pemenang segmen & GA

HaDiaH GA DaRiPaDa SweeT MoM

10/31/2014 05:15:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf laa tak berapa sempat nak siapkan entry minggu nih.. Minggu depan pun rasa makin bertambah busy nyer..

Okey laa, hari nih Eyda nak kongsi hadiah GA yang Eyda terima petang semalam.. Alhamdulillah rezeki dari menyertai pelbagai GA.. Sebenarnya semalam merupakan hari paling banyak Eyda terima parcel..

Macam-macam parcel yang sampai semalam, ada yang memang order dan juga hadiah.. Jom tengok sebahagian parcel yang sampai.. Ada parcel dalam korak jer Eyda tak snap..


Antara parcel yang sampai..

Ni plak kandungan hadiah GA yang diterima


Alhamdulillah hadiah GA dah selamat diterima petang semalam.. Terima kasih banyak kepada Sweet Mom   di atas hadiah yang diberikan.. Cantik tudung tuh, husband cakap cantik..

Kalau korang tak berapa perasan GA yang mana.. Meh tengok kat Keputusan Pemenang Giveaway Sweet Mom nih.. Memang tak sangka nak menang sebab banyak persaingan..

Apapun terima kasih sekali lagi buat Sweet Mom yang sudi menganjurkan GA nih..Maaf laa kalau entry Eyda kebelakangan nih kurang muncul dan ringkas.. Harap korang tak jemu menyinggah sini lagi ya..

In shaa Allah, Eyda akan cuba selitkan beberapa story ringkas daripada kami..



Segmen & GA

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

10/29/2014 05:14:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

 
As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .




makan

ChaR KoeY TeoW

10/28/2014 09:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sori tak dapat nak update semalam, hari nih baru dapat mengupdate.. Minggu nih ngan minggu depan memang Eyda sibuk..

Minggu depan busy dengan kerja dan bisnes skit.. Bisnes apa, Eyda ada buka booth untuk konvo USM.. Jika sesiapa ada yang berada berhampiran, jom laa melawat Eyda.. Boleh juga kita berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi.. Hehehe sempat lagi..

Meh kita sambung story ari nih.. Nih Eyda nak rest jap, nanti nak sambung buat keja balik.. Korang dah makan? Eyda belum lagi, tapi anak-anak dah selamat makan dengan kenyangnya..

Malam ni menu simple jer, char koey teow.. Memandangkan bahan memang dah lengkap, maka apa lagi masak jelah.. Itu yang cepat pun, dah anak-anak bising lapar.. Kesian plak kan kalau nak masak nasi dan macam-macam lauk.. Maunya lambat..


Tara menu kami.. 

Okeylah tuan blog pun belum sempat lagi nak rasa char koey teow tuh.. Apapun anak-anak cakap sedap lerr..

Korang makan apa malam nih? Syer la skit, manalah nak tau boleh mencetuskan idea untuk Eyda memasak esok hari..


hadiah

HaDiaH GA DaRiPaDa NaZa

10/26/2014 10:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer pasal hadiah GA plak.. Sebenarnya Eyda dah hampir lupa dengan GA satu nih.. Yelah sebab dah lama sesangat.. Nasib laa Naza ada ucap tahniah kat ruangan komen GA yang Eyda join nih..

Apa lagi terus buka blog Naza kat entry Pemenang Giveaway by Nazatupperware dan tengok sendiri senarai pemenang.. Tak sangka blog Eyda memenangi GA tersebut.. Eyda pun apa lagi terus contact Naza melalui Whatsapp..

Bagi semua detail alamat untuk dihantar.. Naza bagitau nak poskan barang hari Selasa.. Akhirnya barang yang ditunggu dah selamat sampai hari Jumaat..

Thanks sekali lagi buat Naza yang sudi menganjurkan GA nih.. Semoga Naza dimurahkan lagi rezeki.. Meh tengok parcel yang diterima..



Parcel yang diterima


Inilah rupanya hadiah GA yang diterima



Cantik dan comel gitu.. Bekas air yang siap ada tali lagi.. Memang sesuai untuk kanak-kanak.. Kimie tengok siap mintak nak guna.. Kalau bagi dua-dua orang kena ada, jadi baik ibu guna.. Hehehe..

Jangan tak tau, ibu nih kedekut skit kalau hadiah yang ibu dapat nak bagi kat anak-anak.. Kecualilah ianya tak sesuai untuk ibu dan sebagainya.. Tapi buat kali nih bagi mengelakkan daripada diaorang bergaduh, baik ibu yang guna kat umah jer.. Hehehe..

