January 5, 2015

PaRCeL Di TaHuN 2015


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hehehe baru Eyda dapat update story yang terkini pada hari ini.. Alhamdulillah rezeki Eyda agak murah kebelakangan ini.. Tak sangka berderet-deret parcel yang Eyda terima dalam tiga minggu kebelakangan nih..

Nak tau Eyda ngan bos Eyda juara penerima parcel kat opis nih.. Bos juara bagi kategori lelaki, manakala Eyda plak juara bagi kategori wanita.. Hehehe sesuka ati jer kan Eyda letak kategori apa bagai nih..

Member yang dok kat kaunter sampai dah tau parcel yang sampai antara parcel Eyda atau bos jer.. Hehehe nampak sangat kan semua surat menyurat Eyda alamatkan ke opis kan..

Ada member pernah tanya, Eyda beli apa yang selalu sangat terima parcel.. Eyda jawab laa semua tuh hadiah daripada member..  Siapa lagi member Eyda kalau bukan korang semua..

Tanpa korang semua, siapalah Eyda di sini.. Okey lah, berceloteh banyak betoi laa Eyda hari nih.. Sebenarnya ada 3 parcel untuk Eyda hari nih.. Satunya memang barang yang Eyda order.. Yang dua nih ja barang yang dapat atau dalam kata lain, free gift atau hadiah..

Meh layan parcel Eyda hari nih..


Dua parcel yang comel..


Parcel pertama
Cantik tak hadiah nih? Datangnya daripada Dr.Shikin..

Hadiah pertama tuh kerana Eyda menjadi top 3 komentor dalam blog Dr.Shikin.. Thanks banyak-banyak Shikin, dua bulan berturut-turut akak dapat hadiah daripada Shikin.. Semoga Shikin dimurahkan lagi rezeki dan hubungan kita berkekalan tak kira di dalam alam maya atau sebaliknya..


Parcel kedua
Jam Sophie Paris..

Sebenarnya nih free gift yang BC terlupa nak hantarkan pada Eyda.. Alhamdulillah semua free gift daripada BC telah pun selamat Eyda terima.. Seronok bila selalu dapat gift kan.. Lagi bersemangat lagi nak berbisnes dan tidak lupa juga berblog..

Ini kerana Eyda mempunyai rakan-rakan yang baik macam korang semua.. Untuk menghargai kengkawan semua, Eyda akan anjurkan GA Eyda sendiri.. Nantikan kehadirannya tidak lama lagi.. Tunggguuu..

Okeylah, masa untuk bersiap-siap untuk balik.. Jumpa korang lagi ya di dalam entry akan datang..




14 comments:

  1. uuuish masyuk sungguh..
    senyum sampai tlinga dapat parcel :)

    ReplyDelete
  2. tahniah !
    sgt best if receptionist kata aida ada parcel :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah parcel selamat sampai kat k.Eyda. Harap akak suka :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah suka.. hadiah daripada kawan2 amat bermakna untuk akak.. thanks banyak2 tau shikin..

      Delete
  4. wahhh kak eyda dpt parcel sesaje! heehe

    ReplyDelete
  5. Seronoknya banyak dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat hadiah..jeles kengkawan tengok..heheheh

    ReplyDelete
  7. tahniah kak.. :D
    Bestnya berblog kan kak.. hehehe :D

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...