujian buat kita.. semoga kita sentiasa mengingati Allah..

      Delete
  6. Pernah..memang pernah..tapi cuba sabar dan anggap itu semua segabai dugaan Allah..dan akhirnya, dapat selesaikan juga kan..Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita kena bersabar, jangan cepat melatah..

      Delete
  7. Alhamdulillah....semua dapat diselesaikan...kadang-kadang Allah uji kita sebab nak bagi lebih baik ganjaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh Yan.. nasib laa settle jugak akhirnya..

      Delete
  8. Ya Allah memang after one and another.. ada hikmah la tu kak..
    kadang2 kita rasa knapelah semua ni jadi tapi esok lusa kita nampak reasonnya..
    pernah skali la mak x kasi ikut kawan pegi picnic.. slalu okay aje but that one time mak x kasi..
    punyalah mrajuk sbb first time xleh ikut.. that day kete kawan xcident.. bukan dgn orang lain tp ramai2 yng konvoi skali.. terus cem terdiam..

    kalo CT dalam situasi Kak Eyda panic jugak.. mmg xda skill nak tukar tayar..
    mau gelabah.. hehe.. kena belajar jugaklah tukar tayar kan.. n spare kan segala tools dalam kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh CT.. kekadang ada hikmah disebalik yang berlaku.. memang akak pun tak de skil nak tukar tayar.. ada driver opis dulu suruh beli jek keta yang mudah bagi wanita mengendalikannya.. rasanya lepas nih kena beli laa jek keta yang driver tuh suggest..

      Delete
  9. Macam drama plak. sabar ye che su.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama hari ini.. hehehe fobia jugak bila lalu kawasan yang sama..

      Delete
  10. fuhh...byk betul halangan tu..so skrg dah selamat ambil belu barang tu...sis JM nk bagi sedikit tips..amalkan doa ini agar Allah permudahkan segala urusan "Robbi Yassir Wala Tuaasir Robbi Tammin Bil Khoir ..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, mudah-mudahan ianya menjadi amalan Eyda jika berlaku perkara sebegini.. semoga dipermudahkan segalanya..

      Delete
  11. Mujur tiada apa2 yg buruk berlaku. Cuma perjalanan tertunda. Tapi menduga kesabaran gak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tuh kak Farrah.. nasib laa sebelum bali tuh ada beli donut ala2 donkin donut tuh.. air mineral anak bawa ke sekolah ada dalam keta.. boleh jugak lapik perut time tuh..

      Delete
  12. banyaknya rintangan.. mungkin ada hikmahnya tu kak eyda..
    kalau jadi dekat shad pun, gelabah biawak dah, tak reti nak tukar tayar keta..

    ReplyDelete
  13. mungkin ade hikmah la yang kite tak nmpk tu kak eyda
    nasb xde pape
    aishh yela ayu pon penahalami mcm tu gak
    lepas satu satu je masalh timbul

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...