Iya ker ibu nih kedekut? Kekadang tuh ada laa, kalau barang yang Eyda betul-betul nak dan nak guna.. Yang lain Eyda relakan jer bagi diaorang guna.. Asalkan jangan gaduh-gaduh.. Pening kepala Eyda kalau gaduh-gaduh..





makan

Resepi Puyuh Goreng Spicy

10/25/2014 01:19:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak story mory pasal puyuh.. Dah dua hari beli puyuh frozen.. Beli hari Khamis dan semalam hari Jumaat..

Harga pun okey jer untuk sepeket, puyuh nih siap proses tau.. Balik boleh masak jer.. Beli pun sebab tau anak-anak suka makan puyuh goreng..

Ada 5 ekor burung puyuh dalam satu peket.. Okeylah dengan harga hanya rm11 jer sepeket tuh.. Meh ushar skit rupa puyuh yang dah siap diproses dan difrozenkan..


Puyuh Frozen


Resepi Puyuh Goreng Spicy

Puyuh Goreng Spicy


Bahan-bahan

2 Ekor Puyuh (lebih pun boleh ikut korang laa)
Garam
Serbuk Kunyit
Serbuk Kari Daging
Tepung Jagung


Cara-cara Penyediaan

* 2 Ekor Puyuh dipotong 4 atau lebih (ikut korang nak potong besar mana)

* Gaulkan puyuh dengan garam, serbuk kunyit, serbuk kari daging dan tepung jagung sesuaikan dengan puyuh

* Panaskan minyak dalam kuali

* Pastikan minyak betul-betul panas barulah goreng puyuh sehingga garing.. Goreng dengan api yang sederhana

* Angkat dan sedia untuk dimakan


Sedap tau korang, cuba laa.. Rasa macam ayam goreng KFC tuh.. Yang nih lagi sedap.. Siap makan dengan sos cili lagi.. Hehehe..




Segmen & GA

First Giveaway by Zaki! Namaku

10/25/2014 02:51:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


Niat di hati nak rest dari join GA dan segmen apa bagai nih jap..Tapi bila Acik Watie tag, cuba juga join.. Tak nak laa hampakan rakan blogger Eyda.. Memandangkan tempoh GA yang singkat, terpaksa siapkan entry nih dengan cepat.. Harap internet time nih membantu  laa..


KLIK SINI UNTUK JOIN


Tag






Jemput join juga kepada rakan blogger yang lain.. GA nih berlangsung sehingga 25 Oktober 11.59 pm.. Sempat lagi nak join..




kimie

HaSiL KeRJa KiMie

10/24/2014 12:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai dua tiga hari nih asyik join segmen dan giveaway jer kan.. Mesti korang nyampah skit..

Jangan nyampah-nyampah tau, nih Eyda nak tulis entry perihal kami.. Maaf laa time tuh mood nak join segmen dan GA nih datang.. Layan ler kejap..

Kena plak internet dah memang macam siput, seminggu nih asyik guna jer tiap masa.. Tunggu awai bulan baru nak laju balik.. Yelah data kembali banyak balik..

Sudah laa melalut ntah ke mana dah nih.. Lari dari tajuk nih.. Kalau buat karangan untuk exam, mau kena tolak markah.. Hehehe..

Ni citer al kisah malam kelmarin.. Punya laa kerajinan Kimie nak buat kerja seni, macam-macam dia buat.. Jom tengok skit..


Senyum manisnya dia..

Lori treler.. Siap ada asap lagi..

Seni gunting.. Pandai betul dia reka..

Sori laa taip entry pun sampai terlena, mimpi apa semua siap.. Lambat sangat internet malam nih.. Okeylah, nak sambung tido balik.. Nanti kita sambung entry lain plak..



segmen & GA

SEGMEN : Kapas Putih November Bloglist

10/23/2014 07:12:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


KLIK SINI UNTUK JOIN


Meh kita memeriahkan segmen rakan blogger kita.. Bukan sahaja blog kita akan disenanaraikan di dalam bloglist.. Malah 3 orang blogger yang bertuah akan dapat free designated watermark from Kapas Putih..

Segmen ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2014 jam 2.00 pm..



segmen & GA

Mini Giveaway by Syira Lokman

10/22/2014 10:25:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


KLIK SINI UNTUK JOIN


GA nih berlangsung sehingga 23 Oktober 2014 jam 6.00 am.. Sempat lagi nak join..


segmen & GA

9 Awesome Blogs of the Month

10/22/2014 07:53:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


KLIK SINI UNTUK JOIN


Jom ramai-ramai kita memeriahkan segmen rakan blogger kita nih.. Blogger nih amat suka dengan nombor 9.. Segmen nih pun berlangsung selama 9 hari dan memilih sebanyak 9 blog.. Unik kan?


Segmen nih berlangsung hingga 29 Oktober 2014 jam 12.00 malam..



segmen & GA

Giveaway : Like, Share & Win

10/21/2014 12:15:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


KLIK SINI UNTUK JOIN


Jom join beramai-ramai GA nih.. Hadiah pun menarik.. Mudah jer nak sertai GA nih.. GA nih berlangsung sehingga 15 November 2014.. Lama lagi tuh..


Saya berminat ingin mencuba produk shaklee kerana saya dah merasai sendiri keberkesanan produk Herbal Blend Multi -Purpose Cream Shaklee. Jadi saya ingin mencuba beberapa lagi produk keluaran shaklee.. Semoga ianya sesuai dengan saya..





Internet

SeMinGGu TaNPa iNTeRNeT

10/21/2014 10:30:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bersiaran dari opis dengan menggunakan tab sendiri.. Huhuhu banyak kerja tergendala gara-gara internet..

Kerja Eyda banyak juga melibatkan internet.. Nak semak itu, semak ini guna internet.. Bila jadi macam nih, just boleh check kawasan dengan pergi tapak tuh sendiri..

Maklumat tambahan pasal tapak, kena check dengan internet.. Ada juga kawasan yang tak berapa familiar, nak juga check dengan google map.. Huhuhu tak dapat nak buat jugak..

Betapa pentingnya internet masa kini.. Tanpa internet, banyak kerja tergendala.. Kerja yang tak melibatkan internet senang, bila-bila masa boleh siapkan..


Itulah rupanya internet yang tak de..

Kitaorang guna wifi kat opis nih..

Ntah laa, bila nak repair modem ke apa ntah yang rosak tuh.. Huhuhu.. Okeylah korang, sesaja jer nak mengadu hal.. Ermm esok cuti, korang buat apa ya? Eyda rasanya kat umah jer..



shopping

BaRanGaN SoPHie PaRiS

10/20/2014 10:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Masih ingat ke korang yang saya pernah menang GA jadi ahli Sophie Paris?

Kalau korang tak ingat, meh tengok entry nih.. Hadiah GA Daripada Aenoyou.. Dapat starter kit Sophie Paris tuh..

Okey memandangkan dah jadi ahli, bulan nih dah menshoppingkan diri.. Ada barangan yang berkenan, tapi stok plak dah abis..

Tak sangka plak barangannya memang elok.. Ni pun ada belikan untuk member.. Beli spec kat en.abang pun dia suka.. Alhamdulillah, harga dia pun tak laa mahal.. Okey-okey jer..


Beg comel untuk owner comel.. Hehehe.. Perasan kan..

Semua barangan yang diborong.. Sila abaikan beg
dalam plastik tuh, sebab orang punya.. 

Sesaja laa beli untuk en.abang spec tuh.. Mandian tuh pun untuk en.abang jugak.. Perfume tuh Kimie nak, tapi en.abang dah rasmi.. Hehehe..



makan

KaRiPaP SeGeRa

10/19/2014 08:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Korang dah makan malam? Kitaorang makan simple jer.. Ikut permintaan anak-anak jer..

Tadi bebudak cakap nak makan karipap jer.. Memandangkan siang tadi kan shopping barang skit, ada laa beli karipap segera kat Mydin.. Ermm sedap jugak rasanya..

Inilah menu kami sekarang.. Jap lagi tengok apa plak nak diaorang nak makan.. Nasi daging yang beli tengahari tadi ada lagi..

Tuan blog nih tak makan sebab letih sesangat.. Huhuhu.. Ni Izzat nak abiskan nasi daging tadi.. Okey, tak kisah sangat bab makan.. Nanti kalau lapar sangat, boleh masak something simple ja..




Apapun karipap nih dah selamat masuk dalam prut kami 3 beranak.. Hehehe.. Kimie siap request nak bawa bekal karipap nih ke sekolah esok.. Okey, ibu cuba tunaikan esok pagi ya..



izzat

HaRi KeSiHaTaN MeNTaL SeDuNia 2014

10/19/2014 03:24:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih dapat juga join program kesihatan.. Tadi pagi-pagi kami berjalan 10,000 langkah ya..

Sebelum nak jalan kena daftar dulu.. Dapat satu beg goodies dan sijil penyertaan.. Selepas senaman aerobik apa bagai, baru acara jalan kaki dimulakan.. Rasanya dalam 5km jugak kami berjalan..

Izzat ngan Kimie sampai lorat tak larat nak jalan.. Pujuk, punya pujuk jalan jugak sampai ke tempat permulaan.. Huhuhu baru dapat nombor cabutan bertuah.. Jawab juga kuiz yang dibuat, pen pun dapat..

Lepas tuh apa lagi, makan dulu.. Lapar tau dah jalan jauh.. Abis makan tunggu juga, manalah nak tau nombor yang dapat tu bertuah.. Tapi tak bertuah.. Penat menunggu, masuk shopping dalam Mydin Mall dulu laa..

Keluar dari shopping, anak-anak dah tak mau tunggu.. Yelah dah tengahari korang.. Kimie nak check gigi.. Okey, semua masing-masing check gigi.. Kimie ngan Izzat dapat berus gigi dan ubat gigi.. Ibu dia dapat ubat gigi jelah..

Jom tengok gambar yang ada.. Tak banyak sangat snap gambar.. Hehehe..


Posing selepas pendaftaran

Nak jugak posing

Antara peserta berjalan kaki 10000 langkah.. kebanyakkan student
kolej jururawat..

Perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia



Posing sebelum balik

Goodies bag

Sijil penyertaan

Balik umah rehat-rehat sambil siapkan entry nih.. Letih betul rasa badan nih.. Hari nih beli jer makanan.. Tak larat nak memasak.. Tunggu malam nih masak simple-simple jer rasanya..



segmen & GA

Birthday Giveaway by EshaZara

10/18/2014 04:52:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


KLIK SINI UNTUK JOIN


Dah lama betul tak join sebarang segmen dan giveaway.. Hari nih nak start join skit-skit balik.. Okeylah kepada sesiapa yang belum join, meh join beramai-ramai giveaway rakan blogger kita nih..

Happy birthday EshaZara.. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan lagi rezeki, dimakbulkan apa yang dihajati dan berbahagia di dunia dan akhirat.. Amin..


Giveaway ini akan tamat pada 24 Oktober 2014..



kimie

aKtiViTi KiMie

10/18/2014 04:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih kejap panas, kejap redup.. Ermm hari nih nak story pasal si budak kecik Kimie tuh..

Okay pagi tadi kuar ke kedai, masa tengok majalah tetiba bebudak dua orang nih nampak buku aktiviti dan buku citer..

Masing-masing mintak untuk dibelikanlah.. Okay buku untuk belajar boleh laa.. Kejap tadi Kimie mintak tunjuk ajar jawab soalan kat buku aktiviti yang beli tadi..

Jom tengok apa yang dah dia tulis tadi.. Kekadang rajin kekadang malas juga tuh dengan buku.. Nak tengok abis ke tak dia buat nanti.. Hehehe..








 Okey laa kan dapat jugak memantapkan vowels diaorang.. Huhuhu ujan lebat kat sini, tak jadi nak keluar.. Baru plan nak keluar kejap..





program

KeM i WanT SiHaT (KIS)

10/17/2014 01:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pagi nih busy dengan appoinment ngan meeting.. Ni baru sempat nak update..

Tadi ada tengok satu flyers.. Menarik acaranya.. Tunjuk kat anak-anak, masing-masing berminat nak join.. Bagusnya anak-anak ibu..

Ingatkan Kimie nak join pertandingan mewarna, sebab selalunya program tu yang paling dia suka.. Kali nih tak mau plak.. Tengok jelah nanti macam mana..

Izzat plak kata nak main karom, amboi nak ooii nak ikut jejak langkah ibu lawan sukan baru ni ke? Ibu nak main apa plak nih.. Huhuhu..

Program nih lebih berbentuk kesihatan dan ada aktiviti untuk kanak-kanak.. Yelah nama program anjuran Jabatan Kesihatan.. Eyda sendiri pun teruja nak join.. Lama tak join program sebegini..

Jom kepada sesiapa yang tinggal berhampiran Bertam.. Banyak program dan aktiviti yang dijalankan.. Meh tengok flyers tuh.. Korang boleh juga buat pemeriksaan kesihatan tau..


Flyers program kesihatan


Jom kita mulakan hari kita dengan berjalan 10, 000 langkah sehari.. Dapat juga menyihatkan badan..



mengantuk

BiLa MeNgaNTuK MeNJeLMa

10/16/2014 11:54:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Menaip dalam rasa mengantuk.. Hari nih dengan internet kat pejabat out, dah dua hari tak boleh guna..

Banyak juga kerja melibatkan internet tergendala nih.. Mulalah nak mengantuk apa bagai nih.. Mula laa nak merapu merepek di tengahari nih..



Mata pun dah serupa macam nih..

Hampir nak lena macam nih dah..

Kalau dapat lena macam nih, alangkah indahnya dunia..


Sorilah merapu jer entry nih.. Errmm permintaan Aisya nak resepi aiskrim goreng, nanti Eyda buat dalam bentuk entry ya..

Sebenarnya tak berapa pandai nak tulis dalam bentuk resepi, tapi Eyda akan cuba taip sesenang pemahaman orang yang membacanya.. Huhuhu..



makan

AisKriM GoRenG

10/15/2014 07:44:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ermm hari nih nak story menu petang kami hari nih.. Petang tadi hanya memenuhi permintaan anak nak makan aiskrim goreng..

Sebenarnya nih first time tau, buat dan makan aiskrim goreng.. Nasib menjadi jugak walaupun baru hari nih mencuba..

Roti dah ada, cuma tadi singgah beli aiskrim vanilla jer.. Mulanya nak jimatkan roti nak buat bentuk segiempat jer, tapi tak berapa nak menjadi..

Last buat bentuk bulat jelah, nak tau Kimie ja makan.. Izzat ntah tetiba merajuk tak tau sebab apa.. Jadi dia tak makan langsung aiskrim goreng..

Dah ajak dia makan masa aiskrim goreng tu siap, tapi dia tak mau makan.. Bila aiskrim goreng dan roti dah abis, dia nak makan plak.. Ada-ada sajalah Izzat nih..

Merajuk la lagi si Izzat tuh.. Huhuhu dah pesan kat en.abang yang kuar, suruh beli roti.. Nanti laa buat lagi aiskrim goreng untuk budak merajuk plak.. Sabar jelah nak ooiii..


Nilah rupa aiskrim goreng ku.. Setelah menjadi..

Ermm nampaknya aiskrim goreng nih jadi menu baru kami la plak.. Sebenarnya dah banyak hari dah Kimie dok mintak, baru hari nih berkesempatan nak buat..

Alhamdulillah dapat juga memenuhi kehendak anak-anak walaupun lambat.. Biasalah kita sebagai ibu nih mesti cuba nak penuhi kehendak anak-anak tak kira cepat atau lambat.. Betul tak?



Nuffnang CPUV

Nuffnang CPUV - LAMIDO Digital Campaign & Zurich Insurance Contest

10/15/2014 01:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kebizian telah melanda diri ini.. Maaf tak dapat nak update sesangat.. Tapi hati nih nak update juga..

Internet pun dah macam siput, nak reply komen pun susah, nak blogwalking pun susah.. Dapat buat skit-skit jer.. Jangan terasa hati ye kengkawan yang mana Eyda tak dapat singgah..

Okeylah di awal pagi nih, nak update ni jelah.. Tu yang mudah upload sebab satu keping jer.. Hehehe..


Ni CPUV bagi kedua-dua blog Eyda


Selalu kan suka kerat-kerat CPUV.. Hari nih nak tunjukkan sebab musabab yang suka kerat-kerat CPUV tu.. Alhamdulillah rezeki masih ada.. Moga rezeki nih akan berterusan..

Blog info..info..info walaupun jarang update, tapi check tadi pageview cecah 1.5 k.. Banyak tuh walaupun follower tak sampai pun 100.. Terkejut jugak tengok tadi..

Thanks laa kalau ada pengunjung kat sini melawat blog di sana.. Blog sana lebih kepada info, cuma sekarang tak sempat nak cari info untuk di update kan.. Agak terabai plak blog tuh..

Okeylah, mata pun dah mula ngantuk.. Time to sleep.. Korang mesti dah dibuai mimpi.. Huhuhu esok ada meeting yang agak membosankan.. Harap tak tertido laa..



GA

DaH SeLaMaT PoSKaN HaDiaH GA

10/13/2014 12:31:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Huhuhu kejap jer dah hari Isnin.. Kenapa ye, mood hari nih kureng skit.. Kena cas lebih laa untuk lebih bertenaga..

Seperti yang Eyda dah janjikan.. Kepada sesiapa yang telah hantar detail untuk claim hadiah GA, hadiah korang telah pun selamat akak poskan tadi..

Maaf laa mungkin ada yang menunggu lama untuk dapat hadiah nih.. Ada yang tak menunggu lama.. Apapun Eyda ucapkan tahniah sekali lagi.. Inilah kali pertama kedua dan ketiga akak menjadi sponsor untuk 3 GA sekaligus..

Harap korang paham ye, Eyda kan budak baru belajar.. Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.. Nama pun manusia, pastinya ada kekurangan sini sana..


Sampul hadiah GA

Sedia untuk diposkan


Harap korang berpuas hati dengan hadiah yang Eyda berikan.. Doakanlah agar Eyda dimurahkan rezeki, boleh laa bagi hadiah lagi..

Bagi yang memenangi hadiah GA nih, harap boleh emailkan ke izzeyda@gmail.com untuk pemberitahuan penerimaan hadiah..

Masih ada seorang lagi belum menuntut hadiah.. Tempoh diberi sehingga hujung minggu ni jer.. Harap dapat hantar detail kat email yang tertera.. Kalau tak, hadiah anda dianggap burn.. Mungkin hadiah tersebut Eyda akan jadikan untuk hadiah GA yang lain..




kimie

LuKiSaN KeLuaRGa oLeH KiMie

10/12/2014 08:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah abis citer pasal hadiah GA yang diterima.. Tunggu keputusan GA yang lain plak, itupun kalau ada rezeki.. Huhuhu..

Okeylah, berbalik kepada tajuk entry.. Dah 2 hari Kimie letak gambar nih kat pintu peti ais.. Baru hari nih tengok dan sempat snap untuk tatapan blogger lain..


Cantik tak lukisan Kimie?


Menarik kan imaginasi budak berumur 7 tahun.. Tanya juga Kimie, kenapa gambar ibu tak dak kaki.. Jawapannya kain labuh, kaki dok kat dalam kain..

Okey laa tuh.. Kenapa laa lukis rambut ibu macam tu, kalau lukis pakai tudung kan lebih sopan.. Huhuhu tak pelah Kimie, next time lukis ibu pakai tudung tau..





pemenang segmen & GA

HaDiaH GA DaRiPaDa MaMa Ka0Ri

10/12/2014 11:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sori laa bila cuti, entry pun kureng skit masyuk.. Apapun stay cuba update yang terkini..

Kesian kan bila mana kengkawan nak story terbaru, eyda belum hidangkan dengan entry terbaru dan terkini.. Okeylah nih ada lagi satu entry iaitu hadiah GA yang diterima lagi..

Hadiah nih datangnya daripada Mama Ka0ri.. Tak ramai yang join GA nih, alhamdulillah rezeki memihak diri ini..


Nak tengok tak hadiah apa yang diterima? Nampaknya akan jadi milik Izzat laa.. Nak bagi kat Kimie, agak besar skit dengan dia.. Walaupun gambar Kimie yang menyebabkan dapat hadiah GA nih..


Inilah hadiahnya


Terima kasih Mama Ka0ri.. Inilah entry Mama Ka0ri Senarai Pemenang dan Hadiah untuk GA Merdeka Mama Ka0ri..


Pemenang keempat


Alhamdulillah hadiah nih dah selamat diterima petang hari Jumaat yang lepas.. Tarikh yang sama terima hadiah header yang baru..




hadiah

HaDiaH GA DaRiPaDa AzzaHRaH

10/11/2014 03:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah cuti blog pun nak bercuti dari entry baru ke? Tak lah, sebenarnya internet agak slow plak bila nak update blog dengan entry yang baru hari nih..

Ada beberapa entry dalam list untuk dikarang dan publish kat sini.. Bila internet slow, semangat tu jadi kureng skit.. Mana taknya, tak tahan nak tunggu upload sekeping gambar pun punya lambat..

Okeylah berbalik pada entry nih, nak story header simple yang dah siap.. Mesti korang ada prasan kan bila masuk blog nih.. Tapi ada nak adjust skit, nanti laa buat pelan-pelan.. Nanti boleh tukar background blog plak..




Masih ingat ke dengan entry nih Pemenang Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia!.. Inilah rupa header hadiah GA yang dimenangi..

Kita mulakan dengan yang simple dulu, baru ubah yang lain-lain skit demi skit.. Thanks Azzahrah dengan header nih..



Blog yang Diikuti